Followers

Tuesday, March 23, 2010

semua orang tak serupa

"orang kata kalau nak berblog ni kena kental,jangan ambil pusing dengan apa kata orang. lagi orang kata,tulis dengan sepenuh hati. tak kesah la kalau time tu tengah sakit hati atau makan hati. yang penting? kena kental."




ni apa yang orang kata la. aku tak kata. nanti kalau cakap ayat ni dari aku mula la korang tak nak percaya kan. siap kata apa ni izan sudah mula bagi ayat-ayat auta. kami tak mahu terima. kami mahukan jenaka. apa kau ingat aku badut mahu bagi jenaka hari-hari. mari kita muhasabah diri hari ni.mula-mula aku berbuat blog dahulu,aku tak pandai nak taip panjang-panjang. sebab aku bimbang kalau banyak taip banyak silapnya. banyak kata banyak dosanya. so aku letak gambar banyak-banyak. biar korang yang menafsirkan gambar tersebut. biar korang pon dapat dosa lebih dari aku yang memberi sumber. HAHAHA

tapi makin lama makin pandai-pandai nak tulis panjang-panjang. sebab aku rasa tak puas HATI kalau aku berfikir lain dan korang yang membaca berfikir lain dari apa yang aku nak sampaikan. maka nya makin lama makin panjang entry aku. pernah dulu aku dapat email kata apa yang aku taip di blog tidak sama dengan perwatakan aku di luar  blog. opkos la tak sama. dalam blog aku cantik kat luar blog lagi cantik. susah la kalau nak pura-pura tak cantik. hamek kau. suka sangat kan perasan. lepas ni orang bagi kau bom pula izan.

memang susah nak taip entry yang mana semua pihak boleh menerima dengan hati terbuka. thats why aku hanya berani meletakkan mr.E, my adore,mr. izan,my ex, or cinta coklat. sebab bagi aku mungkin aku hanya ingin menyampaikan atau bercerita berdasarkan pengalaman. bagi aku semua yang aku lalui lepas adalah kenangan terindah.and the best moment to remember. so aku lampirkan di sini untuk tatapan anak cucu aku kelak. but bagi orang-orang yang membaca especially yang mana nama-nama mereka terlibat dalam penceritaan mungkin the worst moment they had bila dengan aku. so pandangan dan persepsi di sini telah berbeda.

kesimpulan disini,ha lu pikir la sendiri. kalau semua orang serupa dengan diri kita tak kan ada la ayat seperti ini;

izan : u,kenapa u pilih i?
mr.izan : sebab u lain dari yang lain.

holoh holoh holohhhh...geli oh orang nak baca. HAHAHA

5 comments :

  1. nih izan salleh ker yuna?
    gua confius
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. jangan la wat i jadi perasan en hans.
    yuna ke tuna u ni?
    muahahaha

    ReplyDelete
  3. memang muka cik izan dah lain..bila hati dah happy muka pun nampak ceria n berseri

    ReplyDelete

leave me some words ;)