Followers

Tuesday, March 29, 2011

Software Free untuk edit gambar.

Hai,sihat semua?

Cik Lala tanya aku macam mana nak buat header yang ada gambar kita kan? Erk. Cik Lala. Saya ni bukan la hebat mana bab-bab nak buat header blog ni. Mungkin Cik Lala boleh guna photoshope. Sebenarnya kan Cik Lala. Saya pon tak berapa nak reti guna Photoshope. HAHAHA

Banyak je tutorial pasal photoshope yang boleh kita belajar secara on9. Aku hanya pandai guna Paint dan Photoscape. Kadang kala aku guna Picasa. Paint memang dah sedia ada dalam laptop aku. Cuma Photoscape dengan Picasa je kena download sendiri. Semuanya free. Kalau nak keterangan lebih lanjut boleh la google tutorial dari blog-blog yang rajin buat tutorial untuk header. HEHEHE.

Semacam bukan tutorial je kan ni? HAHAHA. Seriously, aku bukan la hebat mana buat header-header ni. Sorry Cik Lala.

with❤:izan®

Cara menukar Font Tittle dan Sidebar Tittle.

Hai, sambungan dari sebentar tadi.

Macam mana nak tukat font pada Tittle Post dan Sidebar Tittle. Sanngat senang!
1. Masuk ke Dashbord-->Design.


2. Pergi ke Template Designer.

3. Klik pada Advance.

4. Klik pada Post Tittle-->Pilih Font. Begitu juga untuk sidebar. Pilih Gadget--> Fonts.



Easy right. Maaflah, aku ni tak berapa reti nak mengajar orang. Setakat tunjuk gambar dan harapnya anda semua faham. Kalau tak faham, jangan malu untuk bertanya.

p/s: Rajin pula kan aku ni buat tutorial. Macam tak percaya pula.

with❤:izan®

Cara download font secara percuma dan mudah.

Hai, salam sayang.

Saja nak share something. Mana nak download font yang cute-cute secara percuma. Eh, bulan aje cute. Malah yang macho-macho pon ada ye abang-abang sekalian. Yang penting, PERCUMA. Ini yang part aku paling suka.
1. Mula-mula masuk ke link ini.http://www.1001freefonts.com/ . Anda boleh download secara rawak dan percuma.

2. Cuma klik pada Windows Download.


3. Dah download? Boleh pergi dekat folder yang save korang punya donwload file tadi. Buka, dan klik saja pada install.

4. Okey, siap! Selamat mencuba.

Untuk tukar font dalam blogspot. Aku akan buat entry sebentar sahaja lagi. Tapi nak kena jenguk mak aku kat dapur sat. Babai!

with❤:izan®

Monday, March 28, 2011

Im a new Heartbeat

Hai, semua orang dah tahu kan pasal Heartbeat. Dah lama aku duk perasan ramai yang pasang Banner Heartbeat. Dia ala-ala macam Nuffnang la kan. Orang lain dah lama cash out duit, aku baru terhegeh-hegeh nak join. Biasalah, bukan blogger tegar.

Aku tahu pasal Heartbeat ni dari blog Farah Azreen. Then aku Follow tutorial dari Miza Yusof. Thanks to korang semua.

p/s: Laju sangat aih nak kumpul duit. Lalalala.

with❤:izan®

Make Up apa yang saya pakai.

Hai, Salam kembali. Banyak pula kan entry hari ni. Aku ni kalau dah mai meroyan nak mentaip, sehari boleh sampai 4 5 entry. Tapi ini masa dulu la. Masa bujang tran-tang-tang. Sekarang pon bujang. Cuma tak berapa nak tran-tang-tang je.

Make Up dengan wanita ni memang macam isi dengan kuku kan. Tak pon macam aur dengan tebing. Atau dalam erti kata senang, memang tak dapat di pisahkan lah. Ada juga wanita yang tak suka bermake-up. Sebab mungkin golongan ini dah neutral beauty. But aku ni bukanlah dalam golongan tu. Macam beast sikit. Kasi make up baru nampak ala-ala Angelina Jolie gitu. Kalau tak...

Aku nak share sikit, jenis-jenis make up yang aku pakai. Murah-murah je. Idok la teman ni mampu nak pakai cosmetic mahal-mahal gitu. Teman ni tak berduit sangat. Cukup-cukup nak menyara hidup je pon. Oleh itu, aku pakai apa yang termampu sahaja.

Yang paling asas adalah concealer. Sebab muka aku ni berkawah sana sini sikit. Erk, al-maklumlah. Kulit muka tak berapa nak gebu macam Irine Nadia Marcello. Kena la repair sikit before pakai bedak kan. So, concealer yang aku pakai maybelline perfect concealer.
RM 20 + 

Aku pakai no 2 punya. Sebab i ni kan gelap sikit nok. Kang pakai yang putih-putih sangat dah rupe pakai tepung gomak. 

Untuk bedak pula. Aku pakai brand Silkygirl sudah. I tak banyak duit nak beli bedak Maybelline. HEHEHE

RM 19.90
Mata i kecik la you all. Jangan tertipu dengan nampak je macam besar. Sebenanrnya itu adalah ilusi optik. HAHAHA. Mungkin disebabkan lens atau eyeliner yang aku pakai. Eyeliner aku pakai in2it. Cukup murah. RM15.00 sahaja. Diwaktu promosi la. Jagan beli time mahal.


Maskara pula aku pakai yang Avon aje. HAHAHA. Yang ni aku rasa dah nak masuk 2 tahun kot aku guna botol yang sama. Beli masa dekat UKM dulu. Punya la malas nak beli maskara baru. Rajin je tengok dekat kedai. Bila nak beli rasa macam ada yang lagi penting. Oleh itu, memang yang Avon tu je aku bedal pakai sampai sekarang.


Untuk blusher. Dulu aku pakai MAC. Ala yang beli kat pasar malam je pon. RM10 sebekas. Tapi muka aku macam naik jerawat dengan ketara pula kan. Aku stop pakai MAC celup tu. Then pakai Elianto pula. Okey la. Ini pon aku beli time 70% punya discount. HAHAHA. Punya nak jimat. So masa aku beli. Dapat dalam RM7 je. 


Lastly untuk my lip. Aku just pakai lipbalm. Yang ni banyak jenis. Tapi yang aku paling suka. Maybelline and Cosway.


Itu sahaja barang make up yang aku ada. Bukan tiap-tiap bulan aku beli baru. Bulan ni aku beli bedak. Bulan depan beli blusher. Then bulan depan lipbalm pula. Macam itu la ye. Saya bukan banyak duit untuk beli make up tiap-tiap bulan. Bunkrup laki aku. HAHAHAHA

p/s: Buat review macam ni terasa artis pula. HAHAHA

with❤:izan®

PMS (Pre Menstrual Syndrome)

Hai, Tajuk hangat. Tapi jangan risau. Kaum adam pon boleh baca dan tonton video ini.


Aku ambil dari Blog Maria Elena. Semua orang kenal dia kot. Hot and Funny. Erk, kombinasi yaang pelik tetapi memang benar.

Mungkin kalau untuk version aku. Tanda-tanda aku PMS adalah seperti:

  1. Malam sebelum aku nak period aku akan CUBA SEDAYA UPAYA untuk cari gaduh dengan Alan. 
  2. Pagi aku nak kena period, aku akan duduk termenung lama dalam toilet.
  3. Bila dan kena period, HAPPY sangat-sangat.
  4. Bila petang hari pertama kena period, badan lesu-lesu sampai lunyai-lunyai sambil menggedik mengadu sakit perut,sakit pinggang la hape la dengan Alan.
p/s: nasib la aku dapat BF yang jenis sabar dan tahan je dengar aku mengadu macam-macam. Thanks Alan.

Tengah period la ni..........sebab tu macam tulis entry pon nak cari pasal je.


with❤:izan®

Sunday, March 27, 2011

Anggunnya Wanita Berhijab Contest

Salam Ahad. Entry ini merupakan entry secara live dari hati.

Hari Ahad yang ceria. Sebentar lagi mahu menonton Khurafat seara berjemaah di rumah sahaja. Movie hantu kena tonton siang-siang. Aku dengan kakak aku bukan lah orang yang pemberani. Kami pen-takut sedikit. Okey-okey. Back to rail. Entry ini di tag oleh my old friend. Ain. She is the one yang kecik-kecik, gebu-gebu and comel-comel. Boleh lawat blog beliau untuk keterangan lanjut. 

Tetapi contest Anggunnya Wanita Berhijab Contest bukanlah dianjurkan oleh Ain ya anak-anak. Contest ini di anjurkan oleh CikYuz. Saya baru sahaja mengenali beliau. Ternyata blog ini agak famous the amos. Kerana follower beliau lebuh ramai dari saya. Hai CikYuz. Saya follower baru anda. Kena ampu sikit. Eceh!

Syarat-syarat adalah :
Miss Penganjur
Miss World. Eh silah. Izan Salleh je.
  1. ada blog sendiri.jangan tumpang blog orang lain yer.hehe... (ini memang blog saya)
  2. letakkan gambar cikyuz yang kat atas ni.xcomey pun,tapi letak je la kan.sebagai syarat : ) (ada diatas ya anak-anak)
  3. nak follow sayer atau x, terpulang.xpaksa.tapi susah sketla kalau xfollow, mcm mane nak tau update terbaru pasal contest ni kan....??name pemenang akan disiarkan selepas tamat contest ni..dalam blog ni jugak : ) (erk, tak wajib ke? dah follow la awak)
  4. letakla gambar korang bertudung. (Di atas. Tapi dibawah gambar awak)
  5. cite sket sejarah pembabitan korang dalam bertudung ni..hehe....dan kenape korang bertudung? xde limitation jumlah perkataan.. :) (akan diceritakan di bawah)
  6. tag 3 orang kawan2 korang untuk join contest ni....jangan lupe lak gtau diorang...(juga di bawah)
  7. dan last skali, tinggalkan link korang kat entri ni untuk sayer jejak balik...(okey, dah komen)
Syarat-syarat ini aku copy dari blog CikYuz sendiri. Sebab itu cara penulisan adalah bergaya beliau. Aku kalau tulis nak kena panjang lebar je. Mana nak sikit-sikit. Dari syarat jadi undang-undang nanti.

Menurut syarat aku kena ceriatakan asal usul aku bertudung.

Ceritanya bermula begini. Kalau nak ikotkan aku bertudung dari kecil. Sejak darjah 1. Gila hape masa tu semua orang pakai tudung aku tak nak pakai ke pergi sekolah. I manusia U bukan Alien. Hahahaha. Nampak benar budak-budak tak matang masa tu. Apa orang buat saya buat. Begitulah ceritanya. Tapi kalau ditanya sekarang kenapa saya bertudung? "Itu kan memang tuntutan Agama".

Saya tag :
  1. Farah Azreen
  2. Ezzaty Hamdan
  3. Dayah Amin
p/s: Miss penganjur, Kalau saya tak menang bagi saya pin tudung yang awak buat tu juga boleh? Hehehe (sungguh bermuka tembok)

with❤:izan®

Friday, March 25, 2011

E.P (Entry Pendek)

Salam Jumaat. Hari ni saya bangun awal. Sebab...biarlah rahsia. HAHAHAHA

Aku nak pergi bank la.Bank in duit sewa rumah dengan nak pos barang. Dah lama kawan aku ni dok order tudung. But baru nak pergi pos. Maaflah. Saya terlewat. Sempena cuti panjang ni la aku nak settlekan semua kerja.

Entry pendek. So bye!

with❤:izan®

Thursday, March 24, 2011

Chill La Weyh

Salam Perantauan. Saya di kampung halaman. Kepada sesiapa yang telah lama tidak pulang ke kampung. Senang-senangkan diri pulang. Jangan lupa diri dan asal-usul. Eceh. Apa kes tiba-tiba nak ceramah. Chill la weyh.

Semalam merupakan perjalanan hari yang panjang untuk aku dan Alan. Cerita nya bermula bila malam sebelum semalam aku text Alan.

Aku : Awak, rasa macam nak pos motor bawa balik rumah la.
Alan : Ok, esok after kerja. Saya terus pergi rumah awak.
Aku : Okey. (Ya Allah, baru cakap nak pos motor dah datang rumah nak tolong, kalau cakap nak kahwin ni terus datang rumah mak ayah aku ke hape) HAHAHAA

Alan kerja shirt malam semalam. So, jam 7 pagi baru balik kerja. Dia ambil aku dekat flat dalam area 11 pagi. Pergi makan dekat sup meletop depan Flat Penara iaitu flat tempat aku tinggal sekarang. Makan nasi ayam lepas tu share sup daging sama-sama. Pergh, Sedap! Romantik! HAHAHA

Lepas tu terus gerak ke Flat lama aku. Nak ambil motor aku. Aku bawa kereta Alan. Alan bawa motor aku. Kitorang pergi KTMB. Plan A memang nak pos motor guna keretapi. Sebab rasa macam keretapi lalu je dekat Sungkai. So, maybe dia boleh drop motor aku kat situ. Sampai kat KTMB, tanpa soal periksa. Aku minta borang nak pos motor. Dah siap isi baru tanya dekat abang-abang yang duk jaga kat kaunter tu. 

Aku : Abang, boleh pos ke sungkai tak?
Abg KTMB : tak la adik manis, dekat Ipoh je kitorang stop.
Aku : Erk. OK, tak jadi la. (sambil pulangkan borang yang dah isi)

Kemudian terus lajak ke Pos Malaysia. Dekat je dengan KTMB tadi. Naik sampai tingkat 2. Terus tanya. Ada pos motor ke sungkai tak? (kes belajar dari kesilapan di KTMB). Pon tidak ada.Hanya ke Ipoh sahaja stesen paling dekat. KECEWA LAGI.

Lalu kami menggunakan Back-Up Plan. Iaitu mengepos motor aku dengan menggunakan perkhidmatan Skynet. Mencari jalan untuk ke Skynet sampai kena marah-marah dengan Alan. Sampai hati u. Dah tahu kan i ni memang failed bab jalan-jalan kat KL ni. Eceh. Konon KL je la yang failed. Padahal....HAHAHA. Hanya Alan yang tahu, betapa bengapnye aku bab-bab nak ingat jalan ni. Okey-okey, back to story, Akhirnya jumpe la juga. Tapi sesat la weyh. Sesat!

Perbualan dengan akak kaunter Skynet.

Aku : Nak pos motor macam mana? Berapa?
Skynet : RM 250. Kena fotostat I/C, lesen, road tax, geran, dengan insurance
Aku : Peeeeee  kesssssssss nak insurance dengan geran bagai ni? Mana ada dekat saya. Geran dekat akak saya. saya nak pos motor ni kat kampung je. Tak guna geran tak boleh ke?
Skynet : Tak boleh la cik.
Aku : Urm, Tak ape lah...Terima kasih banyak-banyak.

Lastly, aku balik Trolak dengan kereta Alan, Alan bawa motor aku balik Nilai. Nanti bila ada masa dia hantar motor aku guna Skynet.

Memang penuh dengan pancaroba. Hanya kerana sebijik motor. Ada aset susah, tak ade lagi susah.

with❤:izan®

Tuesday, March 22, 2011

Saya Dah Tamat Praktikal.

Yeay! Siapa belum habis buat praktikal lagi? HAHAHAHA... Padan muka! Sapa suruh buat lambat-lambat. Aku dah habis praktikal weyh. Dah habis. Rasa macam sekejap je 4 bulan buat internship. Kenapa la fakulti ni tak bagi student UKM buat praktikal sampai 6 bulan ke, setahun ke baru betul-betul rasa macam kerja. Eceh! Belagak sungguh kau izan. Orang lain ada yang terseksa kot kat tempat praktikal. Tapi aku BAHAGIA. 
Eh, sebenarnya kan. Aku kan. Bukan la habis terus praktikal ni. InsyaALLAH awal bulan 4 ni akan masuk balik ke 7-Eleven sebagai part-time worker. Kerja 7-Eleven je la aku ni layak. Bukan macam orang lain. Masuk bank bagai kan. Eceh! Dah mula dah buat drama. Macam dah bagItahu je kan dalam entry before-before ni. Biasalah, aku memang gemar ulang banyak-banyak kali cerita yang sama. Dan tadi sebelum balik, department aku buat celebration sikit sempena pemergian aku. Makan DOMINO!

HAHAHA. Pemergian la sangat kan. Sekejap je kot aku bercuti. Dalam 2 minggu je. Start esok sampai 3 hb April depan. Then 4hb April masuk kerja balik. Not as trainee but Part time je. Jadilah. Eh, bukan jadilah. Syukur Alhamdulillah. Dah macam pantun pulak dah. Sempena bercuti panjang. Destinasi indah adalah rumah emak dan ayah. okey-okey. Tukar, rumah ayah dan emak. Nanti ada yang merajuk baca entry ni sebab letak nama emak dulu. HAHAHAHA

Ahah! Seperkara lagi, saya dapat handbag sempena penamatan latihan industri saya di 7-Eleven. Tapi untuk department payroll je kalau nak dapat handbag. Department lain? Who care.Oh, maaf. Saya tiada niat apa-apa. Korang ada? Dapat apa masa praktikal? HEHEHEHE. Oleh itu, Tiada lagi entry yang berlabel 4 Bulan. Kepada yang nak tahu pengalaman praktikal aku selama 4 Bulan boleh la klik.

p/s: maaf. saja nak kasi jeles. saya memang nakal. lain kali jangan belagak (berkata pada diri sendiri juga)



with❤:izan®

Wednesday, March 16, 2011

R.A.N.D.O.M

to babe : sorry tak dapat pergi wedding the only akak ko. aku janji kenduri ko dengan cd nanti aku pergi. kalau alan tak nak bawa aku. aku bawa diri! HAHAHA

Update akan berlaku secara rawak. Oleh kerana memblog di tengah malam, tapi masih gigih nak mentaip. rasa macam ketagih nak berblog hari-hari. tetapi terpaksa aku tahan ketagihan ini. demi menjaga kuantiti tidur di malam hari supaya cukup.

Berkaitan Latihan IndustriMemandangkan minggu depan merupakan minggu terakhir sebelum aku menamatkan tempoh Latihan Industri selama empat tahun (tipu) empat bulan, maka minggu ini kena bertungkus dan berlumus untuk menyiapkan full report untuk dihantar. Tapi kan, thumbdrive aku tertinggal dekat rumah trolak pula. ada sesiapa nak balik trolak dan datang KL tak hujung minggu ni? tolong ambilkan boleh? BLAH!

Berkaitan Rumah BaruOleh kerana menduduki rumah kosong tanpa apa-apa kelengkapan. Maka percakapan menjadi gema. Belanja bulan ini mencanak-canak naik. Akibat membeli serba sedikit peralatan rumah. Beli tudung saji, tisu, tupperware, rak pasang sendiri, almari kain berzip (semua kalau boleh ko nak cerita kan izan)

Berkaitan Housemate BaruHousemate je baru. Tapi kami telah lama kawan. Sejak Form 1 lagi.

Berkaitan Diri Yang Tak BaruPerut makin kedepan. Pipi makin meninggi. Pinggang dah kehilangan shape. Lepas ni kalau alan ajak aku makan banyak-banyak lagi siap la. Aku habiskan terus makanan dia. Astaga. Kena ajak kawan teman pergi jogging ni. Buat sit-up pon beratahan seminggu je. Tu pon dah sakit pinggang. Memang tak istiqomah betul aku ni. haish!


with❤:izan®

Sunday, March 13, 2011

Kenapa Im Moving In and Out.

Maafkan saya terhadap bahasa rojak pada tajuk. Sesungguhnya saya belum ada keyakinan penuh untuk berbahasa Inggeris di dalam blog. Mugkin tahun depan saya mula. Oleh kerana berada d Trolak suasana dirumah deselubungi keindahan. Dengan emak di dapur sedang goreng nasi, dan ayah di kedai. Aku, hanya menonton blog setiap pagi. Eceh.

Eh, aku terperasan, dah ade beberapa follower baru meningkat sejak seminggu dua ni. Nanti i follow balik k. And kepada seseiapa yang mengomen dan terkomen, nanti i buat kujungan balas okey. Harap bersabar ;). Al-maklumlah, minggu ni busy sikit. Sebab nak pindah masuk dan keluar. 

Kenapa saya nak pindah ke rumah baru? Rumah sewa lama dekat area Lembah Maju, Ampang. Sekarang ni nak pindah ke Bandar Tun Razak. Penghijrahan yang baik,dari Lembah ke Bandar. HAHAHA.Just kidding. Jangan marah orang Lembah Maju. Sebenarnya ada sebab kenapa aku berpindah randah. Dan macam orang zaman batu pula aku ni, nak kena nomad je.

Antara alasan yang wajar kenapa saya bakal berpindah :

  1. Saya telah mendapat tawaran kerja dari tempat saya berLatihan Industri (Praktikal). Alhamdulillah. Kawan-kawan serumah sekarang bakal memasuki alam U semula kerana masih ada 2 sem untuk dihabiskan. Aku akan keseorangan kelak. Oleh itu haruslah aku can cin cau sebelum mereka men-can cin cau kan aku. Eceh!
  2. Oleh kerana aku pelajar yang sayangkan UKM, ada satu subjek lagi yang harus diselesaikan. Eh, tadi kata dan habis belajar kan? Sebenarnya begini (berapa banyak kali sebenarnya daaaaaaa). Aku masih kena habiskan satu subjek untuk melengkapkan jam kredit supaya aku boleh bergraduasi. Subjek ini bukanlan subjek teras Majoring aku. But, still have to be done, to complete the credit hours to allow me to graduate. Kelas aku pada hari Isnin dan Rabu. Jam 2 petang setiap hari tersebut. Oleh itu aku akan hanya boleh bekerja separuh hari pada hari tersebut. Kemudian men-kelam-kabut-kan diri ke kelas selepas itu. Hopefully KTM tidak nakal-nakal untuk lambat okey. 
  3. Kenapa pilih Bandar Tun Razak? Kerana saya hanya perlu meredah satu stesen sahaja lagi menaiki LRT ke Bandar Tasik Selatan. Dan terus mendapatkan Komuter untuk ke UKM. Tapi sebenarnya jauh la juga kalau dari tempat kerja. Hang tuah ke Bandar Tasik Selatan. But still better than stay at Lembah Maju, which means i kena naik train cari Cempaka, tukar di Chan Sow Lin kemudian ke Bandar Tasik Selatan. Tukar lagi naik komuter. Than kalau komuter late, bla bla blaaaa...okey izan okey, kami faham. Ha, begitulah cerita nya.
Oh, saya mungkin akan berpindah hari ini. Kalau tak jadi, dalam malam selasa mungkin. Ada sesiapa duduk area Bandar Tun Razak? Bolehlah pinjamkan tangan ringankan beban kan? HAHAHA.

p/s: Cerita pasal tukar-tukat train tu, kalau orang naik train je paham. Kalau ko jenis yang naik kereta ke tempat kerja. Maaflah. Tiada penerangan lanjutan.

with❤:izan®

Saturday, March 12, 2011

MAGIKA dan MERONG MAHAWANGSA

Sila jangan tertipu. Ini bukan entry untuk download Magika atau Merong Mahawangsa. Sebenarnyakan aku baru sahaja menonton Magika tadi bersama esha dan ibunya. Dan tertonton sama trailer Merong Mahawangsa. Tolong jangan kata aku ketinggalan zama. Tapi semamangnya ya. Kalau bab-bab movie ni aku memang la tak berapa nak up-to-date. Selalu je out of date. Serasa macam tak sabar nak ajak Alan pergi tengok Merong Mahawangsa. Yela, nak ajak sapa lagi kalau bukan dia. Nak ajak kawan-kawan semua jauh di perantauan. Yang dekat pon macam nak tak nak je kawan. Apakah ini luahan perasaan? Tidak ye.

Oh, saya di Trolak sekarang. Malam semalam pulang. Macam selalu je kan cakap aku balik trolak. Memang selalu pon balik. Kalau tak balik Trolak, balik Klang. Kalau tak balik mana-mana dating la jawab nya. Kan senang. Terus terang. Tak payah nak cakap keluar dengan kawan la apa kan. Jujur la sangat. Dan tadi telah menghabiskan duit elaun bulan ini ke Cosway bersama kakak ku tersayang. Membeli tupperware dan rak serbaguna untuk rumah baru. Eceh! 

Ye, saya akan duduk rumah baru starting this week. Dekat mana? Cakap nak datang dulu baru aku bagi alamat. Saya akan duduk dengan Dila and kawan Dila. Dila adalah kawan masa form1-form3 dulu. Dulu jiran bilik. Sekarang dan nak jadi kawan serumah. Kenapa nak pindah? Next entry aku cerita okey. Tak sabar pon ada, sedih pon ada. Tak sabar nak masuk rumah baru yang senang nak ke tempat kerja. But sedih nak tinggalkan housemate sekarang.

Lastly, rindu nak ke kelas macam dulu. Pakai bag ala-ala student. Sekaranng dah kena pakai handbag besar nak ke kerja. Kena pakai high hell and dress up like wanita. Not like gadis remaja anymore. Rindunya kat Athiah dengan Yona!

with❤:izan®

Monday, March 07, 2011

Lawatan Dari Puan Shaz

Siapa Puan Shaz? Beliau adalah pensyarah UKM yang bertanggungjawab untuk melawat saya di tempat praktikal. Sudah clear? OK. Clean! Beliau telah membuat lawatan yang sungguh mengejutkan saya pada Khamis minggu lepas. Saya mendapat panggilan dari beliau pada jam 2.30 pm dan sesungguhnya beliau telah hampir tiba ketika itu.

Saya sememangnya tengah banyak kerja. Dengan meja tunggang langgang. Berpeluh-peluh. Dan hanya memakai baju kurung tak cun hari itu. Nasib la aku pakai baju kurung. Dibuatnya Puan Shaz datang hari Jumaat. Tak ke aku sarung jeans dengan shirt je ke opis? HAHAHA. Oh, saya memang boleh pakai begitu untuk hari Jumaat. Ini adalah kebenaran dari pihak atasan. So hari Jumaat adalah hari berpakaian bebas tanpa batas. Tapi jangan dedah-dedah sampai semua lelaki tak boleh pergi solat Jumaat sudah.

Berbalik kepada lawatan dari Puan Shaz. Beliau telah menemuduga Oi Shin selaku AM dan supervisor aku di tempat praktikal. Lalu bertanya itu dan ini yang berkaitan dengan apa yang aku buat hari-hari. Kemudian Puan Shaz minta aku siapkan report dan buat Power Point ringkasan dari report aku untuk bentangkan kepada Puan Shaz. Erk, ini adalah untuk student dibawah penyeliaan beliau sahaja. Student lain aku tak tahu menahu. Harap maklum.

Dan berakhirnya lawatan Puan Shaz dengan nafas kelegaan dari aku. Baru rasa macam kerja betul-betul. Akhir kata, saya akhiri laporan lawatan ini dengan lafas " I Love U" Siapa u? Eh tanya lagi? Faham-faham sendiri sudah.



with❤:izan®

Friday, March 04, 2011

Kenapa Tak Ada Orang Baca Blog Saya

Selamat datang ke sesi soal jawap bersama Izan Salleh Cantik Manis. (Muntah)

Aku bukan lah Blogger Tegar bak kata Atie Halmy. Tapi memang betul aku juga bukanlah Blogger Tegar. Aku hanya update kalau aku free. Dan bercerita tentang diri aku. Kalau kena TAG aku layan. Kalau aku tak kena TAG pon kadang-kadang aku layan. Aku bukan seorang Blogwalking yang tegar. Aku hanya singgah di mana-mana post yang menarik perhatian aku. Kalau nak dibandingkan dengan dulu, dulu memang aku rajin nak singgah semua blog yang aku follow. But sekarang aku hanya singgah di blog-blog yang aku sempat sahaja. Contohnya macam ni, kalau time aku online tu secara kebetulan korang baru update so aku singgah la. HA, lebih kurang macam tu la blogwalking aku sekarang. Sebab aku bukan Blogger Tegar. Berapa kali nak ulang dahhhhh...

Ramai yang singgah chatbox minta aku Visit Them Back. Sorry, saya tak layan. HAHAHA. Bukan sebab blog anda tak menarik. Cuma saya belum ada masa untuk melawat. Sebab kalau nak saya follow blog anda saya kena baca dari first entry sampai the latest one. Takut nanti bila dah start baca tak mahu berhenti. Kalau saya ada kelapangan saya lawati okeyh. Ini bukan janji. Tips yang hendak dikongsi untuk memudahkan Follower kita membaca apa yang kita tulis adalah senang. Sedih kan bila penat-penat kita menulis, alih-alih komen kelautttttttttt! What The Frog la kan. Ni aku memang angin. Kalau tak baca sampai habis jangan nak gatal-gatal komen entry aku. Boleh menimbulkan kemarahan. Kalau marah tandanya sayang. Eceh!

Okey, lets begin!

  1. Tulislah dari hati. Ini adalah penting. Macam mana nak tahu yang kita menulis dari hati? Pertama, tanya pada diri kenapa aku perlu taip entry ni? Kenapa aku berblog? Kenapa? Dan Kenapa? Sebab pembaca dapat tahu yang sama ada kita menulis dari hati atau dari kaki. 
  2. Tolong menulis dengan ejaan yang betul. Sebagai contoh, tak perlu nak tambah apa-apa huruf yang tidak penting. "sajew" ini adalah contoh. Eja "saja" kan senang. Ataupun, "Bowrink". Memang boring la aku nak baca entry kau. Dan jangan terlalu singkatkan perkataan seperti kita menulis SMS. Blog adalah untuk ditulis dengan penuh. Bukan pendekkan perkataan seperti SMS. Kalau nak pendekkan perkataan boleh tulis SMS sahaja. Bukan Blog. Jangan marah, Ini adalah citarasa blog yang saya akan baca. 
  3. Pilih font yang senang untuk dibaca. Jangan la guna font yang pusing-pusing bagai cacing kerawit pula kan. Pusing la kepala aku nak membaca. Pilihan kaler font juga amatlah penting. Boleh baca tak kalau guna kaler macam ni? Memang la boleh baca. Tapi macam pening sedikit bila dah lama-lama membaca dengan warna macam tu.
  4. Jangan letak benda yang tak penting dalam blog. Yang mana hanya akan melambatkan blog anda untuk dibuka. Kalau aku la yang nak menunggu lama, aku pangkah je blog tu. Sebab saya bukan seorang yang penyabar. Oleh itu, ringankan Blog anda. Ada pelbagai cara untuk meringankan blog. Boleh Google je. Kan ada ramai Online Guru sekarang.
Akhir kata, Blog aku tak la sehebat blog Nurulism, Irene Nadia, Hanis Zalikha, Maria Elena mahupon lain-lain blog yang comel lote tu. Tapi saya masih suka berblog. Sebab saya suka bila ada orang baca blog saya dan meninggalkan jejak. Thanks for reading my maya diary. :)


with❤:izan®

Tuesday, March 01, 2011

Sungai Tekala

Selepas berpenat lelah menjadi spiderman memanjat Bukit Broga, kami ke Sungai Tekala. Tapi malang tidak berbau, aku tak bawa baju. Dah macam pantun pula. Memang sungguh aku tak tahu nak ke sungai tekala selepas tu. Jadi memang la aku tak bawa apa-apa persalinan. So aku tengok je la bebudak ni mandi.Eh silap. so aku tengok je abang-abang dan kakak-kakak ni mandi. 

Aku hanya menjadi pemerhati kot-kot kalau ada yang nak lemas ke hape kan boleh la aku menunjukkan skill penyelamat aku walaupon aku sebenarnya tak pandai berenang. Ada sesiapa nak ajar saya berenang? Boleh personally sms saya untuk mengajar saya secara percuma. Tapi kompem Alan yang reply SMS tu. HAHAHA. Alan nanti awak ajar saya berenang eh? 

Kita pendekkan lagi cerita ya anak-anak. Sebab bonda pon dah malas nak taip panjang-panjang. Kalau nak tahu cerita sebenar nanti korang tanya je la direct kat bonda okey. Tu pon kalau bonda ingat la. Maklum lah, kalau korang baca blog bonda ni pon cerita ni dah berpuluh tahun yang lepas. RAM bonda ni dah berkarat time tu.

Kita tengok gambar je la eh.





p/s : kalaulah aku bawa baju mandi time ni, aku tak buat entry ni. Sebab jadi entry 18SX! HAHAHA

with❤:izan®