Followers

Wednesday, October 13, 2010

tips temuduga kepada wanita/perempuan

sebelum apa-apa berlaku, aku ingin tegaskan disini, ini hanyalah tips dari aku. so jangan la korang nak compare dengan mana-mana doktor falsafah mahupon ahli kaji minda yang hebat-hebat dan pakar di luar sana. bawasanya saya hanyalah student yang belum grad pon. tapi gatal nak share tips temuduga yang adooo ni... kita akan masuk dari satu bahagian ke bahagian yang seterusnya. sila baca sampai habis, kalau ada yang tanya soalan yang aku akan terangkan sebentar lagi, aku block ko terus dari baca blog aku. HAHAHA

BAHAGIAN 1 : PEMAKAIAN

  1. sila pakai pakaian formal. walaupon ko tahu company tu environment dia jenis yang tak ambil pusing ko nak pakai jeans ke hape ke kan, tapi for the first time diorang nak tengok bakal pekerja diorang mestilah nak nampak sesuai gitu.
  2. ini penting kepada WANITA! jangan nak pakai tudung yuna ke, syria ke, ekin ke, ala-ala gipsi ke...tak payah! ko pakai je tudung bawal biasa. mana la tau, kot-kot penemuduga ko tu anti ekin wife si mawi tu ke, anti yuna oh bulan tu ke, tak ke naya ko punya sesi temuduga tu nanti?? jawap!
  3. pakai high heel. jangan pakai selipar! dimaklumkan high heel yang sesuai. bukan yang baju merah heel nak warna kuning! meh aku ketuk pala ko!
BAHAGIAN 2 : APA YANG PERLU DI BAWA
  1. sesungguhnya, bawalah segala resume, sijil dan apa yang patut walaupun sehari sebelum ko pergi interview tu ko dapat panggilan yang ko tak payah bawa pape kan? ko jangan PERCAYA! tu semua psikologi teraputik semata-mata!
  2. bawa pen, selit la dalam handbag korang tu, kang dia suruh isi borang, mula nak terhegeh-hegeh mintak pinjam pen dekat receptionist kan? blah! receptionist tu banyak lagi kerja nak buat selain nak tolong ko si budak baru nak mintak kerja/latihan industri ni ha...
  3. bawa tisu, sebab ko kompem peluh dingin la.
  4. lastly, make up sikit. bagi nampak bersemangat dan bersungguh-sungguh mahu minta kerja. kalau muka tu lawa tak pa la, tak payah make up. bak kata orang putih, natural beauty. kalau muka ko level-level aku je ni ha, aku nasihatkan make up la woi. bagi lawa sikit. mintak bantuan rakan-rakan untuk nilai.
BAHAGIAN 3 : SEMASA TEMUDUGA
  1. sekiranya soalan di tanya dalam bahasa melayu, sila jawap dalam bahasa melayu. jangan nak over ko nyah jawap dalam bahasa inggeris. TAPI! kalau dia dah  tanya dalam english jangan ko mintak pula nak jawap dalam bahasa melayu. ko nampak pintu keluar dari bilik temuduga tu? haaa..baik ko minta diri je la..lebih afdal!
  2. dengar soalan tu betul-betul. contoh nya kalau dia tanya: how can i address u? jawapan nya? u can just call me izan. tak payah nak terang lebih-lebih! ingat! berpada-pada.
  3. seterusnya, jawap soalan yang di tanya, bukan ko tanya balik soalan kat dia. tapi kalau ko tak sure dengan soalan tu, ko boleh mintak dia explain sikit la. supaya ko dapat gambaran apa nak jawap.
oleh itu, aku rasa sampai sini sahajalah tips dari aku. ini semua pengalaman yang ada. semua ini betul semata-mata. harap membantu ;)


with❤:izan®

2 comments :

  1. tudung bawal? kalau interviewer tu x suka ikan bawal?

    btw, versi laki bila lak nak buat?

    ReplyDelete
  2. erk, maybe aku kena tukar nama tudung tu kepada tudung petak biasa. ada lain-lain kesulitan? HAHAHA

    versi lelaki aku tak taw la...sebab i wanita sejati uuuu...;D

    ReplyDelete

leave me some words ;)