perkara pertama. (1.0)
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ (MATK) e.k.s (erti kata senang) adalah annual diner akan berjalan 18 mac ni. hari khamis. seperti aku sahaja yang maklum hari khamis adalah hari berbungkus dan berlumut di fakulti. full ok kelas aku hari khamis. sampai malam aku ada kelas. 8 pagi-11 malam kelas aku. so,nak ponteng ke? tak nak pi kelas? aku bagi dua pilihan ja ok. jangan nak suruh aku buat pilihan lain. hahaha. dengan tema yang aku telah lupa. nanti aku refer semula pada hayyan or yuni,aku pakai baju kurung je la. boleh kan. then tutup muka dengan towel yang tempah kat adli. ahah! sungguh unik.
cerita pasal towel yang aku tempah kat adli. teringat nak buat sedikit review. review? hahaha.layan...bila bekerja dalam satu organisasi yang ramai kawan-kawan yang kita kenal dengan rapat. susah if jadi apa-apa pertegangan urat dalam e.k.s makan dalam.
so,disini aku listkan pengajaran dari pengalam.(1.1)
1.jangan pandai-pandai janji nak ambil apa-apa tempahan kalau kau tak da kereta.
2.jangan pandai-pandai nak tanya macam-macam time orang tengah marah.
3.jangan pandai-pandai buat benda yang orang tak suka.
done bab pertama dalam minggu sengsara. eh,bukan-bukan. minggu dugaan penuh pancaroba.
perkara kedua (2.0)
oleh kerana sem ni sem pendek dalam e.k.s adalah sem tak panjang seperti sem-sem lain. sebab sem ni bakal sadakallah hul azim 27 april ni. bermaksud hanya sebulan dari sekarang. pejam celik pejam celik dan pejam terus dah nak habis sem 4 aku. maknanya sudah 2 tahun di sini. maksud di sini adalah di HATI mu. hahaha..bukan-bukan. sila abaikan mood gedik bunga cinta aku. ahah,baru selesai 2 paper azab dunia hari jumaat dan sabtu hari ni. wallah! memang tahap kecintaan mendalam la study. satu malam boleh habis kan setengah buku untuk bawa ke medan tembak dunia exam UKM.
pengajaran dari pengalaman (2.1)
1.study awal. jangan study last minute. ini rasanya dari sem 1 aku dah kata macam ni. last-last jadi macam ni juga. apa ni banyak word ni.
2.jangan pegang jawatan sem depan. sem depan duduk di bilik diam-diam. melekat ja kat meja. study! bukan main internet.
perkara ketiga.
sudah lupa bila teringat esok satu UKM tak da elektrik. maka? jom dating! hahahaha
salam..
ReplyDeletemacam2 ada yeh!.. a'a betul tu.. tu semua ujian.. ecececehhh.. pepandai sendiri pun selalu mengalah dengan dugaan.. hu3x..
hahahaha..dah macam perlembagaan pula ada perkara 1 sampai 3
ReplyDeleteoit deting je ek??
ReplyDelete