Followers

Tuesday, April 21, 2009

HANDWRITING


aku de bace 1 blog ni,die tulis sal RAHSIA TULISAN TANGAN,so aku pon tercopy la...
coz menggatal nak analisis handwriting aku sendirik n korg gak...

if rajin upload la pic handwriting korg eh...
ley la aku nak analisis...

tak rajin takpe...
minggu2 pekse ni sape je la nak melayan mende2 tag ni..
huhahaha


KECONDONGAN TULISAN
• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan
cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


BENTUK TULISAN
• LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


JARAK TULISAN
• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.



BAGAIMANA DENGAN ANDA????????

p/s: pix di bwh hanya hiasan..ngeh3..tade kene mgene ngan tulisan tgn sape2





10 comments :

  1. papepon,cekgu aku time dajah 1 yg mempengaruhi tulesan2 aku skrg..lalala~

    ReplyDelete
  2. kapan--> sian cikgu ko kapan,dipersalahkan oleh anak muridnyer...
    huhuhuhu

    alep-->sok aku tgk yer...
    hehehe
    ley kan???

    (bermuke gatal sebentar...)

    ReplyDelete
  3. esok?ha?ha?ku xmengerti..

    (bermuke xgatal sbb gune pencuci muka Nivea,xP)

    ReplyDelete
  4. tade kene mgene ngan nivea tu...
    nak aku syor kan ko pakai sabun cap kapak je...
    hahaha

    -->kasik nasihat,cam la kulit muke aku chantek sgt..=PP

    ReplyDelete
  5. mule2 aku ingatkan yg dok mmpi edward cullen tu ko..da naek hangin da aku ni tetibe je ko nak kat eddie aku ye..(haha geli siot pggil eddie tetibe)
    tp bile tgok2 blk baru aku pasan tu rupe2nye aku..ngahahaha

    ReplyDelete
  6. pix hiasan lg best di tonton dr posting bout tulisan tu.
    :D~

    ReplyDelete
  7. atee-->eddie mu takan ku curi..hehhe

    luvida-->sambil menyelam minum air...ngeh3~~~

    ReplyDelete

leave me some words ;)