Hai, Salam kembali. Banyak pula kan entry hari ni. Aku ni kalau dah mai meroyan nak mentaip, sehari boleh sampai 4 5 entry. Tapi ini masa dulu la. Masa bujang tran-tang-tang. Sekarang pon bujang. Cuma tak berapa nak tran-tang-tang je.
Make Up dengan wanita ni memang macam isi dengan kuku kan. Tak pon macam aur dengan tebing. Atau dalam erti kata senang, memang tak dapat di pisahkan lah. Ada juga wanita yang tak suka bermake-up. Sebab mungkin golongan ini dah neutral beauty. But aku ni bukanlah dalam golongan tu. Macam beast sikit. Kasi make up baru nampak ala-ala Angelina Jolie gitu. Kalau tak...
Aku nak share sikit, jenis-jenis make up yang aku pakai. Murah-murah je. Idok la teman ni mampu nak pakai cosmetic mahal-mahal gitu. Teman ni tak berduit sangat. Cukup-cukup nak menyara hidup je pon. Oleh itu, aku pakai apa yang termampu sahaja.
Yang paling asas adalah concealer. Sebab muka aku ni berkawah sana sini sikit. Erk, al-maklumlah. Kulit muka tak berapa nak gebu macam Irine Nadia Marcello. Kena la repair sikit before pakai bedak kan. So, concealer yang aku pakai maybelline perfect concealer.
RM 20 + |
Aku pakai no 2 punya. Sebab i ni kan gelap sikit nok. Kang pakai yang putih-putih sangat dah rupe pakai tepung gomak.
Untuk bedak pula. Aku pakai brand Silkygirl sudah. I tak banyak duit nak beli bedak Maybelline. HEHEHE
RM 19.90 |
Mata i kecik la you all. Jangan tertipu dengan nampak je macam besar. Sebenanrnya itu adalah ilusi optik. HAHAHA. Mungkin disebabkan lens atau eyeliner yang aku pakai. Eyeliner aku pakai in2it. Cukup murah. RM15.00 sahaja. Diwaktu promosi la. Jagan beli time mahal.
Maskara pula aku pakai yang Avon aje. HAHAHA. Yang ni aku rasa dah nak masuk 2 tahun kot aku guna botol yang sama. Beli masa dekat UKM dulu. Punya la malas nak beli maskara baru. Rajin je tengok dekat kedai. Bila nak beli rasa macam ada yang lagi penting. Oleh itu, memang yang Avon tu je aku bedal pakai sampai sekarang.
Untuk blusher. Dulu aku pakai MAC. Ala yang beli kat pasar malam je pon. RM10 sebekas. Tapi muka aku macam naik jerawat dengan ketara pula kan. Aku stop pakai MAC celup tu. Then pakai Elianto pula. Okey la. Ini pon aku beli time 70% punya discount. HAHAHA. Punya nak jimat. So masa aku beli. Dapat dalam RM7 je.
Lastly untuk my lip. Aku just pakai lipbalm. Yang ni banyak jenis. Tapi yang aku paling suka. Maybelline and Cosway.
Itu sahaja barang make up yang aku ada. Bukan tiap-tiap bulan aku beli baru. Bulan ni aku beli bedak. Bulan depan beli blusher. Then bulan depan lipbalm pula. Macam itu la ye. Saya bukan banyak duit untuk beli make up tiap-tiap bulan. Bunkrup laki aku. HAHAHAHA
p/s: Buat review macam ni terasa artis pula. HAHAHA
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)