aku dapat mimpi. mimpi yang aku rasa kalau kau suruh aku tidur semula aku rasa macam tak nak tidur sampai bila-bila. selalu kalau aku mimpi mesti aku nak sambung tidur supaya mimpi aku bersambungan. ok,aku kena mentaip secara cepat kerana memori aku untuk mimpi selalunya adalah terlalu singkat.
aku,mr.izan,dan beberapa kawan yang lain berada dalam satu van. masing-masing merahsiakan status hubungan.termasuklah aku dengan mr.izan. meraka dalam perjalanan menghantar aku ke rumah. kerana aku ingin tumpang. dalam bergurau senda aku terketuk kepala mr.izan sampai kepala dia berdarah. aku dalam keadaan yang berpura-pura merahsiakan perhubungan kami dari rakan-rakan ini dengan tidak sengaja tertunjuk keintiman bila aku membelek luka dikepala mr.izan.dan kawan-kawan aku mula mengesyaki kami mempunyai status hubungan terlarang! apakah maksud tersirat disebalik mimpi ini?
keadaan aku di dalam mimpi yang patut anda tahu.
1. ramai kawan aku dalam van. ada kawan sekolah rendah,sekolah menengah,matrik,ukm,sampai makcik yang cuci toilet blok aku pon ada. pelik!
2. aku memakai baju kurung MRSM. pelik!
3. mr.izan pakai baju kerja.
4. ada bekas kekash kami di dalam van tersebut memakai baju ala-ala orang nak menari tarian zapin.
5. aku ketuk kepala mr.izan guna buku marketing.
sudah lah! ini hanya mimpi. sapa suruh kau tidur siang hari izan oi. kan dah dapat mimpi pelik-pelik.
ahahah :D
ReplyDeletetafsiran mimpi oleh mr acan...
ReplyDelete1.ramai kawan = hubungan kamu bakal di ketahui ramai dalam tempoh yg singkat secara tiba-tiba dan beramai-ramai.
2.pakai baju mrsm = memori sewaktu sekolah adalah sesuatu yg sukar dilupakan.
3.pakai baju kerja = tanda masa depan yg baik, oleh kerana kerjaya yg stabil dan bekerja tetap.
4.bekas kekasih pakai baju zapin = mereka merestui hubungan anda berdua dan meraikannya dengan persembahan zapin pada hari persandingan kamu berdua.
5.guna buku marketing = kemungkinan kamu akan mengontrol perbelanjaan isi rumah selepas berumahtangga adalah amat tinggi. anda mengawal audit perbelanjaan keluarga utk memastikan keharmonian keluarga tidak terjejas...
izan, acan gurau2 je neh. haha...
mimpi merepek je tu
ReplyDeletesiap msuk tukang cuci toilet??biar betol tu??hahaha mimpi yg interesting...
ReplyDelete