Followers

Friday, August 30, 2013

How to handle stress-Gaya Izan Salleh.

Hai, As salam.

Tajuk kasi BI sikit. Isi kandungan tetap sama. Rojak carca merba. Aku rasa nak BM, BM lah. Nak rasa BI, jadi lah BI Phua Chu Kang.

Siapa tak pernah rasa stress sila jangan baca. Sesungguhnya kau manusia paling malang dalam hidup. Stress ni bagus. Boleh buat otak kita bekerja dengan lebih produktif. Selalu kalau aku stress kerja aku kompem excellent. Wah, excellent kau. Excellent bagi aku la. Bagi orang yang menerima kerja aku entah la ape rate dia bagi. HAHAHA. Maknanya kerja aku jalan bila aku stress. 

Sebagai contoh, aku stress sebab quotation melambak. Last-last aku pulun *pulun is gigih* buat bagi siap sampai jam 7malam dekat office dua hari lepas. So stress telah menjadi pemangkin untuk aku siapkan quotation. Tapi ramai juga yang bila stress tidoq. Malaih nak pikiaq. Konon-konon bila bangun tidur, stress ko akan hilang. Stress Angle telah ambil stress kau tu macam Tooth Angle. Kepala hotak kau. Percayalah cakap aku, selagi kau tak handle or selesaikan stress kau tu, kau tidurlah lapanploh jam sekali pon. Tetap akan stress.

So, how to handle stress?
*bi dah*

  1. Kalau ikut gaya aku *bergaya sangat*, aku akan anggap benda tu sebagai penggalak. Buat kerja tu sampai habis takat mana aku mampu. Kalau tak mampu aku cakap direct to boss. "Boss, cannot make it la by today. Can I continue tomorrow?" Maksudnya disini, cuba beritahu bos bahawasanya anda tidak mampu. Dia akan faham. Melainkan bos kau kuku besi. Then, esok pagi-pagi benda first ko kena buat adalah siapka kerja then online FB or mengkarang blog seperti sekarang.
  2. Stress bila aku masak lauk dekat Alan asyik kena complaint je. Penyelesaiannya, aku masak je benda yang aku tahu. Tak payah nak masak macam mak awak la, mak saya la. Aku bukannya hebat sangat masak-masak lauk ni. Kalau ko bagi aku western food, boleh kalah Jimmy Oliver. HAHA. Selalunya aku akan cakap dengan Alan "Syg memang failed la bab-bab masak lauk ni". Point nya ialah, mengaku kesalahan sendiri. Tak payah nak bagi alasan bukan-bukan. Suami mana nak marah-marah kalau kau masak tak sedap. Tapi aku tahu Alan makan juga masakan aku even manis la, sambal tak jadi la.
  3. Stress masa nak kahwin. Sebab semua benda nak kena buat sendiri. Pastu kesian tengok mak ayah kelam kabut untuk kenduri aku. STRESSSS masa tu rasa macam nak nangis peluk Alan nangis kat bahu *romantik tak i?*. Last-last aku cakap dengan Acik, minta tolong dia itu ini. Bagitahu anak-anak buah aku apa patut diorang buat. Bagitahu Abg Pen and Shahrul ape progress kenduri macam mana. So stress tu boleh reduce. Percayalah, dengan berkongsi kerja dan tanggungjawab, stress akan kurang. Tapi sampai time kenduri, stress tengok semua tak jalan. HAHAHA. 
  4. Lastly, when at one point, aku rasa macam hopeless. Tak tahu macam mana nak handle problem and stress ni. Aku ambil wudhu' then solat hajat. Time ni baru ingat nak baca Al-Quran. Betullah orang kata, Allah sentiasa ada untuk kita. kita je sering lupa. 
Sometime aku rasa macam kesian tengok orang-orang yang release stress  dengan MENCARUT-CARUT di FB. Maybe for him/her that is the best way to release stress. But believe me, stress is not about tu let it go, but it is how we can handle the stress. Jadilah orang yang dihormati, bukan dikeji. *untuk diri sendiri*

Jumpa di lain entry.


p/s: esok nak handle stress dengan berHONEYMOON. HAHAHA. Stress tak baca p/s macam ni?

with❤:izan®

Wednesday, August 28, 2013

Persandingan Alan&Izan Carca Merba tapi Meriah-Rasa nak menangis(Gambar dari OP yang Awesome)

Hai, As salam

Actually masa petang before nikah tu aku ada tanya Emak. *kakak and kak-kak ipar aku pon ada masa ni*

"Emak, nantikan malam ni lepas nikah. Alan boleh tidur kat rumah kita tak?"

Belum sempat mak aku nak jawab, acik and kak-kak ipar aku gelak pastu siap jeling-jeling mata tu. Kak Etun *kak ipar mulut paling laser tapi aku sayang* terus balas.

"Hamboih! Gatainya, malam esok baru Alan boleh tidur rumah mak. HAHAHAHA"

Gatal sangat ke? Tanya je pon. HAHAHA. Baru mak aku balas.

"Tidoq la kalau nak, dulu masa duk bertunang pon Alan tidoq sini. Ni kan pulak dah kahwin. Takkan mak nak halang"

Dulu masa bertunang Alan ada la tidur rumah emak ayah aku 3 kali. Tapi dia tidur takat kat ruang tamu je la. Aku tidur dalam bilik. Pastu terus malu sendiri tanya soalan vunguk macam tu. Sengih-sengih pastu masuk bilik sorok muka bawah bantal.

Esok nya untuk majlis persandingan aku dengan Alan. Aku nak buat dekat luar rumah je semua. Senang kawan-kawan nak ambil gambar. Bukan nak bersanding sangat pon. Just syarat je buat pelamin. But lebih kepada nak ambil gambar dengan rakan-rakan and sedara mara yang hadir je. Tapi memang kelam kabut juga la. Sebab selama ni bila abang-abang and kakak-kakak aku kahwin aku lah wedding planner diorang. But when it become to my turn semua dah beranak pinak. Mana nak handle anak lagi nak layankan pengantin macam aku ni lagi. So aku handle sendiri je la.

Masa ni aku rasa macam "if she still be with me, she is  the person yang akan ke hulu ke hilir aturkan perjalanan majlis aku, dia yang akan buat semua. And suddenly I miss her so much masa aku duk atas pelamin hari tu" Semoga Allah menjaga mu disana. Al fatihah. Tapi Alhamdulillah. Selesai dah pon majlis nya. Kalau tak de siblings aku yang lain memang kalut and kelaut la majlis aku. Adik love Along, Abg Pen and Acik! 

Dah la, kalau cerita lebih-lebih korang bukan nak baca sangat. Aku kasi gambar dari OP yang sangat Awesome dulu ok. Ni sahaja yang ada buat masa ni. Ini pon aku copy dari FB beliau. Yang selebihnya kena bayar bagi habis dulu la baru boleh dapat full. HAHAHA

Alan kalau bab ambil gambar candid macam ni memang kayu sikit. Jenuh nak kena plan. Nasib la Alan dapat isteri gila camera macam aku. Tapi aku tak suka pegang camera. Aku suka orang ambil gambar aku. HAHAHA
 Yang ni pon tak candid actually. Tapi nasib muka Alan menjadi buat-buat candid. 
Tangan my BFF. Nanti Dayah kahwin tangan aku dengan ko pula eh Paah. Karang ko kahwin tangan aku, Dayah dan anak-anak kitorang pula. HAHAHA
Aku langsung tak da plan nak ambil gambar dalam bilik. Tapi nasib Alan bisik-bisik ajak ambil gambar dalam bilik. Bagus juga laki aku ni. Serius, Alan sangat bagus bab planning. 
After a few shoot. Tangan kejung keras macam tu sebab tak nak bagi tutup muka. Mata jegil besar-besar walaupon kelopak-kelopak bunga tu dan macam nak masuk dalam mata dah. But hasil sangat cantik. *libas-libas tudung*
Last but not least, aku bukan dapat cincin untuk batal air sembahyang. Aku dapat rantai leher. Nanti aku tayang ok. 

I love u suami. 

with❤:izan®

Tuesday, August 27, 2013

Gambar Pernikahan Alan&Izan dari OP yang Awesome-Makeup yang kebabom muka jadi Sherry Ibrahim.

Hi.

Nak start macam mana ni. Masuk ni dah kali ke-empat mentaip permulaan entry agar best untuk dibaca kelak. Taip-padam-taip-padam. Semua tak kena bila nak cerita pasal majlis pernikahan sendiri. *Kau jangan nak poyo sangat!*

Pagi Jumaat masa bangun tidur aku rasa macam tak sabar-sabar nak tunggu malam. Cepat la Isyak, nak nikah cepat-cepat. HAHAHA. Pastu makcik-pakcik semua dah penuh kat rumah aku rewang-rewang untuk kenduri malam ni and pagi esok. Lembu dua ekor belum tumbang. Esok pagi baru tumbang. So aku berlagak kekonon cool. Kemas-kemas rumah. Touch up sikit-sikit hantaran. 

Lucky me, sebab BFF aku masih bujang. Dayah dengan Farah datang rumah aku tungkus lumus tolong siapkan goodies bag untuk kenduri. Tolong pasang pelamin yang tak seberapa. Tapi aku kan memang macam ni. Suka yang simple dan pakai apa yang ada je. Malas la I nak beli-beli bukan-bukan untuk pelamin. Serius aku cakap pelamin aku semua DIY je. Dari pelamin nikah dalam rumah sampai ke pelamin bawah khemah untuk sanding esoknya. Pakai apa yang mak aku ada je. Sebab tu teman carca merba.

Cuma pelamin nikah dalam rumah aku berusaha sikit nak beli bunga India yang banyak aunty-aunty jual tepi jalan tu. Tapi nak dijadikan cerita semua tak de. Balik rumah dengan muka kecewa. Last-last aku putus asa. Cakap dengan mak. "Mak, pakai je la bunga plastik".

Akhirnya Dayah Sham, bukan Dayah Amin. Aku ada dua kawan dari zaman sekolah rendah nama Dayah. Dayah Sham datang rumah hantar bunga India ni. Banyak gila. Terkejut I. Rupanya ada customer dia bagi bunga ni kat bank tempat dia kerja. Dia teringat rumah aku nak kenduri. So dia hantar la bunga hidup ni kat rumah aku. Memang sangat terharu. Rezeki Allah nak bagi siapa tahu. Terus bersemangat balik nak cantikkan pelamin nikah.

Official Photographer pula sangat best dan sporting. Rasa macam abang sendiri. *suka hati kau iktiraf abang sendiri*. Very helpful untuk model kaku macam aku dengan Alan ini. Ok-ok. Review-review ini kemudian aku masukkan entry. Sekarang layan dulu gambar masa Majlis Pernikahan Alan & Izan.

Ada orang kata muka aku macam Sherry Ibrahim setelah dimakeup oleh Cuki. Balik rumah libas-libas tudung depan Alan dengan harapan nak la dia puji aku macam Sherry Ibrahim. Last-last dia amek towel masuk bilik air tanpa sepatah kata. HUHUHU. Ihetchu!

Inai Alan inai instant. Dah hilang dah pon inai dia. Inai dekat jari aku inai kampung. Emak aku dengan jiran aku giling sampai merah-merah tapak tangan. Sampai sekarang duk ada lagi ni. Lukisan inai dari cuki juga.
 Masa ni bukan Sherry lagi. Cirit orang baca kalau aku kata Sherry Ibrahim macam aku.
Feeling lebih masa ni. Geram pon ada tengok Alan pakai sampin dalam baju melayu. Mentang-mentang orang Johor. *eh, ini kire menderhaka tak?* 
Time ni kalau kau tak pakai sampin pon aku dah terbang-terbang dah. Cium dekat dahi aku pastu dapat rasa hembusan nafas Alan atas ubun-ubun aku. Terus senyum macam tu.
Haaaaaaaaaaa..ini dia Sherry Ibrahim kahwin! HAHAHA.

with❤:izan®

Monday, August 26, 2013

Kehebatan kakak ipar ku-Anak buah lelaki lagi.

Hai, As salam.

Semalam 25/8/2013. Lahir lagi anak buah yang ke-16. Alhamdulillah Ya Allah. Bertambah lagi ummat Nabi Muhammad s.a.w. Bertambah lagi anak Siti Zaiton dan Ahmad Apendi. Bertambah lagi cucu Haji Salleh dan Hjh Radziah. Berkurang la duit raya anak-anak buah tahun hadapan dari maksu ye. HAHAHA

Baby boy lagi untuk family Abg Pen dan Kak Eton. So total anak diorang Three boys, and the only one Princes is Umairah. Yeay! 


Hai baby belum tahu nama. Maksu doakan semoga baby menjadi anak yang soleh buat Ibu dan Abuya. Menjadi Adik, Cucu, Anak Buah dan manusia yang disenangi manusia lain dan sentiasa berada dalam redhaNya. Semoga membesar dengan sihat dan handsome!

p/s: Kena minta tips nak baby boy dengan kak ipar sendiri la kalau macam ni. Hik hik hik

with❤:izan®

Thursday, August 22, 2013

Suami ku kacak,romantik dan GAGAH.-Cerita Laki Bini part 1

Hai, As-salam.

Abang, esok kan. Esok kan. Cuuuukup seminggu kite nikah. Hik Hik Hik. Kau tak usah nak poyo*nada johan raja lawak pls* sangat!

Sekejap je. Biasa la orang tengah angau dengan laki sendiri ini la rupa nya. Aku rasa semua bini-bini kat dunia ni masa dalam tempoh macam aku sekarang ni merasakan bahawa laki dia tu lah paling kacak melapaui Si Won. Lebih romantik mengalahkan Gary Oppa. Lebih gagah mengalahkan Jong Kok. Dan semestinya aku haruslah perasan lebih cantik mengalahkan Ji Hyo. HAHAHA

Rumah sewa baru duk kelam kabut lagi. Kemas takat apa yang aku dengan Alan nak pakai je dulu. Yang sepah-sepah tu sepak-sepak je ke tepi sambil-sambil jalan bagi ada laluan sikit untuk ke dapur dan bilik air. Yang lain tu buat-buat tak nampak. Karang dah start kemas aku mesti nak habiskan. Aku ni jenis buat kerja kalau tak siap semua tak puas hati. Duk terkenang-kenang dalam hati. So, kau tunggu je la Sabtu Ahad ni baru aku kemaskan. *isteri mithali macam ni la*

Baru-baru kahwin ni aku rasa macam pelik-pelik sikit nak aturkan masa. Alan pergi kerja awal-awal pagi lagi ha. Kul 7.30 dah masuk kerja. Kul 6.45 pagi dah nak gerak. Aku ni kul 6.15 pagi baru jenis nak bangun solat subuh pastu nak tidur balik lepas tu *nampak tak lifestyle yang berbeza tu*. Tapi sekarang ni, Pukul 6.45 pagi aku bangun, pergi bancuh nescafe Alan, mandi and solat. Kul 7.00 pagi duk cangok depan pintu nak bye-bye and tium-tium sikit hantar Alan pergi kerja. Hantar depan pintu je pon. Pandai-pandai la laki aku bawa motor pergi kerja. 

Then baru aku siap-siap nak pergi kerja pula. Drive pergi kerja macam ngantuk-ngantuk sikit. Sebab dah tak boleh tidur balik lepas subuh. Dah 2 pagi dah duk ngadu dengan Alan, asyik ngantuk je. Aku ni ada 2 jenis keadaan yang tak boleh nak kawal kalau dia sampai. Satu ngantuk, satu lagi lapar. Kalau tak dapat boleh menyinga sehari. Slow-slow la ye nak adapt dalam diri. 

Part paling kelakar sekarang dalam life cycle hidup aku, aku rasa pelik bila tengok baju Alan and baju aku ada dalam satu almari. Sungguh pelik. Pastu Alan sibuk bising-bising kata portion dia dalam almari tu suku je. Haruslah! Aku yang kemas almari, suka hati la nak letak baju Alan ke baju aku banyak-banyak dalam tu. HAHAHA. *Alan, malam karang I minta maaf eh*

Dah-dah. Esok baru aku wat entry nikah kahwin semua. Review semua benda mana aku dapat selepas itu.

p/s : Kahwin dengan Alan macam kahwin dengan BFF. Cuma Alan macam makin romantik tahap aku rasa macam susah nak caye ke tak ni Alan. HAHAHA

with❤:izan®

Tuesday, August 20, 2013

Allah Maha Adil dan Saksama,yakini Allah-Bestnya Kahwin.

Hai, As-salam.

Amboi kau lepas kahwin terus update blog. Ye la, hari ni dah bekerja. Mana tak nye berupdate blog aku. Alan hari ni kemas rumah sorang-sorang. Semalam aku kemas sikit pastu kebabom tidoq. Penat kenduri kata kau. Padahal memang menjadi pemalas semenjak bernikah. Simptom-simptom pengantin baru memang macam ni kot.

Semalam Alan ajak pergi cari kabinet dapur and shopping barang-barang rumah sikit. Barang elektrik insyaAllah sampai Jumaat ni. Alah, apa sangat yang Alan beli *duit Alan boleh la kau alah-alahkan, cuba pakai duit kau*.Yang lain semua dah complete. Thanks sooooooooooo much kawan-kawan dan saudara mara. Alan just beli mesin basuh, peti ais n tv. Oven, microwave, blander, seterika, lampu tidur, heater air, dapur gas semua dapat masa kenduri.

Kenduri went well. Though it did not run smoothly. Mana nak dapat perfect kan. Ah, peduli. Janji aku dah kahwin, rasa macam LEGAAAAAAAAAAA sangat-sangat. Boleh letak kepala kat dada Alan pejam mata rapat-rapat and tidoq lena. *perlu ke mention dada Alan?*

Nak ke cerita pasal kahwin? Nanti la dah ada gambar dari OP aku update. Rentetan insyaAllah tak ada. Sebab malas. Malas adalah paling berkuasa di dalam ini blog. Kalau malas datang usah kau minta bukan-bukan. Memang lagi malas aku nak update. Kalau rasa macam nak aku rajin, sila melawat entry lama-lama semasa aku masih rajin. 

Bye! *entry tamat secara tiba-tiba* maafkan saya.

with❤:izan®

Thursday, August 08, 2013

How I Met My Alan 6-Akhir Mungkin

Hai, salam.

Semalam dah update bukan pasal HIMMA part 5. Hari ini sempena raya *Selamat Hari Raya* aku tamatkan sahaja HIMMA ini. Malas la aih, nak memanjang cerita bagai. Sebab nya next week sudah mahu bernikah. Adalah baik aku buat persediaan dari membebel tak tahu arah di dalam blog.

After Alan proposed aku, aku tak de la gelojoh tahap rasa nak cakap yes yes yes. Aku mahu! Tak de tak de. Aku diam je. Then Alan cakap,

"So hari ni 24 hb Januari 2010 kite punya declaration date okey"

Kau ape hal nak declare bagai kan.HAHA. Sangat kebudak-budakan. Yes, We are. Tapi bila dah sampai UKM, malam tu aku tanya Alan balik. Serius ke nak couple. Sebab aku masa itu muka macam kawah bulan. Alan pula umpama matahari menyinar. Malu lah kiranya berdating berjalan berdua nanti.

Disebabkan Alan beria-ria sangat nak dekat aku *padahal nak tak nak hampir Alan cakap gurau je nak couple* aku terima je la Alan tu. Memang ayat boleh bikin gaduh malam ni. 

One thing aku tanya Alan. Kenapa nak couple dengan saya. Saya? Yeeeeeee laaaaaaa, dah couple kena la saya awak. Takkan aku kau lagi. Alan cakap aku sweet and tak kedekut. Sebab masa nak balik dari The Mines, aku beria-ria nak belanja dia ais krim mcD. Sebab aku cakap dengan dia, 

"hari ni Alan je belanja. Izan tak belanja apa-apa lagi." *Izan Alan pon boleh*

Sebab tu je kau nak dekat aku? Kalau sekarang baru nak couple confirm cancel kot. Asyik Alan je belanja sekarang. Aku mencekik je duit dia. HAHAHA

Selepas itu terjadilah beberapa entry mengenai Alan di dalam blog. Untung lah Alan boleh masuk blog aku selalu. Lelaki lain susah nak masuk sini.

Oleh kerana lagi seminggu sahaja mahu menikah. Activity blog akan bercuti. Aku bagi cuti raya pada blog. Dan ini mungkin entry terakhir sebagai Cik Izan Salleh. Selepas ini mungkin kita akan guna Cik Puan.


with❤:izan®

Wednesday, August 07, 2013

How I Met My Alan (5) - 1st Date.

Hai salam.

Hamek kau. Dah masuk part 5 baru nak 1st date. Kalau dalam drama Indo ni baru nak kenal-kenal pastu ko kena sakit masuk hospital. HAHAHA. Sesiapa yang terlepas episode HIMMA part 4, boleh klik.

Selepas 2 minggu berSMS. Alan ajak aku jumpa. Actually bukan lah dating bagai. Masa ni Alan minta aku belikan dia handphone. Sebab dalam UKM ada PC fair. Ala, dalam U kan selalu buat fair-fair macam ni. So, aku belikan pakai duit Alan then ada la alasan nak jumpa bagi handphone dia. 

Tempat pilihan adalah The Mines. Sebab kitorang masing-masing ada motor je masa ni. Takkan 1st date nak naik motor berdua ken. Tak manis la status anak dara Hj Salleh naik motor dengan lelaki. HAHAHA. So naik KTM sudah ke The Mines.

Expectation aku sebelum jumpa Alan.
  1. Kompem dia ni putih macam dulu-dulu.
  2. Ada misai and janggut yang lebat *sebab Alan pernah hantar MMS gambar dia ada misai.
  3. Rambut pendek cacak-cacak *sama macam dalam MMS dia hantar*
Masa jumpe?
  1. Masih putih lepak-lepak.
  2. Rambut pacak.
  3. Pakai jersey warna biru. Jersey PUMA.
  4. Misai HILANG okey. Sebab aku pernah cakap aku tak suka lelaki ada misai. HAHAHA
Then duduk sebelah Alan tunggu train bagi HP dia. Pastu macam malu-malu kucing nak borak tengok dia. *tolong la jangan nak gletis sangat* masa borak-borak train sampai. Berdiri dalam train pon masa tu rasa best sangat. Romantik je suasana. Sanggup aku tak nak duduk walaupon ada tempat duduk sebelah mak cik tu semata nak teman Alan berdiri. *what the betulllll la* Kalau sekarang naik train dengan Alan, nampak  je seat kosong, 2-2 berebut nak duduk. HAHA

Dari KTM ke Mines kitorang jalan kaki. Lepas tu masa nak balik. Naik bot. Masa dalam KTM on the way nak balik UKM, Alan nak balik Nilai. Alan proposed aku. Gile ah! 1st date dah propose. Well, aku kan sweet. HAHAHA

To be continued...Part 6 klik sini.



with❤:izan®

Tuesday, August 06, 2013

How I Met My Alan (4)-Sambungan entry tahun 2011

Hai salam.

Memandangkan aku dengan Alan beberapa hari je lagi nak nikah ni. Tiba-tiba aku rasa macam nak sambung cerita HIMMA yang dari tahun 2011 tergendala dek rasa malas nak menyambung cerita. Alang-alang mood sampai umpama angin sepoi-sepoi bahasa baik aku teruskan niat. Karang mood tu hilang macam puting beliung kesian korang ternanti-nanti sambungan entry HIMMA.

Kat mana nak sambung ni. Lost pula. Okey-okey. Sambungan dari HIMMA part 3 dua tahun yang lalu. Kan aku geletis-geletis intai Alan dari side mirror cermin kereta. Alan hantar aku and Dayah balik sampai rumah. Tapi dia tak ada la singgah salam mak ayah aku bagai. Masa tu budak-budak lagi. Baru 19tahun iols ni. Sekarang je dah 16 tahun. Pfffttt.

Tamat la cerita perjumpaan kami masa itu. Aku dapat masuk UKM. Masa ni aku memang single aje la. Kawan-kawan tu biasa la. Mesti la dalam hati ni ada juga rasa nak couple-couple bila aku tengok kawan-kawan aku semua ada partner. Masa ni aku paling rapat dengan Atie Halmy. *Ntah bila la ko nak sapu sawang blog ko tu atie*. Sebab masa ni kitorang dua-dua pisang. Bujang tran-tang-tang. (Bebeh, baru perasan ko private blog ko).

Masuk 2nd year. Masa aku tidur rumah arwah Angah aku *tetibe macam sedih sebab cerita ni start dari masa arwah Angah aku ada lagi*, aku guna laptop Angah main fb. Kebetulan masa tu Alan pm aku dekat fb. Minta no telefon. Fine, lama okey since masa aku last jumpa dia time 19tahun masa ni umur aku 21tahun baru dia nak minta no telefon. HAHAHA

So malam tu kitorang ada la sms-sms macam biasa. Guna aku , kau lagi masa tu. Then for the first time aku offer dia something. Padahal masa tu aku baru je start sms dia. Aku cakap nak tidur. So, esok pagi aku kejutkan dia. HAHAHA. Kelakar okey. Agak-agak aku kejutkan Alan ke Alan kejutkan aku?

Gaya ketika usia 21tahun HAHA
To be continued....Part 5 klik Sini.

p/s : Rasa macam baru je sms-sms Alan. Berapa hari je ni lagi weyhhhh...

with❤:izan®

Monday, August 05, 2013

Pindah Rumah Sewa Baru

Hai, salam.

Hari Jumaat lepas aku tanya Alan.

"Minggu ni tak ada nak beli pape kan? Kunci rumah pon tak dapat lagi."

"Aah. Tak de nak beli ape pon. Karang beli nak letak mana pulak. Barang-barang awak kat rumah saya tu pon dah semak."

Semak ok Alan cakap. Ye la, memang berlambak pon barang aku dekat rumah dia. Dari zaman UKM, barang-barang tu asyik pindah randah dan makin bertambah. Dari UKM, pindah pergi Pandan Perdana masa zaman aku praktikal. Lepas tu pindah ke Cheras masa aku kerja 7E. Lepas tu pindah pergi Nilai masa aku kerja Klinik. Ni dah tukar kerja lagi, aku tak larat dah nak angkut masuk rumah kat seri kembangan ni. Sebab sebulan je pon sementara nak kahwin. So aku je tumpang duduk rumah Ayan dengan Jana. Barang-barang tumpang rumah sewa Alan dulu.

Dah tak ada nak beli apa-apa. Aku pon merancang nak cau cin cau balik Trolak la. Tak da maknanya aku nak melepek kat rumah sewa sorang-sorang kalau aku tak da hal nak buat. Lepas kerja Jumaat lepas aku terusssss zup zap bawa kereta balik Trolak. Sampai rumah dalam kul 6 macam tu. Sekali Alan wsap aku.

"Syg, kunci rumah dah dapat"

"Alhandulillah. Ala, kenapa lambat bagitahu. Saya dah sampai Trolak dah"

Memang rasa what the Ramadhon la akak agen ni lambat-lambat sangat bagi kunci ni. Tapi Syukur sangat dapat awal boleh kemas awal. Dah nak kena kemas-kemas rumah pula, aku pon balik la Nilai pagi Ahad tu. Seawal pagi aku gerak. Sebab banyak sangat kan hal nak kena settle. Sampai rumah Alan dalam kul 10 pagi. Itu pon aku dah keluar tol KLIA aku call dia. Baru bangun tidor. 

Ambil Alan. Pergi beli barang nak cuci rumah sikit. Patah balik pergi rumah Alan angkut barang-barang aku semua bawa masuk kereta aku dengan Alan. Pindah la sikit-sikit. Barang Alan minggu lepas raya baru dia angkut sikit-sikit. Masa tu sorry to say la nak tolong. Aku dekat Trolak dah pon. Mana nak tolong Alan nya. Kenduri berapa hari je lagi masa tu. 

Dah petang-petang semalam. Dua-dua kehausan. Alan jam lima dah tak nak jalan-jalan dah dalam SOGO. Dia duduk je jaga tempat nak berbuka. Mengalahkan budak-budak puasa. Lepas tu asyik bagi alasan dia tak sahur la ape la. Siap lekeh-lekeh kan aku. "Awak boleh la. Mak masak sahur sedap". Aku je yang macam tenaga Kuda jalan sorang-sorang dalam SOGO cari kasut. Tapi satu pon tak de yang berkenan. Hampesss.

Petang ni katil sampai. Rasa nak tidurrrrr je atas katil tu malam ni. *mampos Alan kunci bilik utama* HAHAHA

p/s: Eh, plan asal dah tukar. Aku yang masuk rumah tu dulu. Alan masuk lepas raya sebab aku dah balik Trolak masa tu.

with❤:izan®

Friday, August 02, 2013

Berbuka puasa dengan ASBTians.

Hai, salam.

Bulan puasa ni, boleh kira berapa kali je aku berbuka dekat luar. Selebihnya masak, berbuka dekat rumah sewa or aku balik Trolak berbuka dengan family. 1st time berbuka dekat luar dengan Alan, dekat Yunkies Hut, Bangi. Lepas tu pon dekat Yunkies Hut, Bangi juga dengan Ayan and Jana. Baru-baru ni dengan ASBTians dekat Flaming Steamboat, Sunway.

Memandangkan aku dengan Alan adalah dua-dua ASBTians, haruslah dua-dua nak pergi. Semangat nak jumpa kawan-kawan. Tapi kesian Alan kerja shift malam minggu ni. Masuk kerja kul 7 malam 7 pagi baru balik. Mana nak join nye. Aku je la pergi. Nasib Hasmira nak tumpangkan aku pergi sana. Aku memang suka pergi mana-mana dengan Hasmira. GPS dia tak pernah salah. Terus je sampai destinasi. HAHAHA

Tapi masa balik aku tumpang Dayah. Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain. Bagus kan? Sebab Mira kena balik awal. Ye la orang berlaki, dah la kau biarkan laki ko berbuka sorang-sorang ada hati lagi dengan perut boyot macam tu nak balik lambat. Memang kena maki la. Tapi laki Mira cool je. Pergi berbuka ngan kawan dia. Bujang kejap la masing-masing.



Memandangkan aku tak bawa camera haritu. Semua gambar ni aku ambil dari FB. Ecah Z yang upload kat group ASBTians.


Nama-nama timangan masa kat ASBT ni kelakar-kelakar tau. Ade Ijat Imam, Bite (Tak tahu la mana dapat), Pidut (Firdaus), Beitul (Rabiatul Nadiah) kawan aku yang ni dah artis taw. Wat part time modelling muslimah. Pastu ada lagi la nama-nama lain. Macam Apek (muka macam cina kot), muka je la. Sekali kau tengok kulit dengar dia cakap Jawa Habisssssss! HAHAHA. Alan pon dulu diorang panggil Ahcong. Sekarang je jadi Alan. Kadang-kadang aku geram aku ahcong-ahcong kan jugak.



Mana-mana aku bawa beg plastik hijau tu. Sambil menyelam minum air. Aku jual tudung masa ni. Bawa 40 helai, bawa balik dalam 20 helai je tinggal. Laris jugak la. Siap paksa-paksa orang buat muka kesian nak kahwin tak de duit. Pastu semua la pakat-pakat beli. Terima kasih korang. Contoh tudung macam yang aku pakai tu. 






Both of my friend Lia and Hasmira dah nak jadi mak-mak dah. Hujung tahun ni beranak la 2-2 ni. Dah nak ada junior ASBTians pula. Yang aku dengan ecah sekali nampak macam mak-mak ntah kenapa tak tahu.



Beitul yang tutup mulut pakai tudung hitam tu. Semua orang teruja tengok betul muka glowing-glowing datang. Kalau ko tengok beitul dulu-dulu lain sangat. Macam kutub utara dengan selatan.


Tengok je la masa ni, semua berebut nak ambil gambar dengan Beitul. Muka eksaited nak mampos.


Semua ni kawan aku dengan Alan dari form 1- form 3. Kenangan dengan diorang kalau nak cerita, aku rasa boleh buat novel macam Lagenda Budak Setan. Memang mostly perangai time tu dah ada ala-ala sikit. Tapi tak semua la. Yang baik-baik macam Asila, Ecah Z, Shima, Imah and Wan semua muka surau. Yang lain-lain tu muka memonteng manjang. HAHAHA. 

Cuma kenangan ngan Alan masa form1-form3 aku macam ingat tak ingat. Ke memang aku tak de kenangan dengan Alan masa tu. HAHAHA. Nama je satu sekolah satu asrama. Haram aku tak mandang Alan dulu. Pendek sangat, putih lepak-lepak pulak tu. Pastu rambut sikat belah tengah sikit punya kilat la kau pakai minyak Alan oi. *sekarang tak pe kutuk-kutuk dia, kang dah kahwin dosa* 

p/s: Terharu semua ada cerita-cerita nak datang kenduri aku dengan Alan nanti. 
WuuuuWuuuu..terharu.
p/s/s : A BIG thank to Adli sebab arrange majlis berbuka ni.

with❤:izan®

Stress kalau kerja dengan sales person yang pemalas!

Hai, salam.

Macam dah lama aku tak ngadu domba pasal kerja kan. Bukan lah tak de masalah kerja lansung. Ada still ada. Tapi pengalaman mengajarku erti tabah. Masuk kerja ni dah 2 company aku kerja direct to sales person. Selalu nama glamor diorang ni negotiator or sales exec. Dua-dua ni lebih kurang sama je function untuk company. Buat sales, make profit then they get the commission from that.

Aku ni kerja as Admin Sales. Tolong-tolong kata nya. Kalau dapat SP yang rajin, bagus. Aku rasa seronok nak kerja. Rasa macam macam ni la oang kerja SP. Memang patut la duit ko kepuk-kepuk. Kau lah yang cari customer. Kau lah cari supplier. Dapat harga semua, suruh aku je buatkan quotation. Send kat customer kau. Pastu pandai-pandai la ko pujuk rayu customer ko untuk beli dari company. 

Tapi! Kalau ada 10 SP pemalas macam kau! Memang aku rasa patutnya aku yang ambil commission tu. Dah la customer ko direct email kat aku. Ok fine, aku foward kat kau. Kau foward balik email kat aku dengan bagi,

Dear Izan,

Pls check all item price with this bla bla company and prepare the quotation under me.

Regards,
Si Pemalas tahap Lapanploh.

Boleh sabar lagi ni. Aku pon buat. Dah dapat semua aku foward kat kau suruh check and send direct to your customer. Ada item yang aku kosongkan sebab supplier tak boleh quote price or diorang memang tak ada item tu. Kau suruh aku cek kat Giant berapa Giant jual?

Pergi Giant je kot. Kau tak boleh buat ke? Dasar PEMALASSSSSSSSS...Aku malas nak layan kau. Ramai lagi SP yang rajin aku nak kena assist. 

Bye SP PEMALAS!!!! 



with❤:izan®

Thursday, August 01, 2013

Perangai Pelik Orang Nak Kahwin Part 5-Kecantikan Hak Milik Kekal

Hai, salam.

Sekejap je aku rasa puasa kali ni. Masa 1st day puasa dulu aku selalu macam pikir sendiri dalam kepala aku. "Relek la, sebulan lebih lagi kot nak kahwin". Sekali tengok kalender macam "Eh, minggu depan dah raya, lepas tu dah nak kahwin" *padahal hari-hari aku printscreen countdown kahwin aku tu* 

Pastu whatsapp kat Alan. Saja bagi physco sikit kepala otak Alan pikir pasal kahwin kitorang. Aku takut dia lupa je yang dia nak kahwin dengan aku. Paham-paham je la Alan tu, selera tinggi menggunung, tapi dapat aku je pon. Eh, untung la dapat aku kan? HAHAHA

Orang perempuan kalau nak kahwin mesti korang suka try-try produk kecantikan nak bagi putih la, jerawat hilang la, nak bagi naik seri bagai lagi. Aku pon harus lah men-perempuan-kan diri dengan mencuba beberapa produk kecantikan. Masa nak bertunang dulu aku ada try A-Dha aku beli dari Kak Amoi. Serius muka aku masa tu boleh kata dah nak licin dah. Putih pula tu. Siap mak aku tegur, aku pakai apa. Terkejut la tu tengok anak bongsu dia ni lawa semacam. HAHAHA


Produk A-Dha macam dalam gambar dekat atas. Kalau korang nak beli boleh beli dengan Kak Amoi ni ha. Aku bagi direct link FB dia. Jangan tanya dah kat aku mana nak beli mana nak beli. Fening iols ni.

Pastu aku pergi mabul, aku stop. Masa tu kan aku dah berhenti kerja. Menganggur duduk rumah 2 bulan. So mana nak ada duit nak beli A-Dha bagai ni. Naik la balik jerawat. Balik pulak dari Mabul. Dengan muka aku burn tahap lapanploh peratus. Lama gila kot nak hilang burn tu. Dalam sebulan lebih juga la. Alan seminggu je dah putih balik. Alan tu muka putih lepak-lepak tahap aku boleh jeles. Kalau dia kene panas pon bukan nak burn sangat. Takat merah-merah udang macam tu je. Aku ni ha yang terbakar macam bontot kuali.

Lepas tu pikir macam, alahai sempat ke nak putih balik before kahwin ni. So aku pon start la makan Aurawhite awal bulan 7 haritu. Beli kat sepupu aku.

Aku macam tergerak nak makan Aurawhite ni sebab dia dah masuk iklan dalam tv. So aku jadi macam yakin sikit nak minum. Aku ni jenis kalau bab yang kena telan, kena makan ni nak kena benda tu masuk tv dulu. Baru aku berani nak cuba. Kalau bab-bab tempek kat muka ni tak payah masuk tv pon tak pe. Nampak tak pengaruh tv dalam hidup aku. HUHU  

Teringat pula Yus kawan tempat kerja masa kat Nilai pakai Tabita skincare. Kalau korang tengok gambar kan ada palsu asli kan. Aku punya nak bagi keyakinan dalam diri aku ni untuk try Tabita sampai aku call Biro Dadah tu ha. Cek Tabita ni bahaya ke tak untuk aku pakai.  Aku pon order la dengan Yus pula Tabita tu. Semangat nak putih ni. Orang perempuan biasa la, kalau ko kata letak pasir kat muka tenyeh sampai berdarah boleh putih pon agaknya ada orang buat. Tapi bukan aku la kalau bab-bab menyakitkan diri ni. HAHAHA

Nak tengok hasil? Nanti la. Nak dekat-dekat kahwin nanti aku tayang k. Buat masa ni aku tanya-tanya Alan je la.

"Awak, saya dah putih ke belum?"

"Dah, sikit kot"

"Betul ke?"

"Aah la kot"

Jawapan macam tak meyakinkan je Alan ni. Tapi nasib la dia layan. HUHUHU

with❤:izan®