Followers

Monday, March 07, 2011

Lawatan Dari Puan Shaz

Siapa Puan Shaz? Beliau adalah pensyarah UKM yang bertanggungjawab untuk melawat saya di tempat praktikal. Sudah clear? OK. Clean! Beliau telah membuat lawatan yang sungguh mengejutkan saya pada Khamis minggu lepas. Saya mendapat panggilan dari beliau pada jam 2.30 pm dan sesungguhnya beliau telah hampir tiba ketika itu.

Saya sememangnya tengah banyak kerja. Dengan meja tunggang langgang. Berpeluh-peluh. Dan hanya memakai baju kurung tak cun hari itu. Nasib la aku pakai baju kurung. Dibuatnya Puan Shaz datang hari Jumaat. Tak ke aku sarung jeans dengan shirt je ke opis? HAHAHA. Oh, saya memang boleh pakai begitu untuk hari Jumaat. Ini adalah kebenaran dari pihak atasan. So hari Jumaat adalah hari berpakaian bebas tanpa batas. Tapi jangan dedah-dedah sampai semua lelaki tak boleh pergi solat Jumaat sudah.

Berbalik kepada lawatan dari Puan Shaz. Beliau telah menemuduga Oi Shin selaku AM dan supervisor aku di tempat praktikal. Lalu bertanya itu dan ini yang berkaitan dengan apa yang aku buat hari-hari. Kemudian Puan Shaz minta aku siapkan report dan buat Power Point ringkasan dari report aku untuk bentangkan kepada Puan Shaz. Erk, ini adalah untuk student dibawah penyeliaan beliau sahaja. Student lain aku tak tahu menahu. Harap maklum.

Dan berakhirnya lawatan Puan Shaz dengan nafas kelegaan dari aku. Baru rasa macam kerja betul-betul. Akhir kata, saya akhiri laporan lawatan ini dengan lafas " I Love U" Siapa u? Eh tanya lagi? Faham-faham sendiri sudah.



with❤:izan®

1 comment :

  1. aku tag ko kt sini ye izan!!!
    http://ceotgilalensa.blogspot.com/2011/03/contest-jom-cover-mulut.html

    ReplyDelete

leave me some words ;)