Followers

Friday, December 31, 2010

melaka bandaraya bersejarah.

melaka maju 2010. itu aku kena akui. eceh..orang melaka. sila kunjung-kunjung sikit blog aku ni. aku nak kasi review pasal melaka. bak kata pepatah "tempat jatuh lagi diingat, inikan pula tempat bercinta dulu" hahaha. statement berani mati. minta maaf tuan alan. saya bercanda sahaja.

memang best ke melaka sebenarnya. kerana negerinya kecil sahaja. dan senang nak pusing satu negeri dalam satu hari. oleh kerana banyak sangat gambar, aku akan buat part by part sampai muntah. gambar-gambar adalah selepas tapisan. harap maklum. untuk part pre-melaka ni aku jaja gambar aku sahaja dulu k. harap menjamu selera. eh, silap. selamat menjamu mata.

dalam muzium samudera

abaikan perut yang timbul secara tiba-tiba

thank to izzul amir for this pic!

tergoda? ahhh..malu i!

maafkan aishah kerana tak nampak muka dek kipas yang besar.

ok-ok. boleh muntah sekarang....

lastly, inilah bukti aku dimelaka!




with❤:izan®

Saturday, December 25, 2010

bukit ampang

ini adalah first time aku ke bukit ampang. sebelum ni aku pernah dengar je ex-rumate aku kat kolej duk bercerita pasal dia pergi bukit ampang. sekali natasha alya tahu pula jalan nak ke bukit ampang ni. kami apa lagi. bantai la pergi sana ramai-ramai. naik motor tu weyh. kau jangan tak percaya aku dah berani bawa motor kat area KL ni. hahaha. tapi sumpah kereta belakang nyampah nak tunggu motor aku yang cam sipot ni.

kalau dari area flat aku ni just ambil masa dalam 15 minit je nak ke bukit ampang. view dia sangat nice. boleh nampak KLCC and KL TOWER. jalan nak naik ke bukit ampang ni gelap sikit. so kepada sesiapa yang plan nak pergi sorang-sorang tu batalkan je la. baik ajak berteman. itu adalah lebih afdal. terutamanya kepada para gadis-gadis. aku pon siap pakai huduh-huduh je nak ke sana. takut kena ngorat oleh jejaka-jejaka motor yang ensem plak nanti. eceh!

kat atas tu ada banyak gerai makan. so kepada sesiapa yang plan nak makan-makan kat atas tu boleh la bawa duit sikit-sikit. murah-murah je. dan peringatan, pakai la pakaian yang senonoh. bagi aku tempat macam ni kalau nak pergi kena ada lelaki la. lepas ni aku nak kena ajak lelaki-lelaki untuk teman. kalau pergi kaum-kaum hawa je mesti kena ngorat. so? beware! and jangan nak pakai main sengih sesuka hati okey...






with❤:izan®

Friday, December 24, 2010

Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

  1. lady gaga-love
  2. slam-kembali merindu
  3. muse-undisclosed desires
  4. natasha bedingfield-angel
  5. kris allen-llwd
  6. iyaz
  7. avril-nobody home
  8. kris dayanti-aku wanita biasa
  9. jay-z
  10. ne-yo


with❤:izan®

Thursday, December 23, 2010

Day 14 - A picture of you and your family



miss home! tiba-tiba nak benci cabaran hari ni. saja nak buat aku menangis bila nak upload gambar ni ;(


with❤:izan®

Wednesday, December 22, 2010

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently

tiba-tiba rasa macam nak sambung 30 days of challenges ! 

maybe aku taip surat ni bukan untuk orang yang sakitkan hati aku. tapi untuk orang yang telah sakitkan hati orang yang aku sayang.

dear awak yang telah sakitkan hati orang yang saya sayang,

kalau awak ingat balik segala jasa yang orang yang saya sayang buat dekat awak, maybe awak takkan buat apa yang awak telah buat sekarang.

ada ubi ada batas, lain kali ALLAH balas.

sekian.


with❤:izan®

Tuesday, December 21, 2010

hot spring sungai klah!

sambungan daripada cerita mira ikot saya balik ke perak dalam program jejak kasih dengan aina. lanjutan daripada itu, aku bawa mira mandi-mandi di hot spring. sekali gus ko kena jadi baby sitter anak-anak buah aku la kan mira. hahaha.

dulu mira kata nak masuk sini kena bayar rm3 je. sekarang dah jadi RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. al-maklumlah. makin lama makin maju dalam hot spring ni. harga pon kena up la sikit kan. sure tak menyesal la sapa yang masuk mandi-manda kat sini, kalau menyesal meh bagitahu aku. nanti aku sampaikan kat pengurus hot spring terus. eceh! bajet aku ade share la nak wat aduan direct macam tu...



kabetulan, angah aku pon ada kat rumah trolak masa tu. memang hangkut la semua join pergi mandi manda. isha jangan tanya kenapa dia ada. mana-mana orang rumah trolak pergi dia mesti wajib ikot. cucu kesayangan tok wan la katakan. cis! jeles aku!


ada cerita lawak jijik sebenarnya masa kitorang pergi mandi-mandi ni. masa kitorang semua tengah tunggu abg ipar aku belikan tiket, ada satu group cina ni turun bus. then ada seorang mamat cina ni, punya la pengotor! pergi selamba je buka seluar then kencing kat tepi longkang kat area abg ipar aku duk bace paper tu. jijik, sebab aku dengan mira ternampak. pergh! seminggu aku duk terbayang!


aku dengan mira jadi pengawal keselamatan je la. agak-agak nak mandi lebih-lebih sikit ade je yang jerit. "maksu! takutttttttttttttt" spoil sungguh!


pemenang gaya cilik semestinya my comel anak buah! isha!
with❤:izan®

Monday, December 20, 2010

jejak kasih

pertama sekali aku mohon maaf kerana menjajakan cerita-cerita basi. bukan tak mahu cerita awal-awal. tapi masalah broadband maxis memang amat mengecewakan pengguna pantas seperti aku ni. sentiasa nak cepat. kalau boleh tiap sejam aku nak update blog. namun, itu hanya anganan mat jenin.

seperti biasa introduction memang akan sedikit panjang. berbalik kepada perkara pokok, saya telah menjalankan satu program jejak kasih antara hasmira dan aina. mereka adalah kawan sekolah aku masa dalam tingkatan 1-3. kami menghuni asrama semai bakti trolak, tapi bersekolah di sekolah menengah sg,kruit. kalau ikotkan hati, boleh je aku duduk rumah mak ayah aku berulang pergi sekolah. tapi mak ayah aku lagi suka aku duduk asrama. asrama ni hanya untuk anak-anak felda seluruh malaysia sahaja. mira dari negeri sembilan aina dan aku dari perak je. so bila dah tamat menengah rendah. mira balik la duduk negeri sembilan balik. sambung belajar kat sek teknik. aina masuk asrama semai bakti KL. aku plak masuk MRSM. 

aku dengan aina kan duduk sama negeri je, so sepanjang kami duduk sekolah lain-lain ni adalah juga berjumpa. paling teruk pon setahun sekali. aku dengan mira pon selalu jumpa. sebab mira ni kerja kat dalam UPM je. aku plak duduk kat UKM BANGI. tapi masalahnye si aina dengan mira la yang susah nak jumpa. lepas je tamat menengah rendah, memang diorang tak pernah jumpa langsung. ada la dalam 5 tahun. aku pon mengaturkan jejak kasih untuk diorang berdua. ehem! kasi big clap sikit tuk aku. eceh..


aku selaku penjejak kasih kena jadi camerawomen je. tak boleh lebih-lebih ambil gambar. kena jadi tukang ambil gambar sahaja. tak pe la, kasi la chance kat diorang nak melepas rindu. paling tak boleh tahan, aina siap menangis lagi masa aku dengan mira nak balik. sensitif sungguh la ko na...HAHAHA

maafkan aku sekali lagi kerana memaparkan aksi-aksi seperti ini. harap kanak-kanak yang dibawah umur mendapat bimbingan dari orang dewasa.


sekian sahaja program jejak kasih kali ini. program jejak kasih siri 2 akan tiba tak lama lagi ;)

with❤:izan®

Thursday, December 16, 2010

wanita magribi RM 14K


hokeyh, dah nampak gambar kan? maknanya maxis dah mula nak berbaik-baik dengan aku. baru je semalam kena caci kaki sikit terus nak kasi laju aku punya broadband. jangan hari ni aku puji esok kau lembab balik pulak sudah. mahu aku flying kick ko ke bawah flat aku ni ha. entry dah menimbun-nimbun aku nak publish ni. semua dalam draf. bukan draf blog, dalam draft otak aku.

asal nak menaip je, tiba-tiba nak layan movie la, nak pikir nak pakai baju apa la esok nak pergi kerja. nak layan anak-anak lagi, bapak anak lagi. kau ingat aku duduk rumah ni goyang kaki je ke? haremmmmmmm...

okey-okey, malam ni saya update untuk seminggu punya. sapa complaint lagi kata aku malas la hape, meh aku gigit batang hidung kau sampai patah cam batang hidung aku. HAHAHA. ha tu mula la tu nak cek batang hidung aku kan..dah terang lagi bersuluh, memang aku berhidung patah. patah-patah pon comel kan, cuba bayang kalau tak patah? perghhhhhhh..macam wanita magribi RM14K tak?? pengsan!

with❤:izan®

Wednesday, December 15, 2010

broadband maxis

kalau ikot kan hati aku yang baran ni mahu aje aku terminate broadband maxis aku ni! lembab sampai rasa macam nak lempang je. kalau la gebu cam pipi aku sedap la jugak. ni aku tengok ko kecik...je! nasib la kecik. marah ni, nampak tak?

maaf la, entry dah tak boleh nak masuk gambar. lembab sampai nak loading gambar kat fb pon macam sipot! sipot lagi laju kalau pakai kasut roda. kalau ikotkan hati aku ni hari-hari aku nak tempek gambar aku g kerja macam mana. apa aku pakai, apa aku buat. tapi disebabkan tak boleh nak upload gambar, umpama kopi tak de gula! hitam, pekat, melekat. gula takde? hancur selera. itulah perumpaannya. gambar takde, tak mau cerita!


with❤:izan®

Monday, December 13, 2010

dah masuk minggu ketiga

pejam celik pejam celik dah masuk 3 minggu aku praktikal. best! but...kita ABAIkan yang tak best tu boleh? so far, semuanya best-best belaka. khamis ni ada jamuan sambil tukar-tukar hadiah. sapa yang nak kena beli hadiah tuk aku tu aku nak minta kerusi urut ogawa boleh?

boleh...blah!

entry secara tiba-tiba tamat. HAHAHA
with❤:izan®

Thursday, December 09, 2010

i got new handphone

itu lah, kan dah kata. setiap yang berlaku mesti ada hikmah. actually bukan la dapat handphone baru. dapat pinjam je. hahaha. thanks so much to all yang care about me. tak sangka rupanya aku masih punya teman. eceh!

and now, tembam with me. rasa macam dapat kaki semula. tak perlu nak tagih simpati mintak tolong sape-sape lagi. saya mampu berdikari. hidup kat dunia ni kejap je, sekarang kau abaikan dia, esok lusa mungkin dia yang kau cari. itu kan hukum karma. macam roda, ada masa kau diatas, sampai masa kau akan rasa duduk di bawah. oleh itu, moral of the story, jaga diri anda semua.

with❤:izan®

Tuesday, December 07, 2010

coming soon

banyak entry bakal menjelma. maybe start esok, lusa or tulat. terlalu banyak simpan dalam hati makin lama boleh jadi darah beku dan dendam. maaf kepada mana-mana entry yang akan datang dan bakal mengguris hati mana-mana pihak. tahap kesabaran dan ketahanan diri berada pada tahap paling minima. harap maafkan saya.

mungkin hari ni hari kau, esok lusa mana tahu. mungkin hari aku bakal menjelang. semuanya ketentuan ALLAH S.W.T.

sehingga kini, ini sahaja.



with❤:izan®

Monday, November 29, 2010

first week practical

secara keseluruhannya, praktikal sangat seronok. sebab ofismate sangat funny dan baik-baik. semua sangat ramah tamah dan banyak makan. memang happening. tak pernah jangka aku akan diterima dengan baik. so far,semuanya lancar, kecuali bas rapid sahaja enggak lancar selancar perjalanan jika menaiki LRT atau monorail. nak kena pujuk hj.salleh bagi aku bawa tembam. kesian tembam, terpisah jauh dari aku.


with❤:izan®

Wednesday, November 24, 2010

selamat hari rabu

hai, salam kembali. aku pikir sampai setengah jam macam mana nak mula start entry. 

hari ni balik-balik rumah dah ada rezeki. tasha, kinah dengan azfar masak spageti untuk sambut aku pulang dari bekerja. terasa seperti bertuah hidup dalam kalangan mereka. mana tak nya, balik dah ada orang masak. tunggu nak ngap je masuk perut. buat masa sekarang hanya aku yang sudah start praktikal. mereka masih belum. 1st DIS ni baru start. kalau mereka dah start nanti tak tahu la sempat atau tak nak masak malam-malam macam sekarang. ye la, masing-masing dah penat nanti. tapi yang paling sakit hati time aku nak pergi kerja la. aku awal-awal pagi dah tergopoh gapah siap comel-comel nak pergi kerja, bebudak ni sedap-sedap lagi dalam selimut. pergh, memang tahap karma aku sabar. its okey. hari sabtu ahad ni aku bantai tidur sampai tengahari! 

buat pengetahuan kalian bukan khailan. itu sayur. sayur boleh makan ye anak-anak bonda. jangan jadi orang yang tak makan sayur. bonda tak suka. (boleh abaikan pesanan aku kepada anak-anak aku ni). sambung semula. buat pengetahuan kalian, aku ke tempat kerja dengan BAS! sangat best. naik-naik bas tidur. tiba-tiba dah sampai. okey, tak da la tiba-tiba. ayat sebenar "bila la nak sampai ni!!!!" bus tu akan ambil masa sampai sejam setengah untuk sampaikan aku ke tempat kerja. memang waddeF la. ok, F is for FUN. nak balik pon sama. kul 6 aku dah tunggu bus, jam 8.30 baru sampai rumah. kenapala kat KL ni tak buat jalan raya tu besor-besor sikit. tak la sesak perut aku pagi-pagi nak kena tahan melabur. sebab aku ni jenis sejam lepas aku bangun pagi kompem nak ke tandas untuk pelaburan. nak kena tahan dalam perut pastu bas pula tekemut-kemut jalan. 

its ok haji salleh. saya tak merungut ni. anak ayah yang bongsu ni kan baik ;) ok la ayah, kalau ayah nak bagi unser ayah tu adik tak tolak. eceh!

mak su rindu isha dengan ecah! ;(

with❤:izan®

Monday, November 22, 2010

rumah sewa


ehem! hai semua. maaf kerana tiba-tiba hilang. saya kehilangan sumber internet. dan sehingga hari ni baru ketemu. alhamdulillah syukur kepada Allah. saya masih bernafas dan boleh makan nasi lauk ayam masak minyak, ikan sardin tin dan sayur goreng masakan kinah dan tasha. 

ok, seperti biasa. ini nama-nama baru dalam blog. so kena kenalkan. housemate baru aku ada 4 orang. qilah (kawan masa form4 sampai matrik), tasha (kawan qilah), kinah (kawan qilah), azfar (kawan qilah). tapi semua dah jadi kawan aku. HAHAHA. so far ok, aku masih boleh bertahan. walaupon kena tunggu bus selama sejam lebih dan bus akan pusing bawa aku jalan-jalan selama sejam sebelum sampai rumah sewa aku ni ha. pergh! memang berbeda KL degan BANGI. its ok izan. sabar.

rumah sewa aku ade dua bilik. aku sebilik dengan qilah. kitorang berdua je sebab bilik kecik sikit. tasha,kinah dan azfar sebilik. bilik air, dapur dan hall kami kongsi. kalau tu pon nak kena bahagi parah aku. kinah dengan tasha ada bawa motor. tapi tempat praktikal diorang lain haluan dengan aku. aku nak bawa tembam hj.salleh tak bagi. nak pinjam kereta dia memang tak dapek la. erk! maaf. anakanda mu ini tidak merungut.

sebelum esok, saya berhenti sampai sini dengan sajian makan malam oleh tasha dan kinah (aku balik keje diorang tengah masak diner). mana tak nye, sampai rumah jam 9 malam. hebat kan KL????


with❤:izan®

Saturday, November 20, 2010

Day 12 - How you found out about blog and why you made one

cabaran hari ke-12. semuanya bermula di sini. (klik)

serasa aku semacam pernah bercerita pasal kenapa aku buat blog. dan dari mana aku jumpa pasal blog-blog ni semua. tapi tak apa lah, disebabkan dah 30 days of challenges ni nak tanya jugak. aku jawabbbb... aku start buat blog dalam february 2009. so dah nak masuk dua tahun la kalau bulan 2 tahun depan. dah lama juga kan. jangan kau cuba baca entry aku masa zaman mula-mula berblog dulu. sungguh aku pon malu nak baca semula. tapi aku takkan delete. sungguh aku takkan delete. aku nak nanti anak cucu aku baca balik sejarah hidup bonda dan opah deme ni. jujur gitu! kepada anak-anak bonda sila jangan dating! bonda je boleh buat dengan ayah korang. HAHAHA

ok, sekarang kena menjawap soalan. dari mana aku jumpa pasal blog ni? kakak aku, roslina yang memperkenalkan aku pasal blog ni. masa mula-mula dulu asyik promote je la pasal blog dia. suruh aku tengok-tengok. lepas tu plak my kawan sejati iaitu atie duk bagi link blog-blog yang best untuk aku baca. macam-macam link dia bagi. last-last aku dengan dia gigih buat blog sendiri. sebab rasa macam best plak kan ada blog ni. semua nak cerita. kalau tulis dalam diari diri sendiri je la baca. ni bila tulis dalam blog aku dapat kutukan dan hinaan membina dari anda semua. rasa macam, sungguh bermakna bila ada orang nak share pendapat pasal life aku. aku tekankan disini, bagi pendapat ok. bukan jaga tepi kain aku. ahah! ini adalah dua perkara berbeda ya anak-anak. bonda tak suka nanti anak-anak bonda jaga tepi kain orang.

makin lama rasa macam sungguh seronok. tambah-tambah masa aku rahsiakan pasal alan. sedangkan ramai yang dah dapat teka. tapi aku still nak rahsiakan. konon artis ohhh masa tu. best gila. eceh! sekarang ni berblog dah macam tak best. ramai orang berblog sebab nak kejar duit nuffnang. aku letak jugak nuffnang. memang best. berblog dapat duit. tapi jangan la sampai berblog, singgah blog orang just letak komen kat chatbox then hope aku akan pergi kat blog ko? no! i never do that. if ada aku buat, maknaya aku tengah perli korang. HAHAHAHA. Blog is more than that anak-anak bonda. please... if ada anak-anak bonda nak sambung blog bonda nanti, please tulis dengan hati bukan dengan niat tak da hati. bonda marah nanti! haip!

ok, nak mandi-mandi dah. jumpa lagi di lain entry. babai!



with❤:izan®

Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

cabaran hari ke-10. semuanya bermula disini. (klik)

secara dasarnya aku bukanlah suka dengar lagu bila aku tengah happy, sad, bored, hyped or mad. aku lebih suka berkongsi semua perasaan tu dengan kawan-kawan dan teman. tapi seawalnya aku akan kongsi dengan alan. he is not just my soulmate, also can be my bestfriend. aku boleh kongsi semua perasaan dengan dia. dengan kawan-kawan lagi la. semua perasaan harus ditunjukkan bila bersama dengan teman dan alan. aku bukan jenis penyimpan. serius. sapa yang kenal aku memang paham aku macam mana.

aku jenis yang express my feelings. so, music bukanlah teman sejati diriku. eceh!

with❤:izan®

Saturday, November 13, 2010

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days

cabaran hari ke-9. semuanya bermula disini (klik).

banyak benda yang aku nak banggakan sejak dua menjak ni. eceh! takbur kau eh izan. bukan-bukan. maksud saya (tiba-tiba nak guna saya). maksud aku, ada banyak benda yang aku tak sangka aku mampu lakukan dalam masa terdekat ni. seperti, aku memang dah lama plan nak ada business sendiri, dan akhirnya berkat galakan orang sekeliling aku berjaya wujudkan TrendSetter. mula-mula memang aku macam yakin and tak yakin je nak buat. bila ramai yang macam "buat la izan, kau asyik pakai bag lawa-lawa je, kitorang nak jugak" eceh! lawa ke bag i. lawa la!

then, 22 nov ni dah nak start latihan industri. bermula episode baru dalam hidup. macam mana nak manage life bekerja pula lepas ni. hopefully semuanya akan berjalan lancar :) esok pula akan mula duduk rumah sewa. makin bertambah berdiri di atas kaki sendiri la lepas ni. "YaAllah, permudahkanlah segala urusan kami kelak"

p/s: hari ni makan nasi 2 kali je ohhh..hebat tak???


with❤:izan®

Friday, November 12, 2010

Day 08 - Short term goals for this month and why

aku rasa kan, bulan ni aku punya short term goals adalah :

  1. nak latih diri tidak tidur selepas subuh. sebab nak biasakan nanti nak kena siap terus pergi praktikal. eceh!
  2. nak kurangkan makan nasi, sebab dalam sehari aku makan nasi 4 kali. nanti kalau dah duduk rumah sewa nak kena berjimat cermat. 
  3. nak capai target jualan bag sebanyak 1000 unit! sebab...ehem! hahaha
ok, thats all! ;)

with❤:izan®

Thursday, November 11, 2010

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you

cabaran hari ke-tujuh. semuanya bermula di sini (klik).

ini adalah penyebab kenapa tiap-tiap bulan aku nak balik rumah. bukan sebab mak aku masak kek tiap-tiap bulan. sebab FARISHA DAMIA. disebabkan dialah aku jadi macam kalau nak balik trolak tu nak kena beli coklat lah, baju lah, mainan lah. untuk budak kecik comel macam mak su dia ni lah. eceh. selain dari tu, suasana di rumah jauh berbeda dari di bangi. tiba-tiba nak nangis boleh? hah! tu yang tengah baca tuh, mai sat nak tumpang bahu...sob sob sob...

p/s: exam dan berakhir ;)


with❤:izan®

Wednesday, November 10, 2010

Day 06 - Favorite superhero and why

cabaran hari ke-enam. bermua dari entry ini (klik).

aku ni bukan la jenis yang tengok kartun. so aku pilih nak suka KELUANG MAN.


DAN kenapa? sebab aku rasa ni lah satu-satunya kartun hero yang aku layan dulu. sekian.

with❤:izan®

Tuesday, November 09, 2010

botol hijau

dear blog,

terasa lama tak masuk blog sendiri padalah baru semalam update. esok aku ada exam MIS (management information systems) dan lusa ada exam OM (operation management). memang serius aku cakap, mood nak exam dah hilang sejak aku balik rumah. dah tujuh hari bermalas-malasan dirumah, terus jadi malas nak belek buku dan nota. kalau boleh nak exam terus dua-dua paper esok. senang otak, senang hati, senang failed! haissssh.. mintak simpang, jangan kau nak gatal-gatal failed kan paper dah last sem ni. orang lain grad kau extend. mahu begitu? tidak! katakan tidak pada failed.

paper esok memang tak berapa nak yakin untuk menjawap. sejak dari mid term, kerja projek, pembentangan semua macam hampeh sahaja. so final esok kita tawakal sama-sama. semoga ALLAH bagi kami betul semua. menang direct terus la mintak ni. amin! lusa punya paper baru 2 bab aku khatam. cuma belum aku khatankan sahaja lagi. eh, kenapa masuk bab khatan ni? silap ya, mohon maaf. selesai kedua-dua paper ni duduk melepak sebentar hari jumaat. then sabtu baru pindah barang masuk rumah sewa.

saya akan menginap di Pandan Indah dalam 4 bulan lebih kurang. maka sesiapa yang berdekatan di jemput hadir ke majlis kesyukuran naik rumah sewa baru saya pada esok hari di dalam mimpi. makan la apa sahaja yang diidamkan. saya benarkan. apa ni, ajak orang dalam mimpi. maaf lah, bukan rumah saya sendiri. rumah sewa. kalau rumah saya sendiri nanti insyaALLAH saya akan buat majilis kesyukuran naik rumah baru. tapi ini bukan janji. dibuatnya rumah aku nanti kat ABU DHABI mahu korang datang? eceh...ABU DHABI tuuu..hahaha

oh, belum masuk lagi pasal botol hijau. ceritanya hanya begini :



saya selema dan batuk. saya perlukan banyak air masak. memang saya telan banyak air masak sampai setiap sejam saya perlu ketandas. memang dasyat. namum selesema saya masih belum sembuh. ubat selesema sudah habis. panadol juga habis. maka saya kena kuatkan imunisasi badan saya dengan air. bukan dengan ubat. ingat esok saya ada exam. doakan saya. "YaAllah bagilah kami betul semua...amin."

babai, dan sehingga saya sembuh memang takkan ada entry. mungkin ya. ini bukan janji.

with❤:izan®

Monday, November 08, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAK

hari ni birthday my mak. genap usianya ke-58. 

nama my mak RADZIAH SAAD. my mak kahwin dengan HJ.SALLEH. dah lama dah. my mak ada lima orang anak. saya anak yang paling kecik tetapi tinggi dan paling manja. itu sudah pasti sebab saya anak bangsu. sapa suruh tak nak jadi anak bangu. untung sangat! sebab jadi anak manja. my mak asal dari KAMPUNG KEDAH, parit buntar , perak. ala, biasa orang parit buntar panggil masjid hijau tu, belakang masjid hijau la rumah mak kepada my mak.

my mak anak yatim piatu. tapi my mak ada anak-anak yang sayang my mak dan suami yang lagi sayang my mak. mana hj.salleh pergi my mak akan ikot. teman pergi IJN, tidur dekat IJN, teman pergi hospital selayang, tunggu hj.salleh cek darah every month dan lain-lain. my mak makan B'young dari Zhulian. my mak nampak muda. my mak suka menjual macam-macam. sebab tu anak-anak dia pon suka menjual macam-macam. my mak pandai menjahit. baju raya anak-anak, menantu, cucu-cucu semua my mak jahitkan. sampai baju sekolah pon my mak jahitkan.

my mak pandai masak. semua jenis masakan my mak pandai masak. resepi dia selalu ada "letak garam secukup rasa" tapi saya dan kakak saya selalu failed bab nak letak secukup rasa. cuma my mak je dapat letak garam secukup rasa. my mak suka tanam pokok. macam-macam pokok my mak tanam. lagi satu my mak suka ambil pokok tepi jalan. pernah sekali tu my mak suruh hj.salleh berhenti tepi highway sebab dia berkenan dengan pokok bunga tepi highway tu. hj.salleh berhenti! demi my mak semua hj.salleh sanggup!

my mak cantik, sebab my mak is my mak. lagi satu my mak ade lesung pipit. lastly, happy birthday my mak! adik doakan agar mak sentiasa sihat dan panjang umur. semoga ALLAH memberkati kehidupan mak selama usia ini. SAYANG MAK!



with❤:izan®

Saturday, November 06, 2010

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to

merupakan rentetan dari entry 01, 02, dan 03. hari ni masuk cabaran hari yang ke-5. oh cabaran hari ke-4 aku dah terdelete. saya mohon maaf. nanti kalau rajin aku buat balik entry tu. tapi sure berbeda punya dari entry yang azali.


gambar ni masa aku dengan budak-budak kelas kualiti ke kilang pewter. bila tu aku kurang nak pasti. yang pasti bulan 10 tahun ni. picture ni aku ambil dari fb yang ain tagedkan. ain yang pakai baju putih tu. actually kena panggil kak ain. tapi tak terbiasa nak panggil ain. trip yang fun, tapi tak mampu la nak beli pape. satu mangkuk pewter dah ribu-ribu ringgit ko. tak dapek la den nak menghaso..tunggu mr.izan aku belikan je la nanti. ALAN bukan nama sebenar. hahahaha

with❤:izan®

kualiti

khamis lepas, kami ke selayang (kami is satu family). hantar ayah aku ada buat check up kat hospital selayang. disebabkan lama check up nye, mak dengan ayah aku stay kat hospital. aku, acik, abg en and isha pergi ambil stock bag untuk customers. buat masa ni aku akan pos bag-bag tu isnin. aku plan nak pos semalam. tapi lupa pulak semalam pos office tutup sebab deepavali. apa daaaa..aku boleh lupa plak.saya mohon maaf atas kecuaian ini.

aku ada kerja yang nak kena submit 10hb ni. kerja kualiti. tapi belum sentuh lagi. study lagi la belum. ok-ok malam ni saya sentuh. saya janji. saya sentuh. tapi sentuh je la kot. hahahaa

nampaknya goreng pisang acik aku dah siap. selamat menjamu selera ;)

with❤:izan®

happy birthday sayang!

selamat hari lahir sayang.

i tahu i buat schedule entry ni untuk u bukan lah romantik sangat kan. sebab i sepatutnya tunggu sampai jam 12 tengah malam ni untuk sambut birthday dengan u macam tahun lepas. wish birthday u and kita akan potong kek sama-sama. i minta maaf sebab i tak dapat nak celebrate dengan u tengah malam ni. i di rumah, u pon di rumah. i tahu even kita sama-sama dirumah tetapi adalah agak susah untuk i ke rumah u. sebab malam ni hujan u. i nak bawa kereta, tapi minyak pula dah tak da. tambahan pula, jauh la u nak ke rumah u tu. im sorry u...

bab hadiah u pula, i memang la tak berapa nak ada DUIT untuk beli hadiah u sempena tahun ni. tapi i akan usahakan supaya u ada hadiah tahun ni seperti tahun lepas. i mampu bagi u coklat je kan tahun lepas. okey-okey insyaALLAH i akan bagi u hadiah yang paling best tahun ni. harap u tak terkejut. tapi kan u, i rasa i dah dapat agak la hadiah u yang i nak bagi ni. never mind lah kan, i tetap nak bagi juga. sebab i memang dah niat nak bagi u pon. sebab dari bulan lepas lagi i dah beli untuk u. hope u suka ;)

uuuuuu...i nak ucapkan terima kasih sebab u always ada dengan i even semua orang tak suka i. semua orang kata i jahat. tapi u tetap ada dengan i. thank you. hope i dengan u akan bersama sampai bila-bila u. i really hope that our relationship will last forever.akhir kata dari i untuk u, i sayang u ketat-ketat. i heart u la macam mana u selalu kata kat boyfriend u. i ni kan girlfriend u. so u kena la sayang kat i juga.

and okey-okey. ni memang akhir kata ni, i janji. HAPPY BIRTHDAY NUR ATHIAH HALMY i hope u akan dapat apa yang u hajati dalam hidup ni dan juga di akhirat sana. i sayang u!


masa ni u nak suap i makan kan u. nampak sangat u sayang kat i. u jangan la selalu manjakan i macam ni. nanti i sedih nak duk jauh-jauh dengan u.lepas ni i duk pandan indah, u duk bangi. nanti i rindu u....

u, ingat tak kita panjat gunung sampai rasa nak pengsan. i jahatkan? tinggalkan u kat belakang then i jelajah sendiri je puncak. sampai je ka puncak separuh nafas i nampak u. tapi u still comel, cuma i je lebih comel sikit dari u. i mintak maaf sebab i sentiasa comel.

kita kemana ni ya? oh, funfair bukit jalil. sangat seronok.masa ni kita single kan, semua lelaki kacak kita nak sapu. yang kacak jela. sebab tu dapat boyfriend sekarang pon kacak-kacak semua. kalau tengok dress up sebijik budak baru nak up. kah kah kah
with❤:izan®

Friday, November 05, 2010

saya mohon maaf

dear blog, (eceh! macam la blog kesah)

pertama sekali aku mohon maaf kerana mengabaikan kau dua tiga hari ni. ye la, seperti biasa. bila dah di rumah kadar untuk aku menjenguk-jenguk kau adalah berada paras yang amat tidak sekali. lebih banyak hal yang lebih penting dan tinggi kepentingannya berbanding kau blog. tetapi dikau tetap di hati. usah kau membawa rajuk tu lama-lama. nanti bila aku balik kembali ke UKM isnin ni boleh la kau kembali berbangga blog. aku akan sentiasa disamping mu. <----ok, dah boleh muntah!

berbalik kepada cerita sebenar.

masuk hari ni sudah hari ke5 aku di rumah.gap exam yang agak panjang adalah penyebab. 10 dan 11 nov ni baru ada exam semula. then balik rumah balik untuk beraya korban dan 20 hb maybe aku akan pindah ke rumah sewa di pandan indah. ada sesiapa yang duduk dekat area sana? and boleh menjadi driver saya secara percuma selama 4 bulan? sila tinggalkan komen di kotak komen. pelawaan anda amat dihargai. nak bawa tembam bersama aku fikir bukan keberanian aku untuk membawa motorsikal di tengah-tengah bandar kuala lumpur. nak bawa kereta, memang tak dapat la. ingat hj.salleh kaya sangat nak belikan aku kereta sebijik. kalau nak, kena usaha sendiri la.

dengar kata ajen sewa rumah, bus ada lalu di kawasan rumah flat aku tu. tapi dia tak berapa sure seberapa kerapkah kawasan itu akan dilalui oleh bus. nak menggunakan LRT adalah jauh sedikit. tapi tak apa, NORIZAN adalah anak hj.salleh yang pandai berdikari. NORIZAN pasti boleh! tapi kalau ikut IZAN, semua tak boleh..HAHAHA

mengenai cabaran 30 hari tu aku akan tunaikan. jangan bimbang. ada lagi banyak entry bakal menyusul. buat masa ni nak kena siapkan kerja kualiti dulu. erk, okey-okey aku baru nak start buat. aku bukannya jenis yang rajin macam korang semua kerja nak siapkan awal. aku adalah orang yang jenis buat kerja last minute. jangan kau nak kondem-kondem aku. apa aku pakai, kot ketat ke, panas ke, itu memang aku. kalau tak suka, jangan nak kata apa-apa. ni dah kata macam-macam tapi sibuk plak kan nak try sama. memang letih la nak layan orang macam ni. okey, aku pon patut tak amek tahu pasal ko. tapi dah luah sikit rasa macam kau memang vouge la. kalau kat aku semua tak elok, tak okey. kalau kat orang lain semua okey. WTH!!! <---okey, ini entry marah. saya akui.

kepada semua yang belum melihat bag-bag yang aku jual dan shawl alladdin dari aku. boleh ke link sini, sini, dan sini.

with❤:izan®

Wednesday, November 03, 2010

all bag sold out

salam kalian (hai customers dan bakal customers) eceh...

apa kata kita tangguh dulu cabaran ini. aku janji. isnin depan aku sambung balik membuat cabaran ini. aku ni tak boleh nak buat banyak-banyak benda dalam satu masa. kepada sesiapa yang menjadi kawan alam maya aku di facebook mesti dah nampak kan gambar-gambar bergayaku dengan bag pinjam yang hanya aku mampu gayakan dalam beberapa minit. kemudian panas! nak kena pos pada customers. korang la tu. tak kasi chance langsung aku nak bergaya lama sikit. semua nak rembat kasi licin je kan. anyway, thanks to all yang support aku dalam hal ini. sama ada yang membeli mahupun yang memberi semangat.

aku tak pernah sangka sambutan yang begini aku terima dari kalian semua. tengok, aku tak boleh la bab-bab nak buat pengakuan jujur dan ikhlas ni. sesungguhnya aku terharu dengan sambutan yang begitu menggalakkan ini. jujur dari hati, aku mengucapkan THANKS SO MUCH to all my customers. tanpa korang siapalah aku hendak menjual beli bag ini.  <---kelihatan seperti membuat ucapan pelajar tebaik masa darjah enam. oh, jangan tertipu. sesungguhnya aku tak pernah dapat anugerah seperti itu.

sebelum terlupa. kepada sesiapa yang masih berminat untuk membuat tempahan bag dari aku, boleh berbuat demikian sebelum malam esok. iaitu 03/11/2010 sebelum jam 12 tengah malam. pada khamis (04/11/2010) aku akan restock order yang hanya dibuat pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan tadi. kepada sesiapa yang terlewat, anda hanya boleh membuat tempahan seperti biasa. namun, aku hanya akan ambil stock baru pada 12/11/2010(jumaat). bag akan dipos pada 15/11/2010(isnin). ini adalah kerana aku ada exam 10/11/2010 dan juga pada 11/11/2010 bersamaan dengan anniversary perkahwinan angah aku. okey, anda boleh abaikan info anniversary tersebut. ianya hanya penting buat diri penulis dan keluarga penulis.

pemberitahuan sebelum terlewat. saya telah pindah dari kolej kediaman UKM ke pandan indah. kerana saya akan berlatihan dengan amalinya di dalam industri atau dalam kata senangya "praktikal" di plaza berjaya berdekatan dengan times square. YaAllah, KAU teguhkanlah iman hambaMU ini dari bershopping di sana. amin...

with❤:izan®

Tuesday, November 02, 2010

RM 30 (BATCH 2)

CODE 011

Sling Bucket Bag 
H34cm x L24cm x W15cm
COLOR : ORANGE
RM 30


CODE 012
Sling Bucket Bag
H34cm x L24cm x W15cm
COLOR : RED
RM 30

CODE 013
Sling Bucket Bag
H34cm x L24cm x W15cm
COLOR : ORANGE
RM 30


CODE 014
Sling Bag
H30cm x L29cm x W10cm
COLOR : RED
RM 30


CODE 015
Sling Bag
H30cm x L29cm x W10cm
COLOR : YELLOW
RM 30

CODE 016
Sling Bucket Bag
H30cm x L24cm x W18cm
COLOR : RED
RM 30

CODE 017
H24cm. x L33cm. x W8cm.
Sling Bag
COLOR : BLACK
RM 30

CODE 018
H16cm. x L30cm. x W6cm.
Sling Bag
COLOR : WHITE
RM 30

CODE 019
H18cm. x L20cm. x W8cm.
Sling Bag
COLOR : EARTH BROWN
RM 30



berminat? berkenan? inginkan? boleh email ke : izan_bumm89@yahoo.com
sila tinggalkan no telefon anda untuk kemudahan saya. eceh! saya tu..HAHAHA. atau boleh add aku di fb. hanya search izan salleh. yang profile picture cun-cun tu aku la. ;D


with❤:izan®

Sunday, October 31, 2010

kenapa hujung minggu tak ramai orang baca blog

hari ni sepatutnya aku nak kemas barang masuk dalam kotak dan beg bagai. tapi dah dari pagi aku bantai tidur ja. mana kerja nak jalan. esok nak bawa barang mana yang nak pindah masuk rumah baru. yang bakinya hj salleh suruh pos sekali dengan tembam nanti. sangat la malas hokeyh nak start kemas. kang dah start nak kena selesaikan semua. aku ni jenis kalau buat kerja nak bagi sudah terus. senang. tak menyemak mata aku nak memandang. 

eh, semalam ke nilai. beli almari baju dengan tilam untuk masuk rumah baru nanti. dah ke nilai kompem la alan yang jemput aku kat komuter dan ke giant dengan  dia. aku ni jenis suka selongkar barang-barang dia dekat dalam kereta tu. sekali jumpa..ok, abaikan dulu part tu. nanti kita buat entry lain k. anyway, THANKS SO MUCH DEAR!

sejak dua menjak ni aku rajin nak buat tinjauan sikit. tiap kali aku update blog hujung minggu je mesti tak ramai yang baca. jadi macam malas plak nak update hujung minggu ni. aku telah membuat andaian sendiri kanapa tak ramai baca blog hujung minggu.

  1. sebab adanya blogger macam aku. yang bila hujung minggu jadi malas nak update.
  2. sebab hujung minggu banyak kenduri nak kena pergi.
  3. sebab hujung minggu jalan-jalan ke luar. bukan 24/7 nak duduk depan lappy!
alasan lain aku malas nak pikir. sebab tengok baju aku pon dah macam ape betimbun-timbun atas katil mintak nak lipat. okey-okey dear. mommy coming...eceh!



with❤:izan®

Thursday, October 28, 2010

Day 03 - A picture of you and your friends

cabaran seterusnya. untuk hari ketiga ini aku nak kena mintak maaf awal-awal sebab tak update blog siang-siang. exam dari pagi sampai petang ko. pagi mengira petang membaca. memang cukup stabil la kepala hotak aku ni kiri dan kanan. entry ini juga merupakan kesinambungan dari entry ini. (klik)

sometimes a picture can tell everything without any caption. how i miss my old days with my old friend.



with❤:izan®

Wednesday, October 27, 2010

Day 02 - The meaning behind your blog name

cerita ini merupakan cerita sambungan dari sini. (klik)

untuk menyempurnakan cabaran hari ke-2. sebenarnya dah banyak kali aku tukar nama blog. dari izandaughtersalleh pergi ke miss izan, lalu terjun ke izan sahaja. dan sekarang izan salleh. sebab senang rasanya bila guna nama sendiri. kalau dilihat balik, memang semua nama yang aku pernah aku guna adalah nama sendiri. maybe sebab aku rasa nama aku sedap kot. IZAN SALLEH. comel, padat dan ringkas. macam ngam gitu. 

or maybe sebab aku lihat ramai je blog yang menggunakan nama sendiri jadi meletup-letup. contoh macam hanis zalikha. sedap kan nama dia? aku pon nak perasan nama aku sedap. so letak la nama izan salleh. tak kan nak letak alan azwan pulak kan? very tak sesuai gitu nak letak kat blog. kalau letak dekat KAD WALIMATULURUS nanti baru la sangat sesuai. bagai dolphin dengan air. tak dapat dipisahkan. HAHAHA

blahhhh..kalau bagi kat aku bab nak bangga diri sampai esok pon aku rasa macam tak siap entry ni.esok aku exam. pagi dan petang ;)

sebelum terlupa, nak tengok bag murah? (klik) , (klik)

with❤:izan®

Tuesday, October 26, 2010

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

maka hari ini bermulalah 30 hari dengan cabaran.

gambar terbaru semasa memjadi model kedai runcit sendiri.
15 interesting facts about izan salleh.

  1. sedang belajar di UKM untuk semester terakhir.
  2. merupakan anak bongsu yang sangat MANJA.
  3. sedang berusaha untuk pulihkan parut jerawat gatal yang telah tumbuh sejak form 4.
  4. heart NESCAFE.
  5. suka bersolek sejak ada boyfriend.
  6. suka tidur lepas subuh.
  7. ada 12 anak sedara.
  8. tak pernah hafal sifir. tapi bukan bermakna aku tak suka mengira.
  9. love MONEY!
  10. sebab tu aku tengah jual bag sekarang. boleh klik sini, sini, dan sini juga.
  11. mula bercinta sejak tingkatan 2 lagi. tapi bukan dengan alan la. HAHAHA
  12. seorang yang RABUN. 
  13. dan sebab tu suka pakai lens.
  14. tidur dengan lasak. sebab tu bantal suka berterabur kat lantai esok pagi.
  15. saya ada banyak handbag dan kasut! (part hj. salleh selalu bising...)



with❤:izan®

alhamdulillah

selamat hari selasa. lusa saya ada peksa. peksa = exam. 

ni nak elakkan mengantuk. aku update lagi satu entry. ALHAMDULILLAH. akhirnya menjadi juga aku menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. untuk setakat ini, hanya tinggal lagi 3 bag sahaja yang belum terjual. kepada sesiapa yang telah book nanti aku bawa balik rumah aku bagi k. sebab mostly orang-orang kampung aku yang nak. orang bandar ni eksen sikit. kata MAHAL la. hape la kan. cuba ko tambah harga bag tu dengan duit minyak dengan tol? ade dapat harga aku jual? eceh..emo oh izan. okey-okey. korang boleh cari kat tempat lain yang lagi murah. FINE! emotional lagi. hahaha

and sekiranya ada sesiapa yang nak order bag yang dah sold out tu, boleh inform aku di mana-mana as long as korang yakin yang aku boleh baca dan reply. nanti aku akan restock ok bebeh! 

sebelum aku tertidur, thanks so much kepada yang menyokong bisnes kecil-kecilan aku ni ;)

with❤:izan®

review just like heaven

kali ini review JUST LIKE HEAVEN edisi musim exam. aku ni kalau jenis study mengira suka sambil-sambil tengok movie. maka secara tuntasnya..eceh..masa darjah 6 ni aku blaja guna perkataan tuntasnya. kita sambung kembali, secara tuntasnya habislah beberapa buah movie yang aku ambil dari teha. buat masa ini hanya mampu buat review JUST LIKE HEAVEN. nanti-nanti lain kali aku buat review lain pula. seperti biasa apa? ini bukan janji.




Genre: Drama, Romance, Comedy
Synopsis: When David sublets his quaint San Francisco apartment, the last thing he expected or wanted was a roommate. He had only begun to make a complete mess of the place when a pretty young woman named Elizabeth suddenly shows up, adamantly insisting the apartment is hers. David assumes there's been a giant misunderstanding... until Elizabeth disappears as mysteriously as she appeared. Changing the locks does nothing to deter Elizabeth, who begins to appear and disappear at will -- mostly to rebuke David for his personal living habits in her apartment. Convinced that she is a ghost, David tries to help Elizabeth cross over to the "other side." But while Elizabeth has discovered she does have a distinctly ethereal quality -- she can walk through walls -- she is equally convinced that she is somehow still alive and isn't crossing over anywhere. As Elizabeth and David search for the truth about who Elizabeth is and how she came to be in her present state, their relationship deepens into love. Unfortunately, they have very little time before their prospects for a future together permanently fade away. 


ini adalah review yang aku ambil dari sini...terima kasih ;)


tetapi selepas ini adalah review dari aku. bagi aku cerita ni ok la, ada moral value nya. tapi ending tak best sangat sebab tiba-tiba je commolot! cis! kena la bagi panjang sikit TANG BAB MACAM MANA elizabeth boleh ingat balik kat david..itu sahajalah review dari aku. HAHAHA





with❤:izan®

Monday, October 25, 2010

30 days of challenges !

30 days of challenges ! 

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name
Day 03 - A picture of you and your friends
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 - Favorite superhero and why
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 - Short term goals for this month and why
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you?

aku suka baca blog nada. oleh kerana dah suka dok belek-belek blog dia sekarang ni, rajin plak si nada ni buat 30 days of challenges ni. tiba-tiba aku rasa nak buat plak. hopefully terlaksanalah 30 dyas of challanges aku ni. ;)

maka, mulai esok akan ada tajuk-tajuk entry cabaran dalam masa 30 hari ni. nak kena jujur ke dak aih? HAHAHA





with❤:izan®