setelah tidur sepanjang hari baru aku dapat tahu,kenapa aku berasa sangat lemah dan malas sahaja hari ni. rupa-rupanya aku mengalami perubahan hormon yang ketara semua gara-gara kedatangan bulan ramadhan. bulan ramadhan? kepala lutut kau bulan ramadhan. kedatangan bulan mengambang penuh dengan sepenuhnya. sampai aku rasa mahu bertukar menjadi gorilla seperti kebolehtukaran goku saat bulan mengambang. oh,ini tiada kaitan dengan apa yang ingin disampaikan. apa yang penting di sini. aku sihat-sihat sahaja. cuma makin malas nak melayan kesenggugutan perut dan kesenakan otak kerana aku punya banyak kerja mahu di hantar minggu ini dan last pada minggu depan sebelum study week bermula. study week? oh yeah! start sahaja study week maka start la segala perancangan memerap dibilik untuk mentelaah apa yang patut. apa benar yang kami dengar ini izan? kau sebut pasal mentelaah? ya,mentelaah pelajaran. sem ini kena dapatkan pointer yang memang cukup bagus untuk memastikan hj.salleh berasa tidak terkilan dengan menghadiahkan aku sebuah laptop baru.
eh,did i said laptop baru? HAHAHA. nampak sungguh tidak sabar untuk menanti kehadiran laptop baru esok pagi yang akan dihantar oleh abang ipar aku. "abg,bawa laptop adik baik-baik yer. singgah hantar laptop dulu tahu baru abg pi kerja. jangan bawa pula laptop tu. nanti sibuk berfacebooking pula ;P"
kenapa mahu laptop baru sampai hj.salleh belikan untuk kau izan? eh,suka hati la kan. ayah aku nak beli laptop baru untuk anak dia. kenapa sibuk-sibuk mahu tanya. no no no. itu bukan jawapan dari si izan baik. itu kata-kata dari si izan jahat. bila si izan jahat mula mentaip memang sangat menyakitkan hati. mari kita dengar kata-kata dari si izan baik.
"laptop saya sudah mengalami keuzuran yang maha dasyat. yang mana,motherboard laptop tersebut sudah tidak berfungsi dengan sewajarnya. harga sekeping papan motherboard adalah separuh dari harga laptop baru. kos pemasangan dan so on mampu mencecah harga laptop baru. maka,saya dicadangkan oleh pak lang untuk membeli laptop baharu sahaja. ini adalah lebih menguntungkan dari segi kepuasan dan kebolehpanjangan penggunaan laptop pada jangka masa hadapan. tambahan pula,cd rom drive laptop tersebut sudah lama tidak dapat berfungsi. maka segala acara penginstallan terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan external cd rom drive.dan banyak lagi masalah yang timbul"
sudah-sudahlah izan dengan ayat simpati tak bawa ke mati kau tu. kita berbalik kepada beberapa input yang handak disampaikan hari ni.
ada antara kita yang mana bercinta dari zaman sekolah,sampai ke jinjang perkahwinan. ada pula baru berkenalan sahaja sudah mendirikan rumah tangga. jangka hayat perkenalan tidak penting bagi aku. yang penting sejauh mana kau menjadi diri sendiri semasa dalam tempoh perkenalan tersebut. okey,sebagai contoh disini. sebelum aku memberi apa-apa contoh perlu ditekankan di sini segala contoh ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.
contoh pertama
teman lelaki anda penggemar tegar bola sepak. asalkan ada perlawanan mesti kena tonton.kalau tak tonton rasa seperti terkena kejutan elektrik sahaja. anda pula sebaliknya. berasa sangat bodoh bila lihat ramai orang mengejar hanya sebiji bola. bila si lelaki menyuarakan pendapat "sayang,malam ni abang nak tengok bola boleh? nanti lepas abang habis tengok bola abang mesej sayang okey?" oleh kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang awek yang tidak sporting anda akan menjawap "orait,abang pergi la tengok bola.nanti dah habis baru mesej sayang. sayang rela abang tengok bola.lagipun sayang pon ada kerja nak buat ni"
choi! sungguh hipokrit ini perempuan. bayangkan nanti bila kau dah kahwin boleh kau nak merelakan dengan terpaksa macam ni? sumpah kau hamuk baling pinggan mangkuk kan bila laki kau cakap macam ni. HAHAHA. izan! bad mouth! kau ni sajakan mahu hancurkan rumah tangga orang.
mr.izan,u jangan risau. u tengok bola i boleh join. tapi kita gaduh la sebab tak sama team ;P lepas habis tengok kita manja-manja balik.HAHAHA. geli oh kau ni izan.
contoh kedua
bila kau keluar dengan kawan nak kena sentiasa mesej dia. sedangkan masa tu masa kau bersama kawan-kawan kan? kenapa nak kena mesej or calling teman lelaki kau masa tu. macam tak ada masa lain kan? sedangkan bila masa dia keluar dengan kawan-kawan dia boleh pula kan kau duduk diam-diam di rumah dengan menyudahkan kerja-kerja lain. bagi aku la,bagi aku lagi ni. tak salah kau nak sentiasa bermanja-manja dengan teman lelaki kau. tapi kena ada masanya juga. bila kau bersama kawan,ko enjoy la dengan kawan kau. enjoy sampai puas. dan bila kau dengan teman lelaki kau ko manja-manja la dengan dia pula. manja sampai muntah. apa yang nak di sampaikan disini. jangan jadi hipokrit juga dengan mengeluarkan kata-kata seperti ini bila teman lelaki kau mesej time kau dengan kawan-kawan sedang berjoli.
lelaki : i kacau u ke ni?
perempuan : tak la,u tak kacau i pon. kita mesej eh sambil-sambil i jalan-jalan dengan kawan i ni.
ohmaigosh! stop being so annoying la weyh. bila dengan kawan masa dengan kawan la. kau dengar itu IZAN! eh,kenapa nama aku kena CAPS LOCK? kena la caps lock. sebab nanti duk kata kat orang aku pon terbuat sama nanti. kadang-kadang bila sampai time aku rindu secara menggedik berturut-turut memang aku jadi macam ni juga. see,dah la gedik then secara berturut-turut. oh,jangan bayangkan, sungguh 18SG aksi ni.
dah la kan. bagi contoh banyak-banyak pon if tak berubah buat apa kan? so,pandai-pandailah bahagikan masa antara study,sahabat dan cinta. semua memerlukan komitmen dan pengorbanan. bagaimana nak memuaskan hati semua pihak-pihak ini. anda tak kan mampu. pasti ada yang tercicir nanti.so jangan tamak sebelum anda terkucil. lepaskan apa yang anda tak mampu nak pikul. kalau tanya aku apa yang aku nak pilih antara tiga ni. aku nak semua. sebab aku pernah dengar orang dulu-dulu kata "orang tamak selalu rugi" bagi aku tak "orang tamak selalu nampak peluang depan mata"
aku komen yg first ke? huhuhu.....betul gile pe yg ko ckp ni izan..kne pndi bhagi masa...
ReplyDeletetahniah adli! ;)
ReplyDeletei loikeeee ur entry2 sekarang ni..
ReplyDelete;)
part apa yang u suka? ;P
ReplyDeletehoh....
ReplyDeleteapa yang hoh?
ReplyDelete