Followers

Thursday, March 24, 2011

Chill La Weyh

Salam Perantauan. Saya di kampung halaman. Kepada sesiapa yang telah lama tidak pulang ke kampung. Senang-senangkan diri pulang. Jangan lupa diri dan asal-usul. Eceh. Apa kes tiba-tiba nak ceramah. Chill la weyh.

Semalam merupakan perjalanan hari yang panjang untuk aku dan Alan. Cerita nya bermula bila malam sebelum semalam aku text Alan.

Aku : Awak, rasa macam nak pos motor bawa balik rumah la.
Alan : Ok, esok after kerja. Saya terus pergi rumah awak.
Aku : Okey. (Ya Allah, baru cakap nak pos motor dah datang rumah nak tolong, kalau cakap nak kahwin ni terus datang rumah mak ayah aku ke hape) HAHAHAA

Alan kerja shirt malam semalam. So, jam 7 pagi baru balik kerja. Dia ambil aku dekat flat dalam area 11 pagi. Pergi makan dekat sup meletop depan Flat Penara iaitu flat tempat aku tinggal sekarang. Makan nasi ayam lepas tu share sup daging sama-sama. Pergh, Sedap! Romantik! HAHAHA

Lepas tu terus gerak ke Flat lama aku. Nak ambil motor aku. Aku bawa kereta Alan. Alan bawa motor aku. Kitorang pergi KTMB. Plan A memang nak pos motor guna keretapi. Sebab rasa macam keretapi lalu je dekat Sungkai. So, maybe dia boleh drop motor aku kat situ. Sampai kat KTMB, tanpa soal periksa. Aku minta borang nak pos motor. Dah siap isi baru tanya dekat abang-abang yang duk jaga kat kaunter tu. 

Aku : Abang, boleh pos ke sungkai tak?
Abg KTMB : tak la adik manis, dekat Ipoh je kitorang stop.
Aku : Erk. OK, tak jadi la. (sambil pulangkan borang yang dah isi)

Kemudian terus lajak ke Pos Malaysia. Dekat je dengan KTMB tadi. Naik sampai tingkat 2. Terus tanya. Ada pos motor ke sungkai tak? (kes belajar dari kesilapan di KTMB). Pon tidak ada.Hanya ke Ipoh sahaja stesen paling dekat. KECEWA LAGI.

Lalu kami menggunakan Back-Up Plan. Iaitu mengepos motor aku dengan menggunakan perkhidmatan Skynet. Mencari jalan untuk ke Skynet sampai kena marah-marah dengan Alan. Sampai hati u. Dah tahu kan i ni memang failed bab jalan-jalan kat KL ni. Eceh. Konon KL je la yang failed. Padahal....HAHAHA. Hanya Alan yang tahu, betapa bengapnye aku bab-bab nak ingat jalan ni. Okey-okey, back to story, Akhirnya jumpe la juga. Tapi sesat la weyh. Sesat!

Perbualan dengan akak kaunter Skynet.

Aku : Nak pos motor macam mana? Berapa?
Skynet : RM 250. Kena fotostat I/C, lesen, road tax, geran, dengan insurance
Aku : Peeeeee  kesssssssss nak insurance dengan geran bagai ni? Mana ada dekat saya. Geran dekat akak saya. saya nak pos motor ni kat kampung je. Tak guna geran tak boleh ke?
Skynet : Tak boleh la cik.
Aku : Urm, Tak ape lah...Terima kasih banyak-banyak.

Lastly, aku balik Trolak dengan kereta Alan, Alan bawa motor aku balik Nilai. Nanti bila ada masa dia hantar motor aku guna Skynet.

Memang penuh dengan pancaroba. Hanya kerana sebijik motor. Ada aset susah, tak ade lagi susah.

with❤:izan®

1 comment :

  1. sabar ja la ngan akak skynet 2..banyak plak menda yang dia mntak..huhu

    ReplyDelete

leave me some words ;)