Followers

Tuesday, August 20, 2013

Allah Maha Adil dan Saksama,yakini Allah-Bestnya Kahwin.

Hai, As-salam.

Amboi kau lepas kahwin terus update blog. Ye la, hari ni dah bekerja. Mana tak nye berupdate blog aku. Alan hari ni kemas rumah sorang-sorang. Semalam aku kemas sikit pastu kebabom tidoq. Penat kenduri kata kau. Padahal memang menjadi pemalas semenjak bernikah. Simptom-simptom pengantin baru memang macam ni kot.

Semalam Alan ajak pergi cari kabinet dapur and shopping barang-barang rumah sikit. Barang elektrik insyaAllah sampai Jumaat ni. Alah, apa sangat yang Alan beli *duit Alan boleh la kau alah-alahkan, cuba pakai duit kau*.Yang lain semua dah complete. Thanks sooooooooooo much kawan-kawan dan saudara mara. Alan just beli mesin basuh, peti ais n tv. Oven, microwave, blander, seterika, lampu tidur, heater air, dapur gas semua dapat masa kenduri.

Kenduri went well. Though it did not run smoothly. Mana nak dapat perfect kan. Ah, peduli. Janji aku dah kahwin, rasa macam LEGAAAAAAAAAAA sangat-sangat. Boleh letak kepala kat dada Alan pejam mata rapat-rapat and tidoq lena. *perlu ke mention dada Alan?*

Nak ke cerita pasal kahwin? Nanti la dah ada gambar dari OP aku update. Rentetan insyaAllah tak ada. Sebab malas. Malas adalah paling berkuasa di dalam ini blog. Kalau malas datang usah kau minta bukan-bukan. Memang lagi malas aku nak update. Kalau rasa macam nak aku rajin, sila melawat entry lama-lama semasa aku masih rajin. 

Bye! *entry tamat secara tiba-tiba* maafkan saya.

with❤:izan®

4 comments :

  1. best nye kahwin tahniah..izan!

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru......semoga kekal hingga ke syurga. ..nak bagi hadiah tapi,tak tau alamat

    ReplyDelete

leave me some words ;)