Maafkan saya terhadap bahasa rojak pada tajuk. Sesungguhnya saya belum ada keyakinan penuh untuk berbahasa Inggeris di dalam blog. Mugkin tahun depan saya mula. Oleh kerana berada d Trolak suasana dirumah deselubungi keindahan. Dengan emak di dapur sedang goreng nasi, dan ayah di kedai. Aku, hanya menonton blog setiap pagi. Eceh.
Eh, aku terperasan, dah ade beberapa follower baru meningkat sejak seminggu dua ni. Nanti i follow balik k. And kepada seseiapa yang mengomen dan terkomen, nanti i buat kujungan balas okey. Harap bersabar ;). Al-maklumlah, minggu ni busy sikit. Sebab nak pindah masuk dan keluar.
Kenapa saya nak pindah ke rumah baru? Rumah sewa lama dekat area Lembah Maju, Ampang. Sekarang ni nak pindah ke Bandar Tun Razak. Penghijrahan yang baik,dari Lembah ke Bandar. HAHAHA.Just kidding. Jangan marah orang Lembah Maju. Sebenarnya ada sebab kenapa aku berpindah randah. Dan macam orang zaman batu pula aku ni, nak kena nomad je.
Antara alasan yang wajar kenapa saya bakal berpindah :
- Saya telah mendapat tawaran kerja dari tempat saya berLatihan Industri (Praktikal). Alhamdulillah. Kawan-kawan serumah sekarang bakal memasuki alam U semula kerana masih ada 2 sem untuk dihabiskan. Aku akan keseorangan kelak. Oleh itu haruslah aku can cin cau sebelum mereka men-can cin cau kan aku. Eceh!
- Oleh kerana aku pelajar yang sayangkan UKM, ada satu subjek lagi yang harus diselesaikan. Eh, tadi kata dan habis belajar kan? Sebenarnya begini (berapa banyak kali sebenarnya daaaaaaa). Aku masih kena habiskan satu subjek untuk melengkapkan jam kredit supaya aku boleh bergraduasi. Subjek ini bukanlan subjek teras Majoring aku. But, still have to be done, to complete the credit hours to allow me to graduate. Kelas aku pada hari Isnin dan Rabu. Jam 2 petang setiap hari tersebut. Oleh itu aku akan hanya boleh bekerja separuh hari pada hari tersebut. Kemudian men-kelam-kabut-kan diri ke kelas selepas itu. Hopefully KTM tidak nakal-nakal untuk lambat okey.
- Kenapa pilih Bandar Tun Razak? Kerana saya hanya perlu meredah satu stesen sahaja lagi menaiki LRT ke Bandar Tasik Selatan. Dan terus mendapatkan Komuter untuk ke UKM. Tapi sebenarnya jauh la juga kalau dari tempat kerja. Hang tuah ke Bandar Tasik Selatan. But still better than stay at Lembah Maju, which means i kena naik train cari Cempaka, tukar di Chan Sow Lin kemudian ke Bandar Tasik Selatan. Tukar lagi naik komuter. Than kalau komuter late, bla bla blaaaa...okey izan okey, kami faham. Ha, begitulah cerita nya.
Oh, saya mungkin akan berpindah hari ini. Kalau tak jadi, dalam malam selasa mungkin. Ada sesiapa duduk area Bandar Tun Razak? Bolehlah pinjamkan tangan ringankan beban kan? HAHAHA.
p/s: Cerita pasal tukar-tukat train tu, kalau orang naik train je paham. Kalau ko jenis yang naik kereta ke tempat kerja. Maaflah. Tiada penerangan lanjutan.
with❤:izan®
dpt keje tetap dah kwn aku nih ha! congrats syg!
ReplyDelete