Followers

Thursday, May 27, 2010

kenapa aku tak baca blog kau

pada dasarnya aku buat blog sebab atie ajak aku buat blog. dia kata ; "nanti kalau kita buat blog,kau komen blog aku. then aku komen blog kau" ini  ternyata benar. kala tak percaya. boleh tengok balik entry-entry terawal aku. pengomen pertama adalah atie halmy. entry pertama aku telah aku ubah sebab aku jadi malu tahap nak lompat terjun tingkap bila baca entry tersebut. lalu aku tukar dengan detail about me pada entry pertama aku.

5 orang follower terawal aku ialah :

  1. atie (sebab aku buat blog sama-sama dengan atie. then dia kena jadi 1st follower aku)
  2. nada (masa ni nada adalah baru dikenali malalui atie)
  3. fariena (kakak harus follow adik)
  4. diri sendiri (kes gigih nak bagi ramai follower)
  5. alepla (kawan ukm,tapi alep dah jarang update sekarang)
then aku start blogwalking. cari blog-blog yang best then aku follow. antara blogger yang aku rapat dan aku baca setiap entry mereka ialah :

  1. luvida 
  2. violet
  3. acan
blog-blog seperti dalam senarai family dan around me memang kompem aku baca if ade update. but golongan-golongan ini adalah jarang berupdate. nak kena hamuk maki hangin, baru naik update.kebiasaan blog yang aku akan tinggalkan komen adalah blog yang betul-betul aku follow dari entry awal mereka sampai yang terkini. aku lebih selesa begitu. pernah juga aku cuba nak tinggalkan komen pada blog-blog yang baru aku follow. tapi hanya bertahan pada dua ke tiga entry sahaja. sebab aku jadi malu sendiri bila aku rasa seperti menyibuk pada tepi kain orang.

tidak dinafikan,aku ada follow blog-blog hebat seperti ceera, sepet, vp, nurulism, joe, frodo, kapten dan lain-lain. kebiasaannya aku hanya akan baca dan terus menjadi silent reader. blog-blog ini memang menjadi perhatian utama sekiranya update naik kat list aku. sebab aku membaca blog mereka dari entry yang awal hingga kini dan aku faham bagaimana jalan cerita blog mereka.

tapi....

kalau aku nampak beberapa ciri ini dalam blog yang baru aku follow,jangan katakan nak baca. baru buka terus aku tekan [x] yang kat atas tu. so secara penyelesaian, aku telah unfollow mana-mana blog yang tak kena dengan pemikiran aku. minta maaf kalian.

  1. tUlIsaN Nya KEjAp KeCIK kejAP BEsaR<-----ini adalah contoh
  2. tak da perenggan langsung. berjela-jela kau tulis then nak kena pula ayat kau tu tunggang langgang macam ayat aku ni ha. tak ke nak muntah darah aku nak habiskan dari line ke line seterusnya.
  3. font color tu kalau boleh nak kasik terang-terang. aku pon ade je guna. ape daaaaaaa...
  4. kandungan cerita terlalu serius. sebagai contoh -----> mintak aku komen blog yang penuh dengan info pasal bisnes MLM kau. mana aku minat. kang aku komen yang me-moraldown-kan, putus sahabat pula. haish! susah...
  5. dan meng-center-kan semua tulisan dalam entry. pergh..yang ni memang mereng la aku nak baca.
aku tahu,lepas aku buat entry ni memang akan ramai yang unfollow aku. habislaaaaaa....sekarang ada 216 orang follower pada entry yang ke 510. selepas entry ini entah berapa je la yang tinggal. T____T.


with❤:izan®

11 comments :

  1. ala, follower banyak tapi just nak suruh kita follow balik nak wat pe kan? berbloglah kerana anda suka berblog, bukan sebab populariti...

    poyo giler nasihat den. haha.

    ReplyDelete
  2. fuhh...cerewetnye...hahaha..xpe2 semoga tahun ni dapat mencecah 300 follower

    ReplyDelete
  3. acan : tu cakap kat izan ke kat acan? hehehehe

    aken : amin ;) thanks...

    ReplyDelete
  4. follower anda masih maintain..saya salah sorang daripadanya..hak3..

    biasa la tu..blogger ada macam2 pesyen cara penulisan depa..janji kita suke baca dan leh ngam dgn pale otak ok la tu..(^_^)

    ReplyDelete
  5. kita blogging bukan sebab nak banyak follower atau what so ever..

    tapi kita kena ingat kita blogging kerana kita minat, dan blog adalah sebahagian dari hidup kita.

    pedulikan sama ada orang nak baca atau tidak. nak comment atau tidak. biarlah...

    ReplyDelete
  6. hoho..adekah my blog termasuk dlm kategori?

    ReplyDelete
  7. muahaha tp ape yg ko ckp tuh ade betui nyer...kekek aku cukup x bley bace blog2 yg skema2 cam tuh

    ReplyDelete
  8. muahaha tp ape yg ko ckp tuh ade betui nyer...kekek aku cukup x bley bace blog2 yg skema2 cam tuh

    ReplyDelete
  9. alaa jumlah orang yang follow bukan penting pun ... yang penting dia baca entry kita

    ReplyDelete
  10. i like i like!

    patut lahhh aku kene sound arituh x update blog yeeeee! hahah

    ReplyDelete
  11. eh nama aku ada..ni yang rasa nak kembang bermangkuk2 ni weh..ahhaahha...

    aku takle baca blog skema..aku rasa aku cikgu bm lak..

    ReplyDelete

leave me some words ;)