Followers

Monday, March 22, 2010

ini semua salah acan dan adli

oleh kerana adli dan acan telah membongkar skandal mandal sandal mereka,aku pon teringin nak mendedahkan kegatalan diri sendiri di blog sendiri. HAHAHAHA. kenapa eh nak buat entry ni? sebab nak muhasabah diri betapa gatalnya aku dahulu dan bertambah merenyam nya sekarang.

okey,kita start dengan couple pertama.apa maksud kau couple pertama. akan ada yang seterusnya ka izan? baca je la. banyak tanya pula dia ni. nama tetap di rahsiakan. start bercinta masa aku form 2. dekat Asrama Semai Bakti Trolak. nak kata bercinta tu bercinta la kot. tapi aku dengan ini cinta pertama tak pernah ngedate bagai oooo..baik kan? bukan sebab baik,tapi sebab takut. sebab dekat asrama aku dulu sapa yang kena tangkap dating nanti kena sanding dekat bawah blok. then ramai-ramai tengok. ini bukan main-main atau ugutan. ini satu kenyataan, sebab dah ada dua couple yang paling hot masa tu kena dan kena sanding siap berkompang dan bersilat bagai pada hari majlis. siapa yang kena? biarlah rahsia. HAHAHA.hanya budak-budak Asrama Semai Bakti Trolak sahaja yang tahu. tak lama pon aku couple dengan cinta pertama ini. sebab akhir form 2 dia kena tendang keluar asrama. sebab kantoi merokok. masa tu aku rasa nak bakar je kilang rokok sebab memisah kan kami. ceyeah!

izan : kamu,nanti kita pi bakar kilang rokok tu eh?
dia : ngarut je la kamu ni.

cakap sambil nangis-nangis oh. jangan main-main. masa i form 2 dah pandai buat ayat-ayat comel nak mintak simpati. HAHAHA. so gatal la kau izan.

then bila dia kena tendang keluar asrama,aku pula menyolo sampai form 4.sebab kenapa aku menyolo bukan sebab dia merokok atau kena tendang asrama. aku ja yang menganggap diri ku solo. sebab bila masuk MRSM aku target nak cari boyfriend lain. gila gatal time ni. orang masuk mrsm nak belajar,aku nak menggatal. indahnya dunia bila aku masuk sana ada terkena panahan cinta kedua. nama turut di rahsiakan. pui! nak rahsia. padahal dah penuh dengan entry nama ex aku before ni. HAHAHA. start bercinta dalam bulan 9. sampai aku masuk matrik. lama jugak la. ada la dalam 2 tahun setengah. yang maha hebat nya aku baik gila masa couple dengan lelaki ni. aku tak mesej lelaki lain,aku tak pernah nak dating dengan lelaki lain,dan lansung tak da nafsu kat laki lain. ohmaigosh! aku rasa macam kena bomoh dengan bomoh thailand. sebab memang aku tak pandang mana-mana lelaki. lelaki-lelaki ja duk pandang aku. KAH KAH KAH.

jodoh tak panjang.

dia : saya lepaskan awak. (ayat macam dah kahwin. hahaha)
izan : kenapa??? saya ada buat salah?

talian putus bersama hubungan yang putus. seminggu aku nangis. sekali result aku sem tu kat matrik gempak gila. aku pon tak percaya. maksud gempak di sini adalah sangat bagus. ini kenyataan bukan dongengan. 

so,aku dapat buat kesimpulan disini. nak result bagus,clash! HAHAHA...

NO NO NO, mr.izan,i tak mintak ok. ini hanya ayat gurauan. sumpah ini hanya gurauan.bila dengan u i makin gigih nak study sebab u suka bagi i gambaran beza hidup dengan ilmu dan tanpa ilmu.

p/s i love : dengan kamu,bukan hanya dapat kekasih. u give me a best friend, a best lover ever and also a best punching bags to hit. love u dear ;)

3 comments :

  1. best couple of the year award goes to...






    acan capik... tq veri mac... haha...

    sweet la izan ngan mr nya. hope berkekalan hingga ke akhir hayat. no more skandal tau izan.

    ReplyDelete

leave me some words ;)