Followers

Tuesday, June 07, 2011

Perlukah cemburu?

Hai, salam.

Terasa seperti mahu membuat entry bercorak kecintaan. Pergh. Ini semua kerana penangan drama Nora Elena kat TV3 tu. Sampaikan rasa macam biar aku je bawa LRT time balik keje biar laju sikit. Pastu jalan kaki tu kalau boleh nak macam pelumba jalan kaki. Biar cepat sampai rumah. Nasib la kaki aku mengalami kecederaan ringan yang menyebabkan aku kena jalan slow-slow. Kalau tak dah terbang aku nak kejar drama Nora Elena jam 7 petang tu.

So, kita kembali ke pangkal jalan. Perlu ke cemburu ni? Kalau tak ada tak boleh ke? Kenapa bila berkahwin, bercinta, berkawan mesti nak kena cemburu? Tapi bila cemburu mesti pasangan kita kata kita ni mengongkong la ape la. Then kawan-kawan akan kata kita ni tak sporting dengan partner. Kata orang lama, cumburu tandanya sayang. Betul ke? Mari kita kupas. Bukan kupas bawang ye.

Mungkin betul. Mungkin ada yang tidak betul berkenaan dengan kata orang lama ini. Contohnya la kan, gf korang pergi kerja ada jiran lelaki yang hantarkan. Rasa nak jeles ke tak, patut ke tak nak jeles, wajar ke tak nak jeles? Jeles sikit boleh la. Takkan sebab tolong hantarkan awek korang pergi kerja pon nak jeles kan? Kata seorang BF yang sporting. Takkan nak cepat melatah kan?

Tapi bila time lunch awek korang mesej "Abang, saya nak lunch dengan jiran lelaki yang hantar saya pergi kerja tadi boleh?" Then ko jawap "Boleh sayang...".

Bila balik kerja, awek ko mesej lagi "Abang, jiran lelaki saya ni ajak pergi pasar malam la. Boleh tak saya temankan?". Ko jawap? "Boleh sayang..."

Hujung minggu. Awek ko ajak pergi jog. Then ko kena kerja. Awek ko minta izin " Abang, jiran lelaki saya ajak pergi tengok wayang la. Saya teman dia boleh?". Ko jawap? " Boleh sayang. Boleh berambus sekali dari hidup abang."

So, moral of the story. Cemburu itu boleh. Tapi jangan buta.Bukan senang nak menjaga hubungan. Jangan terlalu cepat melatah bila bercinta. Sometimes your partner need their own space. Tapi kalau lah aku ni sesuka hati berjalan beriringan tangan dengan lelaki lain haruslah Alan cepuk aku kan? HAHAHA. Alan, saya baik kan? hahaha. (aku sebut ni kalau lah okey). Tak percaya? Tanya Alan!

with❤:izan®

4 comments :

  1. aq cemburu bila ade org tido mlm 6 jam tp aq tido 4 jam je..eeee...cemburu!

    ReplyDelete
  2. harus cemburu. baik jga utk hubungan dan kesihatan. kalau ade rase cemburu, maknanya kesihatan mental tu masih oke laa..
    :)

    ReplyDelete
  3. @lemanto : sape tu leman? aku ke? hahaha

    @Cekgu BaniHassim : Kalau tak cemburu maknanya tak sihat eh? Alhamdulillah masih kuat cemburu. So bermakna masih sangat sihat. Yeay! hehehe

    @fitri : Betul ;)

    ReplyDelete

leave me some words ;)