Followers
Saturday, November 28, 2009
malas nak berbelog boleh?
Tuesday, November 24, 2009
aku di pinang
Apa rasanya wanita yg dipinang? Berdebar-debar,gemuruh,teruja,malu2,tak sabar atau apa saja yg seangkatan dengan nya. Kalau aku yang kene pinang kompem malu2 gitu,blushing2…hik3. Aku ke yang gelak2 malu tu? penuh dengan kesopanan. Macam pernah kena pinang je kau izan. Porah!
Membawa rombongan meminang lg la berdebar-debar aku rasa. Bayangkan kalau tibe2 pinangan tu kene reject. Sapa yg malu? Pihak yg meminang la
Dah la,tadi tu mukadimah je. Cuti hari tu aku bawa rombongan meminang abg sepupu aku. Abg Shahril. Perempuan nya org Pahang. Tapi rumah kakak perempuan tersebut kat Teluk Intan. Jadi kat Teluk Intan je la pihak perempuan tunggu. Kalau tak salah aku Suhana kot nama bakal isteri abg Shahril tu. Mula2 aku ngan acik aku dengar Suzana. Dah! Sama dengan nama acik aku plak. Bila tanya kat mak aku balik mak aku kata, Suhana. Sila jgn perasan yer kakak ku Suzana. Oh Suzana,gadis ayu…bla bla bla.
Hantaran berapa? Aku tak dengar, sebab aku duk luar je.
Dari apa yg acik aku cerita,sebab die bukan lg golongan muda jelita seperti ku. So kene la pi dengar org2 tua berbincang. Lansung majlis nye tahun baru cina nanti kot.
Dah tamat! Nak dengar cerita panjang2 pasal majlis pertunangan lagi ke. Tunggu aku je la bertunang ye. Lagi2 gatal kau menjadi izan!
Monday, November 23, 2009
aku tak pandai masak
Aku sampai rumah selasa,esok nya rabu anak2 along aku pula sampai rumah. Total cucu2 mak ayah aku yg ade kat rumah, Nurul,Nada,Alya,Ana,Ecah,Isha. Kira sendiri la
Aku dulu masa darjah 6,tingkatan 3 and tingkatan 5 baru salam cikgu. Tu pon sebab dah tahu tahun depannya nak kena tukar sekolah. So kene la mintak maaf awal2 kalau2 ade terkutuk ke tertaksuke ke. Tapi aku suke semua cikgu2 aku,sebab diorg pon sememangnya suka dengan aku yg baik ni. Hahaha
Sampai2 rumah opah diorg ni semua lapar. Tak makan pape dari rumah. Mak aku masak kuah kari ngan ikan goreng je pon. Tu pon licin. Kalau bagi nasi putih kuah kicap pon aku rasa habis licin diorg sapu. Petang nya mak aku ajak diorg buat biskut nestum. Mak aku bancuh adun pastu tinggalkan kat anak2 buah aku terap buat bulat2. terap tu ape? Pi google. Tapi kalau aku,maksudnya disini adalah membentuk adunan besar tadi ke bentuk yg kecik2 bulat2. paham
Siap satu tray semua masuk mulut. Siap tray ke 2 masuk mulut lagi. Bila nak masuk balang aku pon tak tahu. Yang paling semangat buat Nurul la. Dah dia yg paling besar. Dah darjah 4. Dia mmg minat masak2 ni. Tak macam mak su dia. Minat makan je. Masak mmg kurang mahir. Perlu di ulang disini, kurang mahir bukan bermaksud tak tahu ya.
Last2 semua dah jemu duk mengadap buat biskut diorg basuh tangan tinggalkan je baki adunan tu. Acik aku ngan mak aku gak yg habiskan buat. Baru la boleh masuk lam balang. Kalau tak, masuk lam tong perut diorg je. Dapat la 2 balang. Satu balang dah habis masa malam tu duk hadap tgk tv. Satu balang lagi tinggal separuh je. Tu pon sebab dah jemu kot dok makan biskut nestum je.
Dah habis,oleh kerana aku taip entry ni dah lama. Guna word and baru di post. Sila abaikan ayat2 pasif dan aktif aku.
p/s: kerja aku kat rumah bukan takat jadi baby sitter tapi guru latihan vocal ;)
train
Oleh kerana aku balik naik train hari tu,dan ini merupakan kali yang pertamanya bagi anak2 buah aku. So memang diorg agak teruja la
Mmg sah apa yang aku bayangkan malam sebelum aku balik rumah,dari stesen bukit badak sampai subang jaya kakak aku a.k.a ibu diorg ada sama. Train plak penuh mmg diorg baek2 je la duduk lam train tu. Akak aku turun kat stesen subang jaya sebab hari tu dia ambil half day kerja.
Bila sampai rawang kene tukar train lagi ke tg.malim plak. Lam train tu mmg tak
Sampai je stesen kuang. Si ana Tanya aku apa org tu cakap. Actually informer tu bgtaw “stesen kuang” and oleh kerana aku dah malas nak marah2 diorg sebab suara diorg je dalam train tu. Jadi aku cakap yg “siapa bising sila keluar” terus anak2 buah aku duk senyap2 kat seat masing2. aku duk tahan gelak dalam hati. Takot2 kantoi aku temberang sunat kat diorg. Tetibe terus senyap je aku tgk. Dah tertidur. Dari stesen kuang sampai tg.malim. mmg aman la aku time tu. Terus aku pon lelap sama. Sampai tg.malim. nasib la stesen tg.malim stesen last. aku and anak2 buah aku takkan sesat sampai ke mana2. sampai je kat stesen tg.malim opah and tok wan nya da tunggu dengan unser dengan si isha, ecah dan acik aku a.k.a ibu si isha.
Then terus balik rumah. Dah sampai la. So nak tahu apa lg? dah2 pi tolong mak korg kat dapur tu. Buat2 ringan tulang sikit. Baru ley jadi anak yg baik cam aku ni ;)
p/s: duduk rumah dengan anak2 buah aku mmg mencabar vocal aku dengan acik aku.
Saturday, November 21, 2009
alasan demi alasan
Aloha…kabare? Ape kes aku jadi jawa tetibe ni. Muahaha…dah lama tak jenguk blog tetibe nak menaip jadi malu2 gitu. boleh? boleh plak aku nak malu2. ade org kisah? Ok, tak kisah. Sebulan ko tak menaip lam blog ni lg aman org izan oi. Tak de la duk dengar ko merepek yg bukan bukan
Berbalik kepada percutian selama 6 minggu aku di teratak indah hj salleh ni. kompem la belum habis
Raya haji tahun ni beraya di penang. Sebab 2nd day raya sepupu aku a.k.a kak Julia akan berkahwin. Dia sebaya ngan abg aku. Abg aku dah nak masuk 3 anak dia. Kak Julia baru nak membina masjid gitu. Nak wat cam ne. baru sampai seru. Sebenanrnya abg aku yg kahwin awal. Lam family aku semua nye kahwin awal. Aku je yg lambat kot rasanya. Ntah2 tahun depan..ahah! jemput la ye..pap! gatal benor ko ni izannnnnnn…
Oleh kerana beraya di kampung maka abg2 dan kakak2 aku semua akan balik kampung jugak la. Sebab kalau diorg nak beraya ngan hj salleh dengan wanita kesayangan hj salleh kene la ikut kitorg balik kampung. Aku kompem2 la ikut mak ayah aku
Actually aku bukan tak nak online 24 jam sehari 7 hari seminggu dan tiap2 masa,Cuma aku tak ley nak gune streamyx kat rumah ni ha.laptop aku kan baru hantar format kan. And banyak benda lam laptop aku hilang. Hantar je format tapi still laptop aku tak ley nak baca CD so tak ley nak install streamyx and aku dah copy CD tu masuk lam external kakak aku nak install tapi still tak ley nak run.
Aktiviti di rumah semua indah. Bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali dan kalau semuanya di rumah jgn duk nak Tanya aku lagi best ke tak duduk rumah. Aku akan jawap “ BERBALOI BALOI,DEKO DEKO DEKO!” ahah! Untuk pengetahuan semua,aku selamat je sampai ke rumah ngan anak2 buah aku. Tapi ade banyak cerita di sebalik kesampaian aku dirumah. Malas nak nak cerita sebab tangan aku ni tak ley taip banyak2 ni nanti die melecet. Porah! Gedik kau izan!
p/s: sapa2 yg baru follow aku and aku tak follow korg balik sila sound aku kat chatbox tu. Sebab spek aku hilang kat rumah kakak aku. Tak berapa nak perasan sapa yg baru follow aku. And trimas atas kesudian anda membaca. I will follow u back! ;)
Monday, November 16, 2009
last entry from klang
memandangkan aku akan pulang ke rumah esok.maybe tak kan ade entry yer sepanjang hari untuk esok.sebab seperti biasa bila aku mula2 pulang ke rumah keterEXCITED itu adalah lebih. maka nya usah rindu aku tuk beberapa tika. maybe sehari,2 hari or 3 hari. jgn la percaya sgt,sebab kadang2 aku cepat rasa rindu sama blog. perlu di beritahu lebih awal disini ya. RINDU SAMA BLOG. bukan sama korg. ceit! *malu nak ngaku sebenarnya aku cepat rindu sama korg* sesi repekan di malam ini agak panjang.
baju sudah di kemas. baju budak2? ibu diorg kemas. sebab kalau aku kemas mmg banyak yg cicir dari bawa. sebab aku bukan ibu diorg and tak tahu ape yg diorg pakai and guna hari2. ok,alasan di terima di situ. oleh kerana mak su yg cantik ini mahu membawa anak2 buah nya pulang ke kampung esok menaiki train dari stesen bukit badak terus ke tg.malim. and perjalanan tersebut yg sememangnya panjang akan bertambah panjang dengan adanya 2 org budak ini. maka aku akan lebih berhati2 esok. sebab membawa anak org. bukan anak sendiri. kalau anak sendiri dah lama aku sound bapak dia "bapak nye hantar anak2 awak ni balik kampung opahnya" nanti hubby aku akan jawap "bonda nye,awak jgn la ikut,nanti saya rindu" ahakz! bonda u ai nak suruh anak2 ai panggil nanti. sangat comel dan klasik kan?
hopefully anak2 buah aku esok tak la tercicir di mana2 stesen. jgn la nak mintak2 kencing plak tengah2 train berjalan. eh bergerak dengan roda nya itu dan tidak pula terkencing di dalam train. diorg dah besar la izan. ape nak risau. risau la! sebab selama ni aku balik sendiri a.k.a berseorangan. ni nak kene alert dengan tiap apa yg berlaku di sekeliling. takut2 ade org berminat dengan anak2 buah aku yg comel macam mak su dia ni macam mana? tak ke aku kene berpura2 lebih comel di situ agar mereka semua lihat aku je? huahahaha
aku dah pesan awal2,"beg galas sendiri yer,mak su nak bawa laptop lg. beg lagi" anak2 buah aku angguk dan buat muka tak sabar2 nak naek train. ni festime ok bagi mereka. kire ok la ni. aku dulu darjah 5 baru berpeluang naek train. budak2 ni kire untung ada mak su cam aku. dah la comel.baek hati,lemah lembut,dan berbudi bahasa. tambah lg dengan sporting. mana nak cari mak su cam aku? mana? habaq mai sikit...ok2,aku nampak korg tunjuk mak su korg gak.
esok before balik akak aku ajak pi tgk ana konvo dulu. then baru balik rumah. maka nya nak kene pakai yg sopan2. agar cikgu2 tadika tu melihat aku sejuk hati mereka. eh,mmg selama ni aku sopan kan? so ayat di sini adalah berpakaian seperti biasa ;) mana tahu kot2 yg datang tu ada antara nya calon mak mertua aku. ah! bonus disini! ;)
p/s: doakan aku selamat membawa anak2 buah ku dengan selamat pulang ke kampung halaman.
what the big F!
jap2,nak kasik hantuk kepala laju2 sambil nak marah2. ade ke aku punya keywords dalam nuffnang keluar ini??? eh,hellooooooooo what the big F! marah ni marah...nampak tak muke aku dah tukar jadi hijau ni. marah ni. sungguh noti itu org yg search bende tak elok then boleh plak kuar aku nye blog! blog aku sesuci dan semurni tuan nya ini ya kalian semua.
korg kan,kalau aku salah type sikit nampak je kan. actually mmg saje je kasik salah2 sikit tu. nak duga korg ni alert ke tak dengan ape yg aku tulis. cam ISO plak korg ni kan. nak kene ikut standard yg telah di tetapkan ke? hahaha...anyway,thanks to luvida and arque yg dapat mengenalpasti kesalahan ejaan aku pada entry lepas. ;) *lam hati malu2 ni* hati je malu,muka cam biasa kene selalu cool. mat kool mat kool kawan ku. mari kite ikut mat kool.
aku still kat umah kakak aku. esok baru balik rumah. so,ana ikut sama. mula2 nak bawa alya je. oleh kerana ana dah konvo esok so dia pon ikut sama balik umah opah deme. memandangkan aku kene bawa 2 org budak esok. kene tambah lg satu label belakang baju ana plak. " maksu saya ni seorg yg pandai menguruskan hal rumah tangga". ahah! kelas gitu..
1 x hua
2 x hua
3 x hua
hua hua hua...
dah abes repekan aku ptg ni. nak pi tgk ade ape plak kat lam peti ais. dah lapo balik. ;) dah2. duk tunggu apa lg depan laptop tu. pi la amek sport shoes yg dah berabuk tu. bawa2 la pi beriadah.
budak baru nak up
dah2 izan. ko suke melalut merata. nak cerita benda laen tapi duk pi cerita benda laen. kita sambung cerita yer kakak2 and abg2. sampai mana kita semalam? sampai bulan 9 kan? ok! masa dalam bulan 9 time form 4. biasa la kan. bak kata atie "budak baru nak up" so,jiwa2 nak menggatal tu makin timbul la sikit. time ni aku ade boifren eh. eh hellooo...jgn ingat aku tak laku dulu kat sekolah. sekarang je tak laku sikit. adeh! actually ni 2nd time la aku couple. 1st time masa form 2. ops! gatal nye ko izan. awal2 lg dah duk menghela merata.biasa la,kita ulang balik kata2 atie "budak baru nak up". hahaha
so,bila dah couple mmg ai takkan pandang mana2 lelaki eh. kata pon izan kan. penuh dengan kesetian tak berbelah bahagi. kejujuran yg tiada tolok bandingnya dan kesayangan yg amat dalam. bab kechintaan tu belum ada gamak nya. sebab ape? "budak baru nak upppp" dalam duk kata "budak baru nak up" tu pon sampai aku matrik je la kot bertahan. tapi lama la gak tu kan. 2 tahun lebih.syabas izan! its ok. semua tu akan di ingati as a moment to remember. atleast bila kawan2 duk cerita pasal boifren diorg aku pon ley sampuk tapi ex boifren la kan. hehehe...
lari topik lagi. kita masuk ke topik sebenar. masa kat serting ayah aku datang sekali je. selama 2 tahun aku kat sana? yer,sekali je mak ayah aku dtg. time bila? time aku mendaftar dulu,masa form 4. huhuhu...sedih gila. masa form 5 nak angkut2 barang pon aku just tumpang barang kat family qilah and family ayin yg dtg. aku balik sendiri masa tu...bayangkan,dengan beg semua then baru form 5 aku naek bus balik sendiri. its ok,dari form 1 aku dah pandai naek bus pi mana2. kata pon duk asrama. kena la pandai serba serbi. tapi bab masak mmg sampai sekarang aku tak berapa nak pandai.sebab masa kat asrama makanan semua dah siap. just ceduk duduk makan. senang. so,sila take note eh,kalau nak suruh aku masak nanti sila sediakan resepi yg tepat sukatan nya. kalau tak sedap diam. sedap puji kasik lambung2 sikit.hahaha
masa trial result aku sangat teruk. seperti yg aku bgtaw aku just dapat 2.78 je masa tu. ade 3 je kot A. subjek ape aku tak ingat. yg pasti akaun aku dapat A. aku rasa ni gara2 duk hangat hangat hangit bercinta time tu. then masa SPM aku pulun kasik habis. dapat la up sikit. tapi tak de la all A kan. ko gila,kalau semua A mmg hj salleh wat kenduri 3 hari 3 malam tuk aku. hahaha.tapi puas hati la nak compare dengan usaha aku banyak mana sangat time tu...
atleast aku dapat masuk matrik dengan result aku tu ;) kat matrik aku mula kenal amalina and mizah...
itu pasal sekarang bila aku kat UKM aku asyik mintak mak ayah aku hantarkan aku tiap kali masuk sem baru. dengan alasan dah dekat tak kan tak boleh nak hantar lg kan? muahaha...pembalasan dendam di situ kita boleh nampak yer kakak2 dan abg2. sila ajar anak2 anda mencontohi tauladan ini. sebab ianya indah ;)
nak sambung dah malas. ptg kang kiye cerita benda laen plak eh...
Sunday, November 15, 2009
KFC
aku dapat tawaran pi mrsm serting dalam bulan 2 cam tu. masa mula2 ayah aku hantar aku pi serting,lam hati aku "cam felda aku je serting ni" sekali mmg kawasan felda pon. siap pasang angan2 nak sekolah bandar. sekalI kembali ke felda juga. amek ko izan. dah dapat sekolah bandar nak gak pindah. rasakan la.tapi tak pe. sebab kawan2 aku ramai yg dapat sekolah kat sana. ade dayah,ayin,qilah,huda,ecah...and sapa lg? aku ingat yg tu je. sila sound aku if aku lupe yer.korg tahu ke sapa yg sekolah kat sana yg sama felda ngan aku?
mula2 cam biasa sekolah,pi prep,makan,riadah. tibe2 dalam tengah2 bulan 9 cam tu. ade sesuatu yg aneh terjadi...
ops! kakak aku dah balik dari pi beli KFC! esok la sambung.
p/s: malam ni kakak aku kata makan makanan barat je.
TERlupa
masa aku konvo dulu tak de plak mak ayah aku datang duk tgk. ala,kalau datang tgk pon tak membanggakan sgt pon. pointer aku time tu lam 2.78 je kot. tu pon no 200 dari 300++ student mrsm batch aku masa tu.sangat la memalukan. kalau mak ayah aku nak dtg pon aku akan yakin kan diorg supaya jgn datang dengan alasan bukit putus telah putus,serting kemarau seharian atau sebagainya. hahaha. nasib diorg mmg tak boleh dtg. sebab jauh la. and nak dtg semata2 nak tgk anak dia yg kurang berjaya ni nak grad tingkatan 5.tapi kalau time aku grad ijazah nanti diorg tak nak datang mmg aku sediakan limo la depan rumah suruh diorg dtg gak kan. tu wajib yer, tak de sunat atau harus. WAJIB!
dah lari ni dari apa topik aku nak sampaikan. tetibe jadi lupe topik sebenar. hahaha..malam nanti aku ingat aku taip balik.boleh? *sambil bulatkan mata sampai bersinar2*
Saturday, November 14, 2009
mula-mula lembut kemudian sedikit liat
ptg td akak aku buat donat,akuk makan 4 ketul plus dengan anak2 donat. anak donat tu ape? ala,kalau kite wat donat kan de lubang tengah2 tu,yg bulat tengah2 tu la aku panggil anak2 donat. tak tahu jugak,nampak benar aku sorg je pandai wat donat,wat donat mana susah. akuk pi dapur tgk2 da siap donut akak akku. kan senang... masa panas sedap. da sejuk rasa macam makan chewing gum sikit. tapi still sedap.ayat cam nak amek hati kakak aku je ni. sesungguhnya aku mmg pandai bab2 ambil hati ni. korg je yg tak berapa nak pandai amek hati. ah! dan2 nak ngadu domba...huhuhu
fon aku mmg ngah tade kredit ni sebab semalam adam terhantar msg kosong kat athiah. ade la dalam 5 msg gitu. sampai atie kata fon aku wat hal lagi ke? oh,sampai begitu keperihatinan beliau. ko dah kerja ke atie? kerja mana?
dah selesai. nape aku update bende merapu je 2,3 hari ni? yg korang baca gak nape...hahaha
terbabab manje dengan sengaja
aku rasa nak kene tampal kat belakang baju si alya "saya pulang ke rumah tok wan dan opah bersama mak su saya yg comel cantik dan sporting dan dia masih single" ahah! kalau gantung ayat cam ni belakang si alya kompem aku akan dapat 5 or 6 no telepon jejaka2 kacak itu hari...muahahaha
tadi aku baring2 kat sofa bawah duk baca novel,sekali anak2 buah aku maen panjat2 plak kat sofa tu. aku lari naek atas nak layan lam bilik plak. tapi dah nampak lappy akak aku ni duk on je.singgah jap. ops! sebelum tu nak kene wat permintaan maaf secara terbuka ni sebab aku dah 2 kali komen balik komen korg dengan menggunakan acc angah aku. sebab aku terlupa nak log out blog dia. mintak maaf ya. rasa nya komen aku nak hantar ke acan dan ali. korg jgn la ingat kakak aku nak mengayat korg plak. die dah ade laki. baru je sambut 9th anniversary 11 nov lepas yer. perlu ke izan ko bgtaw semua ni secara detail?
masa aku nak turun balik amek puting botol susu yg acik aku tempah kat angah aku untuk anak dia si isha. si ana ley plak maen2. mula2 adam yg nak antarkan kat aku puting tu. tapi ana saje je nak ngengade nak anta kat aku. marah la si adam. sekali aku pi kat area buntut si ana. pap! terbabab sikit. bukann sebab marah. tapi geram. lagi aku duk kata kasi kat adam puting tu. lagi dia nak kasik kat aku terus. dapat la babab2 manja dari aku ni ha. kalau korg nak gak,sila beratur. aku suruh apek jual ikan tu babab kan korg wakil dari aku. sedap gak kan...
eh jap,oleh kerana aku gune lappy akak aku je duk online ni mmg tak de la pic2 aku ala2 model jalanan tu yer. sebab lam lappy akak aku ni tade pic aku. ade tu ade la. tapi pic2 aku time jahiliah dulu. sexy..so cannot! hanya untuk tatapan keluarga.
jap2,sabar..novel aku dah panggil2 tu. tipu oh. novel ley panggil. muah! nak lagi? esok la plak eh...
Friday, November 13, 2009
kereta ke anak lebih penting?
ada kwn aku seorg ni suke kata aku jalan bersepah. ntah mana yg bersepah aku tak tahu. aku rasa dah cukup teratur aku jalan. siap boleh pintal2 kaki lg berjalan ala2 model pentas peragaan. ah! sudah..angan nak tinggi tapi...sambung sendiri.
ayah aku telepon aku td. ingat nak tye aku nak balik bile. sekali tanya khabar van dia. ceit! abg ipar aku beli van lama ayah aku nak buat kerja. sekarang abg ipar aku dah tak kerja dengan org,die kerja sendiri. so kene ade van sendiri. nak bawa barang2 semua.pagi tadi die g kerja naik van la. sekali rosak kat high way. so sepupu abg ipar aku dtg amek kunci citra kat rumah. nasib la aku ade kat rumah.
ok,berbalik kepada ayah aku tadi. dia talefon tanye kereta dia cam mana. even dia dah jual kat abg ipar aku tapi still dia ingat van tu van dia. ye la 20 tahun ++ kot die jaga van tu. beli unser baru pon sebab kitorg paksa2 dia. mak aku goda2 manja sikit baru jalan. kalau tak.dah la sembang tanya pasal kereta sikit punya lama. tanya aku sikit ja. tu pon aku yg tanya. "ayah tanak amek adik ke?" ayah aku jawap? "road tax kereta mati." waAaaAAAAAAaaAaaaaa..
ayat tipu oh...tak pe,oleh kerana ayah tanak sembang ngan adik lama2 tadi. lg lambat adik balik rumah. nak duk umah angah lama2.sekarang aku melancarkan mogok secara lama lamaan.
oit! kul 9 dah. nur kasihhhhhhhhhhhh...
akulah mak su paling sporting.
itu adalah bunyi org penat masak nasi goreng ye kawan2. jgn buat bunyi tu ala2 nakal gitu. izan tak suke tu. izan? ape kes tetibe membahasakan diriku izan? ok back to the topic? da start ke topic nye? masak nasi goreng pagi td ade la dalam setengah kuali. besar mana kuali tu. aku tak ukur ye. pakai main agak je.
aku ngan ana dah makan dah tinggal la sikit lg dalam kuali tu. sekali dalm kul 11 cam tu alya dengan nor plak datang rumah kakak aku ni. baru balik sekolah. adeh! kenapa korg tak balik rumah kak tie. mak su ko ni nak senang lenang di rumah ibu korg...pastu adam plak balik ngan abg ipar aku. abg ipar aku tak kerja hari ni. ade masalah pe ntah.adam ikut sekali abg ipar aku balik.
maknanya di sini semua anak buah aku ada di rumah plus ngan nor. anak kak tie. apa aku sumbat mulut diorg kasik makan lunch? goreng sekali lg nasi goreng. hahaha...sebab tu je yg aku tahu nak geledah cari bahan kat rumah kakak aku ni. kalau kat rumah mak aku kompem2 la aku masak tomyam ayam sama ikan bakar,masak lemak cili api,dan apa saja la yg aku rasa aku nak masak. eh2,jap..aku pandai ke nak masak semua tu? opkos la tak reti. nak masak sikit je jerit "mak banyak mana nak letak ni" ," banyak ni cukup ke mak" almaklum lah. aku ni dari kecik duk asrama,so jarang nak masuk dapur. bila cuti pon malas nak masuk dapur dengan alasan nak rasa masakan mak kan. ahah! jgn nak kata aku je, korg pon sama kan. sila mengaku sebagai satu tanda mengambil hati dan perasaan ku. kalau tidak aku babab korg sungguh2. suke? oh! tak jadi nak babab.
dan oleh kerana kakak ku tidak membenarkan anak2 beliau minum air ais. makanya aku wat air ais tuk aku seorg sahaja dan aku sembunyikan dari anak2 buah aku. tapi si ana lebih bijak dengan membuat ais sendiri. katanya adam yg nak. tapi die yg hentam bg abes. tu adam da stat seleseme balik. arghhhhhh! bijak sungguh anak2 buah ku. nak marah kang kata mak su tak sporting la hape la kan. ai kan memegang status mak su paling sporting dalam family hj salleh. kene la berlagak cool depan anak2 buah ai. kalau tak nanti diorg susah mahu minta tolong itu dan ini.
korg nak baca lg ke? aku dah abes taip ni. nak pi layan anak2 buah aku jap. kang kata mak su tak sporting plak tanak kawan dengan diorg.
mak su terbaik..ahakz!
kita kasik gegar rumah ibu nanti ya ana. mana itu budak? dia ada kat bawah duk tgk kartun. aku kat atas baru siap mandi ni. bawah tudung saji ade roti canai myb abg ipar aku beli pg td. eh2,masih pagi kan...
tapi aku teringin nak makan nasi goreng. aku cakap;
maksu: ana,hari ni kte lunch nasi goreng je eh?
ana: ok!
oh,senang ini budak,apa kau masak dia makan. muahahahahaha
dah2,aku nak pi tolong kakak aku sidai baju dia yg lam mesin basuh tu. korg yg takde kerja sila cari kerja. jgn nak mlepak je depan laptop! babab kang!
Thursday, November 12, 2009
the last entry
this is the last entry for my third sem in UKM.
hoyeiiiiiii...tinggal lg 3 sem je dah nak habis,belajar lg setahun. then praktikal 6 bulan. eleh,ko habis awal2 bukan ley wat pe pon. nak kawen calon tadak. nak kerja insyaALLAH ada. tapi rasa cam nak sambung belajar je lg. bak kata pepatah hati ku. belajar biar tinggi even nanti nak duk ceruk dapur je pon. oh,no no nehiiiiiii...nak kerja jugak. tapi kalau my future hubby mampu bagi i 5k sebulan i sanggup duk rumah je,jaga makan pakai si dia,layan si dia. umpama isteri mithali gitu...gatal sungguh anak hj salleh ni.
kakak aku call dalam kul 8 td. makna nya ada lg 30 minit untuk abg ipar aku sampai ukm amek aku. so sempat nak hupdate. ini patut nya aku letak kat atas td...dah tunggang langgang ayat lam bolg aku sebab tekejar2 nak kemas angkat barang.
kalau td 7 kali aku naek turun tangga. sekarang tambah lg 3 kali. so total berapa kakak2 and abg2? 10 kali! darab 2? 20 kali! kenapa ko cam marah2 je ni izan? eh tak2...aku tak marah cuma ayat penegasan di situ.
dah2,g mandi kepada korg2 tak mandi lg tu. kalau yg dah mandi and rasa nak baca lagi sekali entry aku. ulang dr atas. sekian...;) muah! oh,bertuah nye korg dapat muah dr aku. bukan selalu aku bg kat sesape. sila berterima kasih ya...
ok2,kasih anda semua saya terima.
pilihan tajuk ikut suke hati korg
cuaca: hujan,guruh dan kilat sabung menyabung.bukan sabung ayam di kampung
masa: dah lepas asar nak ke maghrib
keadaan diri: amat pening kepala sebab bantai tidoq seharian selepas penat mengemas barang
keadaan bilik: clean and clear selepas acara turun naik tangga.
baju bajuan: masih ada yg belum berlipat kerana baru angkat dr ampaian
bila nak masuk maghrib ni. bukan sebab aku nak buka puase eh. kan dah kata masih lam tempoh percutian di bali. maka ley senang lenang makan anggur sambil baring atas katil. mana dayang2 yg selalu melayan aku di blog? eh,korg dah balik rumah dah tak ingat kat aku ke? tahu la aku je yg belum balik. ah! malam ni tidur di rumah ku syurga ku. eh2,rumah kakak ku syurga tumpangan ku. ha,ni baru betul.
malas nye nak lipat baju. aku rasa nanti kalau dah kahwin aku still malas nak lipat baju kene cari lelaki yg rajin lipat baju ni. tak pon kene goda2 and paksa2 dia lipat baju. susah la nak cari. tak pe izan! yg susah tu yg ko bakal sayang lebih. nak bukti?
tgk aku dah la,susah2 je mak ayah aku nak dapatkan anak secomel dah sekasih aku. see,betapa sayang diorg kat aku sekarang? hiperbola ayat aku.
hayyan semalam lg dah balik,athiah petang ni or myb sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. yuni and aku malam ni baru nak gerak balik. bape kali ko nak merepek cter pasal balik rumah ni izan?
dah2,g pakai baju hitam seluar panjang. and pakai tudung. boleh kita pi mandi hujan! yehaaaaa!
p/s: hati tak tenang duk tgk org angkat barang...
korg pikir tajuk sendiri la.
aku rasa kalau aku ni lelaki aku sudah boleh masuk acara sukan bina badan. hari ni je dah 7 kali aku naek turun tangga dari aras 5 ke aras 2. nasib la pintu depan blok kat aras 2. kalau kat aras 1 tambah lg satu aras aku kene gagah nak turun ke bawah. kalau turun bawa badan aku yg slim melim ni aku tak la rasa apa2 pon. sebab dah 20 tahun aku duk bawa badan yg sama. ade ke boleh tukar2 badan ikut suka hati kau izan? oh! kalau boleh pon aku tanak! katakan tak nak! ahah! rokok! tak nak ok! saje je kasik iklan sikit...
aku turun bawa barang2 sekali. ini yg aku cuba sampaikan. selalu je tersasar ape yg aku nak sampaikan dengan apa yg aku dah taip.
tapi tu kalau aku lelaki la kan. kalau perempuan masuk acara tu dengan badan ala2 ketul tu. sumpah lelaki lari tgk. silap2 mmg terkeluar dr calon menantu mak diorg. eh2,mak korg juga...
peluh? tak yah cerita. melimpah-limpah ke ladang gandum. sampai aku yg dah mandi tapi still pakai baju kelawar malam td ni rasa cam sama je kalau aku tak mandi. jgn nak kata aku duk pinjam baju kelawar plak ok. baju yg mak2 selalu pakai and sekarang anak2 dara cantik comel cam aku pon selalu pakai. sgt selesa. sejuk je...haip2,betulkan kedudukan otak masing2 sekarang...
oleh kerana aku kene keluar sebelum pagi esok,maka abg ipar aku ambil malam ni...wah! terharu gitu..tak pe,nanti kalau anak2 angah plak belajar kat mana2 yg dekat ngan rumah adik nanti. just cakap je. dimana? nak wat apa? nak pi mana? akan adik bawa...lagi2 kau buat iklan pilihan raya di sini izan...rumah adik? apa yg aku nak sampaikan adalah rumah bakal suami ku belikan nanti. atas nama aku. sebab kalau dia nak kawen lain atleast aku ade rumah tuk berlindung...sob3~ mintak simpang malaikat 44...tak kesah la nak duk mana pon asalkan u tak kawen laen...duduk rumah banglo 3 tingkat pon tak pe..tak yah la beli rumah mahal2 sgt. sebab tak mampu nak kemas nanti. u bg je la seorg org gaji...hamboih! lebih2 kau izan!
dah2,g amek duit 5 hengget lam purse aku tu pi belikan lunch aku kejap. lapar ni. korg cam tak biase plak belikan tuk aku kan. ayam nak bahagian kepak,kuah kasik lebih. sayur campur. air masak sudah...
lagi-lagi entry merapu korg baca kan. maaf lah aku bila dah abes exam ni cam malas je nak pikir banyak2. kasik otak aku berehat sikit...motip???
p/s: kalau ade boifren sekarang ni akan aku gunakan dia sepenuh nya. wat tolong angkat barang..muahaha
aku suka kamu
menyesal aku tidur malam td. haprak pon tak kemas lagi. ni baru siap basuh baju and sidai. ntah bila nak kering aku tak tahu. ptg ni nak gerak balik rumah kakak aku kat klang. lepak2 rumah dia sampai sabtu. dtg ukm balik ambil barang. then baru balik rumah ku syurga ku. eh,rumah kakak ku juga syurga ku juga. asalkan nama je rumah syurga la kan. bukan rumah hantu yer kawan2..korg ni bukan boleh sikit aku buat ayat2 baek ni,ada je nak kenakan aku nanti.
baju2 dah siap basuh semalam dah siap masuk lam bag semua. buku2 nak jual kat junior aku dah masukan lam kotak. barang2 yg laen2 tu rasanya cam nak tinggal je. sebab nak pakai jugak nanti masuk sem depan.
oh no! belum call mak aku lg kata nak pi rumah kakak aku hari ni. kakak aku pon lom aku call lagi kata nak pi rumah dia ptg ni. silap2 g sana dia tak de plak. mmg la tak de sebab dia g kerja. muahahaha(tak lawak izan)
breakfast pon masih belum. mandi pon masih belum. apa nak jadi dengan ini anak dara. dah tu kau sibuk melekat kat depan laptop melayan blog ni wat hape izan? pi kemas barang la oi!
ok,dah tamat sesi luahan perasaan di blog. korg tak puas hati dengan entry aku? sape suruh baca...hahaha
p/s: mood nak cari calon menantu terakhir mak ayah aku membuak2 balik ni...
Wednesday, November 11, 2009
bila mahu buat ini...malas!
apa perlu buat sekarang?
- kemas barang nak balik.
- fb.
- blog.
- makan dengan tahap melampau.
- tidur.
- basuh baju.
- lipat baju.
- pilih baju nak balik esok.
- bancuh nescafe.
- habiskan novel.
- bungkus hadiah mak.
- potong kuku.
- sikat rambut.
- makan vitamin.
- basuh kasut.
- lap meja.
- berkebun.
- sapu sawang kat bilik.
- basuh cawan pg td.
- cari suami??
sila abaikan yg last tu. korg nampak banyak tak list aku kene wat ini malam dengan esok. maknaya aku mmg tak terurus beberapa minggu ni. dah2,jgn nak mintak2 aku update. pi tgk2 apa2 kerja yg boleh tolong aku sikit. cam tak biase plak korg ni.
p/s: penat!
kalau tak boleh nak tujuk bodoh depan org yg kita sayang depan sapa lagi?
walah!
tajuk paling panjang aku pernah ada. mana aku dapat ini tajuk? kasik tgk cerita PISAU CUKUR di pawagam yg berhampiran ya kakak2 dan abg2 sekalian. rabu! opkos lady price! ;) aku ni bukan la jenis yg suke tgk cerita melayu (cerita afdlin aku layan). tapi memandangkan kelapa aku agak mereng dan geram memikirkan paper ppdi yg agak mengecewakan hati dan perasaan aku pagi td,maka aku layan kan saja hayyan ajak pi alamanda. did i said kelapa? i meant kepala ok..
cerita dia agak panjang aku rasa and agak slow. masuk lam kul 1 ptg keluar dalam 2.45 ptg...ala2 lama cam cerita hindustan plak rasanya. tapi tak pe,aku tak bosan tgk cerita ni. so far dari 5 bintang i give 3 stars. ok? cukupla...bayak lg movie yg aku nantikan lam bulan ni...GSC! nantikan pelaburan duit ku yg mmg tgh tak de ni ke perut organisasi mu.
ade one time my faqir said " kalau tak boleh nak tunjuk bodoh depan org yg kita sayang,depan sapa lagi?" omaigod! tetibe sentap ingat kenangan lalu...did i said my faqir? i meant that faqir la...muahaha...aku menjadi semakin gedik after watch this movie. omaigod! pls jauhkan aku dr bercita2 menjadi pisau cukur...sambil tadah tangan dengan bertelekung lalu menghadap kiblat dengan muka yg penuh cahaya keimanan.
nak aku cerita pasal ppdi ke? naaaa..nothing to said! just tawakal...
dah2 pi sewa basikal bawa2 beriadah tu. jgn nak ternak apa yg tak patut...sambil pakai kasut sukan berbaju kurung untuk berjoging!
p/s: masalah,masalah...tak pe demi masa depan anak2..;)
kalau aku sudah kaya
acik: adik nanti ko belikan kasut yg cam ko beli haritu. tapi nak yg tali halus taw. nanti acik bayar la balik.
aku: adik ngah tak de duit la. baru lepas beli lence semalam. huhuu. sory.
acik: urm tak pa la.
arghhhhhh...lagi2 mengecewakan kakak sendiri.
nurul: mak su,ingat taw beg yg cam nada nak tuh...
aku: erk, nanti kalau mak su sempat mak su pi beli k?
nurul: ok...hehe
bila masa plak nak pi beli ni ngan duit tinggal sekeping je lg ni...sambil wat gaya mintak sedekah pegang tupperware.
kalau aku sudah kaya nanti,tak pon aku cari lelaki kaya pastu kasi kikis2 dia punya harta tuk kegunaan peribadi bukan bersama.gila pisau cukur kau izan masa tu. eh bila eh movie pisau cukur mahu keluar?
iklan jap td, akan aku belikan apa sahaja kehendak keluarga ku. bukan aku tak punya wang sekarang. tapi aku just ade 50 hengget je ni wat tambang nak balik rumah and nak pi klang umah kakak aku. mana mahu cekau beli barang2 korg order. laen kali order la pakai duit ke,visa ke. mampu la org nak beli...muahahahaha
tapi kalau beli pakai duit anak2 datok tak pon datok2 yg bakal aku goda nanti mana besh. tade feellll..rasa seperti tak yah blaja tinggi2,just pakai sexy2 kasik make up tebal seinci then meronggeng...muahaha...*mulut norizan kah itu?*
korg,tunggu adik kaya eh. korg cakap je nak ape. bilang saja,tunjuk saja,order saja. akan cuba untuk dipenuhi. ini janji ku! cam nak masuk pilihan raya plak gayanya...inikan blog aku suke hati laaaaaaa...
p/s: rasa tak besh sgt bila kakak aku reply msg cam tu je. kalau aku yg mintak barang kat dia boleh2 die usaha nak cari kasik sama gak ngan dia. tapi aku?
Tuesday, November 10, 2009
kopi cecah bahulu
dulu masa arwah tok yam ada lagi,kitorg sepupu2 akan teman tok yam berpuasa di kampung. apa nama kampung aku? kampung kedah. bukan sebab dia letak kat kedah. tapi mmg nama kampung aku kampung kedah. belakang masjid hijau and terletak di parit buntar.*biasa akan di sebut parit buntaq* nak lg detail? tunggu aku punya kenduri kawen kot mak aku nak wat kat sana...eceeeeeee..
*da start pegang tisu sebab tetibe nak cter sal arwah tok yam*
mmg tok yam yg akan masak berbuka and sahur la kan. nak harap aku ngan sepupu aku? aku masa tu baru darjah 5. masak air pon kene tye tok yam."tok,api ni kuat ke garang eh tok nak masak air?" mmg tak la kan. kazen aku? si izati and izham? baru darjah 4 time tu. lg la hampeh dari aku..ops! im sory..;) nanti kak ijan belanje gula2 eh sayang...
bila nak dekat raya nanti baru mak2 and bapak2 ni akan balik kampung untuk beraya bersama..masa tu mmg akan rebut2 bantal la kan. siap bawa gebor and toto sendiri kalau nak sedap tidur. mmg takan cukup yer anak2...
seingat aku,masa tu ptg raya or ptg raya ke 2. aku,aty,ilah and kak nurul (semua ni sepupu perempuan aku,masih belum kawen tapi aku tak sure dah ade buaya friend ke belum.eh! boyfriend..hehehe)
aku naik basikal dengan ilah and aty dengan kak nurul*sepatutnya aku panggil kak ilah sebab die lg tua dr aku,tapiii...* sambung balik. kitorg nak pi pekan kat depan sikit je dr kampung aku tu. nak wat pe aku tak ingat. nak pi pasaraya billion kot..nak ke sebelah pekan sana kene lalu satu titi kayu yg kecik. and hanya lepas kalau naik motor atau basikal je. tu pon kene tunggu turn. tak ley 2-2 belah nak lalu. tak paham? *malas la nak terangkan* muahaha
so kak nurul and aty di depan,turun dr basikal and tuntun basikal tersebut seperti cerita gadis2 melayu dulu2 menuntun basikal di tepi sawah even kalau kayuh lagi laju semata2 nak hantarkan lauk kepada teruna idaman *merepek lagi*. tapi aku ngan ilah kan hebat,kerek and lebih advance dalam segala hal *part riak menanti natijah* tamo turun. kitorg kasik redah lintas titi tu dengan basikal and kitorg di atas basikal tersebut.
stabil,stabil and still stabil..sampai tang tengah titi tetibe aku nampak cam ayaq achaq parit kecik tersebut cam air kopi panas plak. kalau kene cecah dengan bahulu panas cam aku ni..perghhhh..
aku melompat masuk dengan sendiri nya ke dalam ayaq achaq tersebut *tipu*. aku ngan ilah cam ne ntah tetibe ley termasuk lam parit ayaq achaq tersebut. dah la air die hitam pekat likat tanpa gula tak de makna! *ah,p.ramlee sudah*
bukan aku ngan ilah je masuk lam tu. siap ngan basikal2 masuk. perghh..nikmat kau..bahulu bentuk 2 gadis cantik lagi mengiurkan bersama dengan basikal klasik bakul di depan. kau ingat senang nak wat bahulu bentuk cam tu? hjh radziah tak pandai rasanya...*kan mak kan?*
2 kazen aku yg dah lepas tu tergamam tgk aku ngan ilah wat aksi2 berani cam tu...nasib ade seorg pak cik ni lalu kat titi tu ngan motor. die patah balik motor dia. parking hujung titi and angkat aku,ilah bersama basikal. aku ngan ilah yg dari kaler kuning langsat*tengah musim ni kat umah aku* jadi kaler hitam-hitam manis cam masak kicap. basikal dari kaler hijau jadi hitam kilat2 cam baru lepas wax! awww...sungguh hot tika itu. kalau nak cari calon suami yg betul2 ikhlas masa tu aku akan jerit and kata begini;
"sapa mahu kahwin ngan aku sekarang,angkat aku pi jumpa mak ayah aku!"
kalau ada la yg angkat aku time tu mmg aku kasik 1/3 jiwa raga ku padanya...ececeeeee...
*tekeluar topik lagi* pastu tak jadi la nak ke pekan. patah balik rumah tok yam and masuk bilik air senyap2 ikut pintu dapur. sekali bila bukan baju semua*tutup mata cepat! ini arahan keras!* tengok2 lintah and pacat penuh belakang badan aku...euwwwwww...*ok tipu* bukan la penuh ade la dalam 2,3 ekor gitu...lalu ilah seperti heroin lam cerita anakonda mencabut segala bagai anasir parasit yg menyedut segala darah kotor ku time itu...
sesungguhnya aku tak jerit,sebab takut tok yam tahu yg aku pi pekan tak bgtaw dia...muahaha
bila dah siap mandi semua baru aku perasan kasut raya aku sebelah je time aku naek basikal balik td. sebelah lagi tercicir lam ayaq achaq! ceit,ni kompem2 kene ngaku ngan tok yam...
esok sambung,dah2 jgn nak gelak lebih2..aku nampak air liur merembes dengan laju tu..
Monday, November 09, 2009
K.I.S.S
ohhh,takmo takmo...jgn nak pikir benda yg tak baik bila nampak tajuk. sgt la noti ok...kiss! opkos la korang akan terbayang what? oh no! sgt lucah...izan tak suke! *sungguh gedix gaya penulisan ini izan,sila kembali ke jalan yg lurus dan di redhai*
keep it short and simple (kiss)
dah ramai yg biasa dengan word ni kan. but usually it stand for
keep it short stupid*omaigod izan! u said that word*
kadang2 bila kite terlalu nak short and simplekan sgt perkataan tu. ala senang cter. korg kalau nak taip msg kat aku tolong jgn terlalu simple and short. sebab aku ni jahil sikit bab2 memendekkan perkataan ni.
as example:
lik (balik ke bilik)
mek(ambil ke mek klate)
lau(kalau ke halau)
arghhhhhh..aku ni dah la nak taip msg pon malas kan. sebab tu *ok,kat sini jejaka2 diluar sila ambil perhatian* aku lebih suke call terus dr nak ajak aku berchat gune khidmat pesanan ringkas gitu. salah satu sebab kenapa aku malas nak taip2 msg ni. sebab keypad cancel aku kat fon tu rosak. so,kalau aku salah taip msg aku kene clear field terus! tak ley nak cancel2 2,3 huruf yg salah tu.
ahah! lg satu...amatla malas untuk baca msg yg tulisannye kejap kecik kejap besau. kalau nak manje2 ngan bf or gf korg ley. but not with me. *ko sgt jelek izan! banyak songeh!*
tapi kan,kalau aku ade bf or suami nanti ni pesanan kepada beliau;
"abg,pergi kerja jgn silentkan fon,sebab syg nak msg abg selalu,bukan sebab rindu tapi nak pantau kot2 ur secretary goda abg! syg jeles!" *sila muntah di dalam baldi yg di sediakan*
p/s: menerima urutan di spa umpama hidup di syurga seketika ;)
uh ah uh ah
korang kan,aku suruh korang ajak aku tengok twlight yg baru tu,then korang bayarkan aku nye duit tiket,makan and shopping. ini korang plak mintak2 suruh aku belanja korang. haish! ai marah kang...
nak aku cerita pasal exam m.a? dont ask anything. just wait and see the result. *ayat kasik nyampah nak baca*
oleh kerana kakak kesayangan aku hanya boleh ambil barang2 aku yg macam dah duduk rumah sendiri ni pada hari sabtu nanti and aku habis paper hari rabu maka akan ke rumah beliau dulu ptg rabu and dtg kembali ke ukm tercinta pada sabtu untuk angkat barang lalu terus pulang ke rumah ku syurga ku! *sila baca dengan sekali nafas*
ataupun nak stay je kat buzen sampai sabtu? oh no no nehi..amatlah lama itu ya. dan aku akan berasa seperti cacing kepansan bila duduk di buzen lama2 dengan keadaan diri yg agak tak terurus sekarang and tambahan pula dengan ketiadaan sahabat handal dan haiwan teladan*cam cerita tv9 tu*
*ok,tarik nafas balik...lagi..kasik dalam lg tarik...jgn degil*
sesak nafas? dah pesan td suruh tarik nafas dalam2,degil tanak buat..kan dah nak muntah tengok wajah2 comel ku...
apa perancangan dirumah pabila cuti nanti ya. rasanya mahu melepak di rumah saja. sebab wanita kesayangan hj salleh tak kasi ai kerja...*sungguh rasa di sayangi*
p/s: mahu makan apa ya ini malam. makan org pon sodapppp...ade dendam kesumat yg perlu di langsaikan...muahahaha
awwwwwww..hot!
lagi hupadate. gila tak sedar diri nak pi exam. sapa nak tgk twilight ni? ajak aku. siap dengan belanja tiket and makan dr org yg ajak eh ;) aku offer je nak g tgk ;P
muahahaha
wish me luck! ;)
cepat2
bab r.o.i tak sentuh lg ni. jgn tye napa,aku tak paham bab tu. sebab masa puan ainun ngajar lam kelas hari tu,aku sakit perut. period pain. ni pon dah lambat dr sepatutnya ni...jap lg nak g makan ngan hayyan nak kene tye lam kereta.
*balajar dimana mana ya,baru nampak cam student ukm yg berdidikasi gitu*
hari ni 9 hb kan? dah ramai yg last paper hari ni weyhhhh...
kitorg je yg abes 11 nov nanti. rabu ni. sebab ape? sebab dulu belagak tanak amek ppdi awal2,konon subjek berat la hape la kan. tapi tak pe ade hikmah nya ppdi sem ni. at least aku dapat dengar ceramah agama tiap2 malam selasa. jernih sikit hati ni yer anak2... ;)
gtg. dengan perasaan jeles kepada sesiapa yg abes paper ini hari! ceit! *jelir2 lidah kasik muke comel,nanti kene kerat kat akhirat la izan!*
p/s: rambut makin tegak nak pi jawap paper m.a. pas ni kene pi wat hair treatment aku rasa.
banjir ohhh bah..
untuk pertama kali nya ini bukan entry nak kenakan athiah with the word "bah" ;P sekarang musim apa kakak2 and abg2? hujan...panas kejap,hujan. lg panas kasik hujan lg. hujan itu ape? rahmat. makanya kita kena apa? BERSYUKUR...ok anak2 murid sekalian mari ikut ustazah izan sebut sama2,ALHAMDULILLAH ;) *see,izan dah baek hari ni*
tadi masa makan kat kafe ngan yuni and yan,tgk berita jap. nampak noooo aku dah lame tak tgk berita sampai tak tahu yg sekarang ni duk banjir kat belah utara sana. omaigod. sampai tinggal bumbung je tu. ini dugaan yer kakak2 dan abg2.*felling ustazah jap,ustazah sebenar ada di sebelah aku ni*
dengar yuni cerita,yg kalau kat tempat dia dulu kalau time banjir cam ni semua kene pindah duk kat sekolah. nanti sapa2 yg duk kat sekolah tu dapat 500 hengget. ohhh duit! yuni kata ada yg rumah tak naek air pon kasik menyemak duk kat sekolah sebab nak dapat duit 500 hengget tu. *500 ke 50 eh yuni?*
ini sgt tak baek oh kakak2 dan abg2,kerana mengambil kesempatan terhadap kesusahan org laen. cuba yg tak di timpa musibah tu hulur2 sama. *see,lepas maki hamun org izan jadik baek*
kat felda aku tak pernah la banjir teruk2 cam ni. tapi rumah dayah mmg selalu naek air. hujan sikit je mmg rumah die paling teruk naek air. takpe dayah,kalau umah ko tak ley nak duduk,umah aku ade. tak yah duk sekolah. kesian kat bebudak yg nak belajar kalau ko nyemak kat sana. *dayah is my bff,dah pernah mention dulu kan*
ok,ceramah malam dah abes.tunggu ceramah ptg esok plak. sebab esok nak berperang dengan segala belanjawan and other rumus and formulasi yg perlu di ingati setiap adanya.
*feeling usatazah tetibe sebab rasa sedih tgk budak2 yg nak spm tapi tak de tempat yg selesa nak stadi,kak izan tak dapek nak tolong la adik2*
p/s: gtg. katil gebu dan lembut kasik menderam aku malam ni.
Sunday, November 08, 2009
sorry for ignore
ok,memandangkan paper m.a aku esok kul 3.30 ptg. so,aku kasi korg dengar ceramah free dari aku dulu. tanak dengar? tak suruh dengar pon. bace je ;) *see,izan dah baek,mulut pon makin manis*
tadi pergi bilik yuni suruh dia ajar aku pasal variance analysis. bila dah kat bilik yuni mmg susah nak balik dengan kadar segera. sebab? ade laaaaaa...hanya insan terpilih boleh taw ape aku wat ngan yuni. sambil2 tu harung la fb jap. layan2 tgk gambar adik2 junior kesayangan yuni. ai tak de adik junior ke? hehehe...
sory eh adik2 junior ai. kakak izan punye fb private and confidential tuk adik2. sebab adik2 lom cukup umur. so far aku mmg tak approve any request fren dari my junior di fb. bukan sebab aku tanak beramah mesra dengan diorg. tapi fb aku hanya tuk kenalan rapat. sebab status aku kdg2 mengarut. jatuh la imej ai kannn ;P
and tadi ade 2 org junior aku add di fesbuk...nanti akak dah jadi baek sikit akak approve adik2 eh ;) *ayat sungguh geli untuk dibaca*
p/s: bila la nak runtuh ni...haishhhhhhhh ;(