Sila jangan tertipu. Ini bukan entry untuk download Magika atau Merong Mahawangsa. Sebenarnyakan aku baru sahaja menonton Magika tadi bersama esha dan ibunya. Dan tertonton sama trailer Merong Mahawangsa. Tolong jangan kata aku ketinggalan zama. Tapi semamangnya ya. Kalau bab-bab movie ni aku memang la tak berapa nak up-to-date. Selalu je out of date. Serasa macam tak sabar nak ajak Alan pergi tengok Merong Mahawangsa. Yela, nak ajak sapa lagi kalau bukan dia. Nak ajak kawan-kawan semua jauh di perantauan. Yang dekat pon macam nak tak nak je kawan. Apakah ini luahan perasaan? Tidak ye.
Oh, saya di Trolak sekarang. Malam semalam pulang. Macam selalu je kan cakap aku balik trolak. Memang selalu pon balik. Kalau tak balik Trolak, balik Klang. Kalau tak balik mana-mana dating la jawab nya. Kan senang. Terus terang. Tak payah nak cakap keluar dengan kawan la apa kan. Jujur la sangat. Dan tadi telah menghabiskan duit elaun bulan ini ke Cosway bersama kakak ku tersayang. Membeli tupperware dan rak serbaguna untuk rumah baru. Eceh!
Ye, saya akan duduk rumah baru starting this week. Dekat mana? Cakap nak datang dulu baru aku bagi alamat. Saya akan duduk dengan Dila and kawan Dila. Dila adalah kawan masa form1-form3 dulu. Dulu jiran bilik. Sekarang dan nak jadi kawan serumah. Kenapa nak pindah? Next entry aku cerita okey. Tak sabar pon ada, sedih pon ada. Tak sabar nak masuk rumah baru yang senang nak ke tempat kerja. But sedih nak tinggalkan housemate sekarang.
Lastly, rindu nak ke kelas macam dulu. Pakai bag ala-ala student. Sekaranng dah kena pakai handbag besar nak ke kerja. Kena pakai high hell and dress up like wanita. Not like gadis remaja anymore. Rindunya kat Athiah dengan Yona!
with❤:izan®
lalalalaa... izan, merong x best
ReplyDelete