Followers

Friday, January 14, 2011

Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

salam sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

Assalamualaikum kepada? siapa yang jawap tu paham-paham sendiri la kan. malas la nak bising-bising suruh jawap salam. sebab kalau bising-bising nanti kena sound. iman di dada belum mencukupi. sila cermin diri sendiri. eceh! berbalik kepada cabaran yang ingin di tempuh hari ini di dalam segmen cabaran 30 hari bersama izan salleh. dia minta gambar aku last year banding pula dengan this year punya gambar. pergh! jauh berbeda beb.. gigit jari gua tengok muka dan gaya gua dolu-dolu. stylo wa cakap lu...HAHAHA

Sebelum aku memberi alasan yang lebih panjang lebar. korang perhatikan betul-betul gambar di bawah ok. dah jangan berkata apa-apa sehingga aku habis menulis dan korang membaca. boleh luahkan kata-kata tu di ruang komentar dibawah. ini adalah diizinkan oleh izan salleh. kalau agak-agak aku tak suka dengan komen anda aku akan delete. pergh! kejam. jangan risau. aku belum pernah buat. so far, semua pertanyaan di formspring dan komentar di blog aku publish to umum. eh, public. OUR tak sama dengan YOUR. ini tiada kena mengena. eceh!

okey kawan-kawan. gambar di sebelah kiri adalah gambar aku setahun sebelum gambar di sebelah kanan di ambil. gambar di sebelah kiri adalah tika aku dan family bercuti ke terengganu. masa ni trend pakai shawl tumbuh bagai cendawan butang yang sedap kalau masuk dalam spagethi aku selalu masak untuk alan. motif masuk ayat selalu masak untuk alan? saja nak mengada. HAHAHA. sesungguhnya aku gadis pilihan semua ibu mertua di MALAYSIA. *MUNTAH!*

Disini aku listkan perbedaan antara kedua gambar di atas:
  1. setahun yang lalu aku sangat kurus. berat aku hanya dalam lingkungan 42-44kg sahaja. sekarang berat badan aku dalam lingkungan nak cecah 50kg dah. tak-tak, saya tipu. baru dalam 48 kg. tapi ini pencapaian terhebat saya.
  2. setahun yang lalu, saya tak berani nak make up lebih-lebih. melainkan hanya memakai bedak dan lipbalm. namum sekarang, kau cakap make bahagian mana yang aku tak ada? siap aku menjadi rujukan kakak-kakakku lagi untuk make up terbaik dari ladang. tapi dalam kalangan keluarga sahaja la. kalau orang luar tengok sumpah kata aku make up tak cun. HAHAHA
  3. setahun yang lalu saya tak berani nak menggayakan handbag seperti WANITA. hanya ada bag seperti ANAK-ANAK GADIS sahaja. itu kerana saya masih anak remaja. sekarang sudah nak masuk alam dewasa. dan tak lama lagi bakal memasuki alam....erk,lupakan saja.
  4. SETAHUN YANG LALU...saya tak ada boyfriend. so saya hanya mencantikkan diri dengan keinginan diri sendiri. namum sekarang consultant kecantikan saya akan memberi pandangan yang senantiasa masuk ke minda dan jatuh ke hati. I LOVE U! eceh!
  5. paling penting adalah. setahun yang lalu telah berlalu. banyak perubahan yang baik dan tak baik telah berlaku. tapi saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. "YA ALLAH, janganlah KAU kurangkan kasih sayang yang ada denganku sekarang. sebaliknya KAU tambahkah lagi agar semua orang MENYAYANGI aku. AMINNNN"
with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)