Followers

Tuesday, October 12, 2010

blog aku ke ni?

salam satu malaysia...

urmmm...sekejap ya, aku kena ambil mood betul-betul mood untuk memulakan entry yang sudah lama aku tinggalkan. harap maklumat kepada semua. saya merupakan pelajar tahun akhir UKM. semester depan saya akan menjalani latihan industri atau dalam kata lain praktikal. dan bulan ogos tahun depan insyaAllah aku akan bergraduat! ok, aku baru tahu ada word bergraduat sebab nampak kak siti buat ayat ni dalam surat permohonan latihan industri aku.

selama seminggu aku berhibernasi memantapkan diri untuk ke alam yang lebih mencabar pada sem depan, rasa macam cerita tu berlambak-lambak nak diluahkan dan sudah tidak mampu untuk ditahan. kalau boleh, okey, ini kalau boleh la. aku rasa akan menaip entry dengan sepenuh jiwa malam ini. sebelum terlupa saya ingin ingatkan di sini ini bukan janji. saya hanya merancang, dan siapa yang tentukan? haaaaaaaa..pandai! ALLAH!

mungkin akan dimulakan dengan bissmillah, disudahi dengan alhamdulillah (baca dengan nada lagu raihan).abaikan. mungkin akan dimulakan dengan cerita sambutan birthday shahrul. my beloved one. alan? kami tiada apa-apa lagi ;( sad kan..

hoi! berani kau cakap semacam itu! memang la kami tiada punya apa-apa. tiada kerata, tiada rumah. tapi kami punya CINTA. eceh...shahrul is my 1st anak buah. dah form 3 dah pon. kitorang..ops! akan di ceritakan pada entry lain. kalau terbuat lah. sekiranya tiada MOHON MAAF sekali lagi. dan mungkin akan memberi beberapa tips untuk temuduga. sebab saya telah di temuduga untuk pertama kalinya di alam kerja yang real oleh wakil dari HQ 7eleven. pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup ini. oh, ini pon akan diceritakan dilain entry. sekiranya apa? sekiranya terbuat la...terlebih dahulu, saya mohon ampun dan MAAF awal-awal lagi agar semua tidak menuntut janji. ini bukan janji tapi tidak pasti.

selepas itu cerita seterusnya akan berkisar mengenai percutian yang amat menseronokkan. saya telah mencuba sepenuhnya segala permainan yang termasuk dalam pakej, yang kena buat bayaran tambahan saya tidak buat. kerana semua terlalu berbahaya untuk saya dan anak saya pada masa hadapan. ini hanya bayangan, saya belum mempunyai tanda-tanda punya anak. sebab saya masih belum berkahwin. mungkin dalam masa 5 tahun lagi, entry hanya akan berkisar mengenai anak. di sini juga saya tidak janji sekalian.

oleh kerana keterbatasan masa saya, saya kena mandi dan bersiap ke kelas. bye semua. saya sayang anda! eceh...

with❤:izan®

2 comments :

leave me some words ;)