Followers

Tuesday, December 29, 2009

entry terbaik pernah aku hasilkan

sesi persedihan melabuhakan tirai. aku dah malas nak pikir kenapa duit tak masuk-masuk lagi. mesti ada udang di sebalik batu. mungkin saja pihak JPA ingin menambah amaun. oh,ini satu nikmat yang patut di tunggu-tunggu kan. kan orang selalu kata,benda yang baik memang susah nak dapat. so,kalau korang senang-senang ja tukar boyfriend or gurlfriend tu makna nya apa? erk! maafkan daku yang kurang berpengalaman ini. sambil mengibas-ngibas rambut ikal mayang sari dan intan sari. tengok cerita nenek kebaya? kan watak dalam tu ada apa lagi jenis sari aku tak tahu. ini semua salah drama melayu sekarang suka buat cerita dongeng. aku ni dah la jenis yang mudah terpengaruh. sebagai contoh,teha baru beli handfon baru. sony ericcson model K berapa aku tak pasti. esok aku tanya teha balik. atie,aku dah tengok handfon idaman angan tak sudah ko tu. memang berbaloi-baloi. tapi sudah nasib badan. rezeki teha lebih awal. kita nantikan athiah ber-handfon baru plak nanti. aku tahu,contoh ini adalah tidak berkaitan.

baru sebentar tadi hayyan memulangkan kunci haiwan peliharaan aku. sambil tu berborak dua tiga dok perkataan mengenai subjek majoring hayyan. dia baru balik dari kelas pelaburan. memang banyak term pelaburan yang aku baru ja tahu dan begitu juga dengan hayyan. masih jahil tahap zaman jahiliah rupanya kitorang ni. rasa macam nak kena baca analisis pelaburan hari-hari. nak baca? bukan! kene baca! membaca titi gantung ilmu ya adik-adik. eh,lupa. ada juga kakak-kakak dan abang-abang membaca.

secara rasminya disini aku umumkan jadual kelas aku sem ni. 23 credit hours bersamaan dengan 8 subjek. tapi semua subjek still tahap wajip fakulti dan wajid pusat. just 1 subjek ja aku mampu ambil sebagai subjek wajip pengkhususan. subjek U3,aku pon tak tahu U3 stand for what. nanti malam aku tanya sama hayyan or yuni apa maksud U3 tu. aku amek isu-isu kekeluargaan. tapi belum daftar lagi. rabu ni baru mahu daftar bersama laila and teha. ok,aku tahu nama kawan-kawan aku makin ramai yang wujud dalam blog ni. hidup di perantauan memang perlu ramai kawan. and secara automatik nya akan wujud musuh yang cemburu kerana bilangan kawan-kawan aku yang makin men-tambah dengan sendiri nya. ececeeee...sendiri? usaha la sikit,baru dapat kawan. tu kadang-kadang aku pelik kenapa ada kawan aku tak da kawan lain selain aku. erk?

isu-isu kekeluargaan. dari apa yang laila terangkan secara serba serbi ringkas. hanya belajar tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh institusi kekeluargaan. masalah akhlak remaja. masalah keruntuhan institusi kekeluargaan. am i sound like ustazah right now? its ok. people change bak kata athiah. kenapa bila sebut institusi kekeluargaan ni mesti masalah je yang ada? masalah anak itu lah,masalah kewangan keluarga itu lah,masalah suami itu lah,masalah bini ke-dua itu lah. semua masalah tu just wujud kalau kita yang cipta. so nak elak kan? jangan kahwin! gila kau ni izan. ok-ok. aku perlu buat statement lipas berani mati di sini. aku nak kahwin. ayat-ayat di atas tidak ade kena mengena dengan diri penulis. wah,lagak seperti aku dah tulis sepuluh buah novel berkulit tebal keluaran norizan publication sahaja. hahaha...

secara detail nya,alasan kepada why i am tacking isu-isu kekeluargaan as U3's subject? saja suka-suka. hahaha. tak lawak la mak cik! aku nak tahu apa punca akar umbi masalah-masalah yang bakal aku hadapi bila dah bekeluarga nanti. atau mungkin korang dah jumpa masalah-masalah tu sekarang bagi sesiapa yang dah berumah lalu dalam rumah nya ada tangga. sebab aku belum beli rumah yang ada tangga,so kene ambil langkah-langkah awal bagi mencari penyelesaian kepada permasalah yang bakal aku hadapi. dengan harapan aku berjaya mengharungi alam berumah di tepi pantai dengan jaya nya!

nak baca lagi? aku dah malas nak men-taip sebenarnya. just a simple gonna buy list:
1. nescafe
2. sabun basuh baju
3. megi tomyam
4. tisu
5. plastik sampah
6. ubat kurangkan karutan iaitu coklat.
7. tshirt
8. lens
9. bakul si tembam
10. boyfriend.

ok...aku tahu,sejak akhir-akhir ni banyak list yang wujud dalam blog aku. saja nak tengok ke-kental-an aku. sama da berjaya atau tidak? kita tunggu apa lagi? bolos saja dinding itu!

p/s: seronok dapat tulis panjang-panjang tanpa motif.



17 comments :

  1. x hairan la tulis panjang²...ko kan mmg kaki karut..hehehe... :p

    ReplyDelete
  2. tudia n3 kali nie,
    dah mcm artikel kat surat khabar daa

    ReplyDelete
  3. jpa ini semestinya telah mnggugat keimanan ku..sabar je la...naseb baik jpa tu bkn rumite aq..kalo x..! dush3!!

    ReplyDelete
  4. yes..this is best en3..sampai aku pun tak beberapa nak faham...panjang sangat

    ReplyDelete
  5. wah, nescafe yang 1st..suppose tulis bf yang 1st, ok.. gurau!

    ReplyDelete
  6. sok leh gak usyar2 mmbr fpi aku.. hmm.. de 4 org... muslimin yg soleh ya.. hihihi..

    ReplyDelete
  7. izan carikan jugak aku calon di fpi tu..hihi..
    oh ye..sangat jeles pada teha..oh jpa sem depan tunggula kite beli hellphone baru same2 ye..hihi..

    nak beli jugak nescafe megi tisu tuala dll..cis kau jpa..huh..

    *dah x larat sumpah seranah jpa..

    ReplyDelete
  8. atie watie-->kak tie sejak dapat makan cup cake anniversary ni makin leser eh...hahaha...zap! kene panah petir sebab kasar dengan org tua. hahaha...ampun kak tie,gurau je ;P

    ReplyDelete
  9. syaf-->belum lagi ni. ni baru jurnal! ;P hahahaha

    ReplyDelete
  10. lemato-->jgn leman,kuatkan iman. ALLAH suka hamba-hamba NYA yg bersabar cam aku ni sebagai contoh terdekat. ;)
    hahahaha

    ReplyDelete
  11. mylife-->aku pon tak paham kat mana yang ko tak paham. bila aku baca balik aku pon jadi tak paham. hahaha

    ReplyDelete
  12. liyana-->oh no no nehi. ketagihan nescafe melampaui segalanya. lol

    ReplyDelete
  13. laila-->yang solehah? tak de? erk! lesbo kau izan! hahaha

    ReplyDelete
  14. atie--> eh u,ape ni. word u kasar2 la. i dont loikeeeeeee...hahaha

    ReplyDelete
  15. erk,tadak kot jual kat mana2 kedai. tokei kedai boleh la kot ;P
    hahaha

    ReplyDelete
  16. erk,tadak kot jual kat mana2 kedai. tokei kedai boleh la kot ;P
    hahaha

    ReplyDelete

leave me some words ;)