Followers

Wednesday, December 16, 2009

si tanggang durhaka


si tanggang betul ini sotong. dulu dah elok-elok kau jadi sotong,durhaka! makan orang. kan dah kene sumpah jadi batu. rasakan la. sapa suruh degil sangat. dah-dah makin lama kalau tak suruh stop nanti melalu masuk alam zaman batu plak kang.aku rasa penyakit meyimpang dari pokok pangkal aku ni makin menjadi-jadi nak kene pi jumpe doktor petang ni aku rasa. kalau tak kang berjangkit kat anak-anak buah aku kang.korang rase doc tu ada ubat ke tuk penyakit yang boleh membuatkan aku menggunakan ayat yang lebih mudah or dalam erti kata lain straight to the point. ok itu yang aku nak sampaikan.

korang pernah dengar felda sungai klah? ceit! boleh tanya kat mana tu? kat afrika la weyh...hahaha.memang tak memanfaatkan cuti sekolah yang di beri dengan menjayakan program kerajaan betul la korang ni. pi la cuti-cuti malaysia. semuanya menarik untuk dilawati. termasuklah blog aku. ada apa kat felda sungai klah ni? ada TRAP. taman rekreasi air panas.omputih kata apa tu? ala,hot spring. ha! baru nak paham. sebut melayu tak nak paham.nak bahasa omputih gak. nampak sangat kurang memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

nampaknya aku masih belum ketemu ubat merawat penyakit aku yg makin melarat ni. salah sapa? ha, lu pikir la sendiri.makin mengarut dan merepek semata-mata aku ni. eh,dah macam blog si topex saja aku promosikan sebentar tadi. encik topex,sila belanja aku makan roti planta selama seminggu.hahahaha,mampos topex wat derk je. tak de masa dia nak layan perempuan cerdik seperti kau izan.

kembali kepada lorong hj taib. eh silap,aku maksudkan lorong yg benar. dulu masa mula-mula TRAP ni dibuka,orang ramai panggil air sotong. tak de nye deme nak cakap "jom,mandi air panas?" oh no no nehi. deme akan cakap cam ni "jom mandi air sotong" cuba bayangkan kalau air sisa-sisa sotong yang kaler ala-ala hitam sikit sebab dakwat kat kepala dia dah pecah tu. sanggup ke korang nak mandi? ok,tak da kena mengena.

diorang panggil air sotong sebab dulu air pancut kat tempat kolam duk mandi tu bentuk kepala sotong kurita yang besar tu. tetapi oleh kerana berlaku beberapa insiden yang tidak di ingini maka ramai mengatakan tempat tersebut berhantu. lalu pihak pengurusan TRAP menukarkan bentuk sotong kepada bentuk batu belah batu bertangkup.adakah benar dakwaan orang ramai tersebut? akan sama-sama kita terjah! ok,aku tipu. aku ni bukan jenis yang berani sangat nak terjah-terjah orang ni. kan aku ni sangat penuh dengan sifat sopan santun dan berbudi pekerti yang tinggi sejak azali. aku nampak korang tengah cari baldi nak tahan muntah. ok,aku stop la.

nah,layan pic aku pi mandi kat air sotong yang dah bertukar menjadi air batu belah batu bertangkup.

nampak kan kat belakang tu ade cam batu selonggok tu. ha tu la sotong durhaka tu. abaikan aku yang kelihatan seperti ibu beranak 3 membawa anak-anak berkelah di hari minggu. aku sedang praktikal menjadi seorang mak su yang hebat ;)

5 comments :

leave me some words ;)