Followers

Saturday, January 22, 2011

CINTA ada banyak jenis (2)

oleh kerana post semalam mendapat perhatian ramai. aku sambung CINTA banyak jenis versi 2. ini pon cerita kawan kepada kawan aku. eh terlebih dahulu. saya ingin mohon maaf sekali lagi kiranya entry semalam dan entry hari ini mengguris mana-mana hati. saya bukan berniat apa-apa. hanya untuk berkongsi.

perempuan jenis BANYAK LELAKI.
ok, ini bukan cerita kawan kepada kawan la. ini cerita dalam tv. aku ceritakan kembali sahaja ya anak-anak. kang kata bonda duk cerita perihal buruk orang je pula kan. korang selalu kan tengok dalam TV tu kan. cerita perempuan tu duk main CINTAN sama lelaki ni la, pastu main CINTAN pula dengan lelaki sana pula la.kadang-kadang bukan perempuan tu nak kikis duit laki tu ke hape pon aku tengok dalam TV tu. perempuan tu just tak nak nampak loser dengan kawan-kawan dia sebab tak da bf. contohnya macam ni la. bila bf pertama takda, keluar pergi main futsal la contohnya, then bf kedua ada kan untuk teman berbual dan ajak keluar makan. ahah, begitulah contohnya.

tapi ingat! sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ye anak-anak. oleh itu jangan MAIN KAYU TIGA. cubalah untuk? S.E.T.I.A. pandaiiiii anak-anak bonda ni.

lelaki jenis BANYAK PEREMPUAN.
haaaaa.macam ni banyak kan? tak payah la tengok kat tv. kita tengok sekeliling pon dah banyak. macam hari tu kan. aku pergi makan kat satu kedai makan ni. tempat dirahsiakan. hari ni aku nampk lelaki ni dengan perempuan ni, esok degan perempuan ni pula. lusa dengan yang tu pula. kalau kawan belanja kawan makan ada sampai suap-suap ke? tak da kan. kalau boyfriend aku pon aku rasa macam tak da je. kalau time kawen nanti ada la kot. ini jenis lelaki yang berfikiran "ala, perempuan kan ramai sekarang. kalau pasang spare part banyak-banyak ape salah. nanti dah nak kawen aku pilih la yang mana paling sesuai" ah, ko pikir ni main suai padan ke? meh sini aku debik sikit. pastu bila kantoi senang je nak ayat perempuan-perempuan ni. "ala bb, abg saja je keluar dengan si tutttt tu. tapi dalam hati abg ada bb je. abg dah selesa dengan bb. percayalah nanti bb juga yang abg pinang" kalau aku yang kena? BLAH!

moral of the story? CUBALAH UNTUK SETIA.

p/s: ini pengalaman dalam tv. tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. harap maklumat sampai.


with❤:izan®

1 comment :

leave me some words ;)