Followers

Friday, March 04, 2011

Kenapa Tak Ada Orang Baca Blog Saya

Selamat datang ke sesi soal jawap bersama Izan Salleh Cantik Manis. (Muntah)

Aku bukan lah Blogger Tegar bak kata Atie Halmy. Tapi memang betul aku juga bukanlah Blogger Tegar. Aku hanya update kalau aku free. Dan bercerita tentang diri aku. Kalau kena TAG aku layan. Kalau aku tak kena TAG pon kadang-kadang aku layan. Aku bukan seorang Blogwalking yang tegar. Aku hanya singgah di mana-mana post yang menarik perhatian aku. Kalau nak dibandingkan dengan dulu, dulu memang aku rajin nak singgah semua blog yang aku follow. But sekarang aku hanya singgah di blog-blog yang aku sempat sahaja. Contohnya macam ni, kalau time aku online tu secara kebetulan korang baru update so aku singgah la. HA, lebih kurang macam tu la blogwalking aku sekarang. Sebab aku bukan Blogger Tegar. Berapa kali nak ulang dahhhhh...

Ramai yang singgah chatbox minta aku Visit Them Back. Sorry, saya tak layan. HAHAHA. Bukan sebab blog anda tak menarik. Cuma saya belum ada masa untuk melawat. Sebab kalau nak saya follow blog anda saya kena baca dari first entry sampai the latest one. Takut nanti bila dah start baca tak mahu berhenti. Kalau saya ada kelapangan saya lawati okeyh. Ini bukan janji. Tips yang hendak dikongsi untuk memudahkan Follower kita membaca apa yang kita tulis adalah senang. Sedih kan bila penat-penat kita menulis, alih-alih komen kelautttttttttt! What The Frog la kan. Ni aku memang angin. Kalau tak baca sampai habis jangan nak gatal-gatal komen entry aku. Boleh menimbulkan kemarahan. Kalau marah tandanya sayang. Eceh!

Okey, lets begin!

  1. Tulislah dari hati. Ini adalah penting. Macam mana nak tahu yang kita menulis dari hati? Pertama, tanya pada diri kenapa aku perlu taip entry ni? Kenapa aku berblog? Kenapa? Dan Kenapa? Sebab pembaca dapat tahu yang sama ada kita menulis dari hati atau dari kaki. 
  2. Tolong menulis dengan ejaan yang betul. Sebagai contoh, tak perlu nak tambah apa-apa huruf yang tidak penting. "sajew" ini adalah contoh. Eja "saja" kan senang. Ataupun, "Bowrink". Memang boring la aku nak baca entry kau. Dan jangan terlalu singkatkan perkataan seperti kita menulis SMS. Blog adalah untuk ditulis dengan penuh. Bukan pendekkan perkataan seperti SMS. Kalau nak pendekkan perkataan boleh tulis SMS sahaja. Bukan Blog. Jangan marah, Ini adalah citarasa blog yang saya akan baca. 
  3. Pilih font yang senang untuk dibaca. Jangan la guna font yang pusing-pusing bagai cacing kerawit pula kan. Pusing la kepala aku nak membaca. Pilihan kaler font juga amatlah penting. Boleh baca tak kalau guna kaler macam ni? Memang la boleh baca. Tapi macam pening sedikit bila dah lama-lama membaca dengan warna macam tu.
  4. Jangan letak benda yang tak penting dalam blog. Yang mana hanya akan melambatkan blog anda untuk dibuka. Kalau aku la yang nak menunggu lama, aku pangkah je blog tu. Sebab saya bukan seorang yang penyabar. Oleh itu, ringankan Blog anda. Ada pelbagai cara untuk meringankan blog. Boleh Google je. Kan ada ramai Online Guru sekarang.
Akhir kata, Blog aku tak la sehebat blog Nurulism, Irene Nadia, Hanis Zalikha, Maria Elena mahupon lain-lain blog yang comel lote tu. Tapi saya masih suka berblog. Sebab saya suka bila ada orang baca blog saya dan meninggalkan jejak. Thanks for reading my maya diary. :)


with❤:izan®

2 comments :

  1. tak komen tak bermakna tak ada orang baca... ;-)

    ReplyDelete
  2. sy suka org baca dan tinggalkan komen..kalau x rs sunyi saja..sy suka baca nurulism sgt² dan fatin liyana juga kdg²..

    ReplyDelete

leave me some words ;)