Followers

Friday, December 18, 2009

akan ku kejarmu walau kau lari tak berkaki

sebelum terlambat. kalau dah lambat pon aku nak tulis gak. SELAMAT TAHUN BARU. salam maal hijrah. semoga penuh dengan azam-azam yang menggunung seperti tahun-tahun sudah dan senantiasa tak tercapai dek akal mu hendak nya. hahaha...apa ini perempuan,sering mematikan hasrat-hasrat orang lain nak mengejar impian dan memenuhi azam yang menggunung angan nya. kalau azam tahun lepas belum terlaksana. so letak kan kat atas sekali dalam list azam korang "mahu selesaikan azam-azam izan" sebab azam aku tahun lepas ada banyak lagi yang tak terlaksana. hahaha. gila keji ini perempuan. pasang je angan-angan. usaha? yeillekkk...

semalam sambut birthday nadia kat rumah mak mertua kakak aku. nadia is anak buah kakak aku. anak kak ann.oleh kerana aku ade kat sini,so aku tumpang se-badan menyambut birthday nadia. cerita lebih lanjut mungkin angah aku or kak ann akan ceritakan dalam blog mereka. tu pon kalau diorang rajin nak update la. sebab zaman berblog bagi angah aku cam dah masuk alam chipsmore dah. kejap ada kejap takde.biasa la,pembawakan budak.

hopefully nanti aku tak macam tu. makin nak kahwin,makin nak jadi bonda,makin nak tua umpama rumah kata syioh! kubur kata welcome. makin galak aku hupdate blog hendaknya. if aku tak mampu nak menaip aku upah cucu-cucu ku menaipkan untuk nenek glamours diorang ni. sungguh indah kan saat tu. hidup di kelilingi oleh cucu dan suami-suami tersayang. did i wrote suami-suami? oh i meant is cucu-cucu dan suami tersayang. lol.

sempena tahun baru nak kene listkan balik azam tahun baru and di pratontonkan kepada khalayak ramai. sebab kalau simpan sendiri nanti aku main aci ngelat. and last-last azam hanya menjadi abu berderai dan berterbangan di tiup hembusan nafasku di waktu malam. wah! aku sudah berpuitis dan berpujangga rangga. rangga? teringat cerita indonesia plak.

sebelum itu,tatap wajah aku buat kesekian kali nya. sebelum aku menpratontonkan azam yang dengan harapan bakal menjadi suamiku. eh silap lagi menjadi kenyataan. muahahaha


1. Penuhkan solat. especially solat subuh. kalau tidur aku mmg susah nak bangun. so sebagai solution,nak kene tampal seksa kubur orang meninggalkan solat kat tepi katil.
2. Study awal! bukan time study week je! ni nak kene minta bantuan dari athiah halmy. sebagai pendorong semangat.
3. Kurangkan tidur siang hari.dan tidur malam sebelum pukul 1 malam.
4. Berjimat cermat. so kene bank in separuh duit scholar masuk bank mak aku.
5. Balik rumah SELALU. sebab mak aku asyik perli je bila aku cakap cam ni. "eh mak,ini bile diorg pasang?" "eh,ayah..pak cik tu buat rumah baru eh?" "eh,bila mak tukar sofa baru?" lepas ni no more eh-eh. yang ada. "mak,kite beli ni,ni and ni" hahahaha
6. Nak ada boyfriend ley? muahahaha...patut letak kat atas sekali ni. oh kepada jejaka-jejaka yang masih single anda diperhatikan. lol
7. Membuang beberapa perkara yang mazmumah.

adeh! tak ley nak fikir dah. nanti bila tetibe encik azam datang balik aku tulis eh. sorry kepada sesiapa bernama azam. aku meminjam nama mu di ruanng hati ku sebentar. eh di ruang blog ku sebentar. kenapa aku asyik tersasul-sasul je ni. kot-kot izan ni....

pap! suke noe gosipkan ai. hahahaha



13 comments :

  1. hp jgn silent, nanti subuh2 acan kejutkan. muahaha...

    ReplyDelete
  2. haha~sengal la izan. ^_^

    *acan,ko kne kejot ak skali!

    ReplyDelete
  3. amboi, nak bf..kena wat sticky mood ni..haha

    ReplyDelete
  4. kite same2 la jd pendorong semangat tuk no 2 tu yek..
    makin lame makin sengal kata2 puitis mu ini norizan..terpaku ku membaca entry2 mu..tp entry ini saje yg ku mampu mengomen..
    jumpe esok~
    ;)

    ReplyDelete
  5. norizan, yg separuh lg duit scholar tu ko boleh masuk bank aku. no hal la weh!

    ReplyDelete
  6. acan-->erk,itu agak susah untuk dilakukan,kerana masa tidur itu amat bernilai bagi ku ;) muahahaha

    ReplyDelete
  7. cik hafiza-->aku mmg ngah sengal2 badan ni...hahahaha...

    p/s: acan,ade org mintak tolong tu. apa lagi? ;P

    ReplyDelete
  8. liyana-->dah ada nanti baru boleh wat sticky mood ;P gagagaga

    ReplyDelete
  9. atee--> ok bebeh,bersama-sama lah kite ya. apsal ko terpaku membaca entry2 aku? best sgt ke?
    hahahaha...

    jumpe esok bebeh. miss u giloks ni.

    ReplyDelete
  10. amalina-->erk,anda jamin duit akku selamat di sana? tanpa berkurang walau se sen??? ;P
    hahaha...
    aku tak yakin!

    ReplyDelete
  11. haih, nak tido sampai bila? nanti tido tak bangun2, amalam tak cukup, camne nak jawab ek? (rasa cam ustaz plak).

    ade orang mintak kejut? izan je bleh la. haha...

    ReplyDelete
  12. terima kasih acan ;)

    erk,skandal berleluasaaaa...
    hahahaha

    ReplyDelete
  13. terima kasih acan ;)

    erk,skandal berleluasaaaa...
    hahahaha

    ReplyDelete

leave me some words ;)