Followers

Sunday, March 21, 2010

sikit-sikit,lama-lama jadi sikit


hai semua.
eh izan hai kat korang tu. say hai back to me okey. ingat senang-senang aku nak say hai hai bye bye kat orang-orang? susah tau. selalu aku pangil weyh, jom makan. hahaha.motif tetiba nak ajak makan? sebab tengah lapar ni. yona belanja makan bihun sup segera pon still lapar lagi sampai termakan oat krunch yang yuni tinggal kat bilik aku ni. kira halal la eh yuni? ke memang ko bagi kat aku oat krunch ni? tak pa,tak payah jawap,nanti aku pi bilik ko betul kan kerja finance yang pandai-pandai kita wat semua jadi andaian tu. hahaha

kelmarin tengok ada 193 hari ni dah jadi 192? macam ada yang tak suka ja baca blog ko izan? tak pa,aku pon dah jarang nak blogwalking macam dulu-dulu. nanti cuti sem i giat dan aktif seperti dulu okey. memandangkan kerja yang tertunggak seperti telur dihujung tanduk kerana bila esok nak present malam ni baru terkedek-kedek ayam nak buat slide. tutorial mana yang nak kutip pagi tu baru gedik-gedik buat suara manja mintak pinjam tutor dari sesiapa yang dah siap. HAHAHA. so kepada sesiapa yang meminjam kan aku tutorial diorang akan berkesempatan mendengar suara manja dan menggoda aku. nak juga? sila buat tutorial dan kerja dihujung tanduk aku itu. mana? itu yang atas meja tu. yang dah macam cantik sikit cari tongkang pecah. sebab meja aku tak pecah cuma sumbing sikit ja.

ni apa hal kau duk sibuk update blog pula kalau tadi dah kata banyak kerja? aku hanya mengikut kata-kata emak yang mana "kerja memang tak pernah habis,kalau nak tunggu kerja habis baru nak buat benda lain sampai ke sudah la tak buat apa-apa. pandang kerja tu macam tak da kerja. bila dah datang balik mood nak buat kerja buat sungguh-sungguh setakat yang mampu"DAN sekarang aku hanya memandang meja dengan pandang yang kosong tanpa memikirkan apa-apa kerja. yes! aku berjaya. HAHAHAHA

MATK (malam anugerah tahunan kolej) a.k.a diner kolej dah selamat berlansung. hoyeah! no more balik 2,3 pagi lagi!





2 comments :

leave me some words ;)