credit to encik google
penat dan sungguh penat. larat dan sungguh tak larat. berat dan sungguh berat. hebat dan sungguh hebat. actually nak tulis penat saja. then saja nak tambah larat,berat dan hebat. tiba-tiba rasa macam ada kena mengena plak perkataan-perkataan tersebut dengan PENAT. kita cerita pasal jalan-jalan di kota raya sabtu lepas ya. apa ni izan,asyik-asyik cerita basi. balik-balik cerita sabtu lepas la. ahad lepas la. jumaat lepas la. tahun lepas la. kain batik lepas hayyan la. ok tak da kena mengena. dah tu. takkan nak reka cerita masa akan datang. benda tak pasti nak hebah-hebah buat apa. baik cerita benda yang dah pasti berlaku kan? kompem i tak tipu punya cerita. tapi ya ka i tak tipu? hik hik hik...
dari UKM naik train ke Bandar Tasik Selatan. tukar naik LRT ke Hang Tuah. jalan kaki ke Times Square. tawaf dengan kaki Times Square dalam 2 ke 3 pusingan. makan-makan di Marrybrown. sampai seru ke surau menunaikan solat zuhur dijamak terus ke asar. senang bak kata mr.izan. kang tak payah nak ke surau 2 3 kali. bab solat ni i rasa nak respect gila dengan mr.izan. he always ingatkan i jangan tinggal solat,jangan lewatkan solat sebab mr.izan tahu yang i ni kalau dah buat kerja i selalu lupa bab kewajipan kepada YANG SATU. hope u bukan depan i ja macam ni. belakang i pon still the same person as i know u now. dan aku rasa di belakang aku pon mr.izan macam depan aku. sebab katanya "i nak kita jadi pasangan bercinta yang sporting. yang mana u boleh jadi kekasih and bestfriend i for the same time. tak payah nak malu-malu dengan i."
i menang jenis kurang sikit malu ni u. hahaha...bukan bermaksud aku tak tahu malu ok. ciri-ciri wanita dombaan malaya itu masih ada. lol.
lepas penat menjelajah satu times squre tanpa beli apa-apa. mr.izan and i menjalani sesi massage dan rendaman kaki di fish spa. wah,nama nak gah. fish sepak ada la. untuk 20 minit kasi ikan sepat or ikan puyu ke hapa jenis ikan yang i dan mr.izan tak tahu nama nya tu geletek-geletek kaki i dengan mr.izan. dapat pula massage selama 30 minit. homaigod! sangat sedap sampai rasa nak lelap aja. tapi yang kelakar. mr.izan sampai menangis keluar air mata tahan ikan-ikan tu duk geletek kaki dia. hahaha...
"u,i tak tahan la u dia gigit-gigit kaki i"
"hahaha,tak boleh la. i geli la."
ntah apa lagi word yang keluar aku tak tahu. tahu-tahu dah keluar air mata. hahaha..so comel la u. tapi lama-lama boleh plak dia rendan kaki dia lama-lama. aku dah pernah buat fish spa ni dulu dengan athiah. so tak la rasa geli sangat. dia baru first time. tu yang macam jakun al buaya sikit. HAHAHA. bila dia rendam ja kaki dia. semua ikan kat kaki i lari pi makan kaki dia. oh,sungguh tak aci ini ikan. pilih kasih kah? i cakap. "tengok,semua ikan nak makan kaki u. nampak sangat kaki u banyak penyakit" he replied "hahaha,esok semua ikan-ikan ni timbul ja. sebab makan kaki busuk i" HAHAHA
kenapa banyak sangat HAHAHAHA ni izan? memang banyak hahaha pon masa sesi ikan makan kaki tersebut. she pandang he terus HAHAHA. he pandang she pon HAHAHAHA juga. last-last memang HAHAHA jela kitorang time tu. dan bila asyik HAHAHA ja semua orang yang lalu lalang kat tepi kedai tu tertarik nak try service fish spa yang kitorang try. then bila semua orang nak try and rendam kaki diorang maka ikan-ikan yang makan kaki i dan makan kaki mr.izan semua lari pi makan kaki orang-orang lain tersebut. so,maknanya di sini KAKI ORANG LAIN TERSEBUT LAGI BANYAK PENYAKIT DARI KAKI I DENGAN MR.IZAN. yeay!
see,kaki yang banyak bulu dan banyak ikan makan tu kaki mr.izan. kaki yang mulus dan putih sikit tu uols tahu kan kaki sapa? lalala
nasib la orang-orang yang tumpang rendam kaki tu tumpang rendam time i dengan mr.izan dah nak habis 20 minit. so tak la rasa terkilan sangat sebab ikan-ikan tak nak makan kaki kitorang. ke tempat massage plak. selama 30 minit. ohmaigod sekali lagi...memang sodap nyah mak cakap u. i sampai muncung-muncung mulut tahan dia kepak+pusing+pulas+baling kaki i ke atas ke bawah macam kaki patung. hahaha. oh lupa plak nak bagitahu berapa harga kitorang main urut-urut dan bagi ikan makan kan. untuk fish spa selama 20 minit hanya rm5. dan urutan kaki selama 30 minit hanya rm20. total dalam rm25 sahaja. berbaloi-baloi. saya dan mr.izan sudah. anda bila lagi?
setelah bermanja-manja di situ kami ke sana pula. kemana? ke luar dari times square. iaitu ke sungei wang plaza berjalan kaki mencari TOP MAN. last-last ke ROMP juga membeli cardigan buat mr.izan. maybe dia jeles sebab i telah membeli sehelai cardigan juga. untuk menjaga hati i temankan juga walau kaki i dah melecet that time. kaki i jarang melecet. cuma hari tu sahaja berjalan bagai nak gila. oh,bukan-bukan. berjalan dengan gembira sampai kaki i dapat tanda cinta. haaaaa..kan nice berkata demikian.kerana telah masuk maghrib tunaikan dulu maghrib di plaza imbi. lalu i dapat sehelai polo T dari mr.izan. mungkin dia kasihan tengok i berjalan dah macam apek tarik-tarik seluar sebab pinggang i jadi kurus bejalan jauh. wah,lepas ni boleh praktikkan lagi taktik ini. HAHAHA
ops,dah janji nak tunjuk gambar mr.izan kan. here you are. he is ____. sila isi tempat kosong. hahaha
i tak janji nak tunjuk muka mr.izan kan? i janji nak tunjuk gambar ja kan? nah. tu dia. ;)
janggut tu cam kenal jer... haha...
ReplyDeletecincin tu cam kenal jer..haha..
ReplyDeleteoittt nk tgk mukeeee laaaaaa
ReplyDeleteweh ensem gila..hahahah...ensem gila janggut..tu ja mampu puji weh..huhuhu
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaudari... boleh ke? solat jamak dengan alasan malas nak turun solat 2/3 kali?
waalaikumussalam ;)
ReplyDeletepetikan dari entry i : sampai seru ke surau menunaikan solat zuhur dijamak terus ke asar. senang bak kata mr.izan. kang tak payah nak ke surau 2 3 kali.
maksud sebenar : kan sudah melebihi 2 marhala iaitu kira-kira 91 km. kami bersolat jamak bukannya disebabkan MALAS untuk turun solat. kan ISLAM itu memudahkan umatnya. bukan menyusahkan.
untuk keterangan lanjut dan lebih dipercayai saudari boleh rujuk di sini :
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=371&Itemid=84
diharap ianya dapat membantu. ;)