Followers

Thursday, May 06, 2010

sekarang senang

kalau zaman dulu-dulu aku bercinta. ceyah! ayat nak letak dulu-dulu macam la dah lama hidup. dulu-dulu i meant dalam form 2 dulu. bercinta adalah satu perkara yang agak susah dulu. yela,kalau nak date kene sorok-sorok. itu pon kalau nak la. aku rasa kan, aku pernah jumpa sekali je kot. tu pon before ex aku nak pindah sekolah. then terus lost cantact. kalau nak berhubung pon susah. mana nak ada handphone zaman tu. baru form 2. gila apa nak minta handphone dengan hj.salleh??? mahu dia bagi aku penampor jepun sebijik. T_____T.

zaman tu bercinta hanya guna surat je la. tak pon tingglkan note-note kecil bawah meja kat sekolah. gigih oh pergi kelas ex aku pagi-pagi semata-mata nak kemas kan buku bawah meja dia,then tinggalkan note sikit. contoh macam " i miss u " HAHAHA...mr izan u majok tak i tulis cam ni? kompem tak kan (^.^). nak bercinta kena mintak biodata. kena pura-pura pinjam novel yang dia suka baca. kena pi tengok dia main bola tiap-tiap petang. kena pakai baju kurung sama kaler dengan baju melayu dia tiap hari khamis. sebab lepas baca yassin ada makan sedap kat kafe. timing kena baik sebab nanti dapat slisih kat tagga nak pi kafe. HAHAHA. sumpah sweet okey.

masuk form 4 bercinta style orang kaya sikit la. sebab masa ni dah duduk jauh sikit ngan family. dah ada handphone sendiri. on the way nak balik asrama boleh jumpa jap kat kl. then naik bus sama-sama balik asrama. ni kira dah hebat dah ni. pakai baju maktab duk pi melepak kat puduraya. memang la manjatuhkan maruah budak-budak mrsm. T_____T.  dating dalam bus pon jadi la. nanti dah sampai bahau masing-masing berpisah buat-buat tak kenal. HAHAHA...

malam-malam sikit lepas prep sms-sms dalam kain selimut. takut nanti hp kena rampas dengan warden. pagi-pagi set time. sapa lambat pi kelas kena denda belanja nasi goreng kafe bawah. nasi goreng dia kalau aku nak bayang time puasa ni kompem meleleh air liur aku. dah la 1 kelas tapi boleh control lagi tak tegur apa,buat tak kenal. tapi time ni nak pi dating selalu tak boleh la. sebab duit belanja cukup-cukup makan ja. handphone pon hitam putih lagi,skrin kaler biru. jangan nak kata video call,mms pon tak haram...

TAPI SEKARANG SENANG...
aku : awak,rindu la...
dia : ok, saya video call awak..

aku : awak,lapar la...
dia : ok, jom pi makan...

aku : awak, teringin nak pi situ sini and sana la...
dia : ok,hujung minggu ni kita g...

aku : awak, jom kahwin?
dia : erk! tak cukup duit la sayang. dah semua duit gaji saya ke awak je semua...HAHAHA

moral of the story kepada kaum sejenis aku : kalau nak kahwin cepat,nak pelamin besar,rumah besar,kereta besar dan laman rumah ko ada rumput mahal. time dating jangan kikis duit boyfriend korang. HAHAHA

2 comments :

  1. Hahahha...sungguh terharu sekali bab note bawah tu yer...siap backup kaum bkn sejenis lagi..best2...hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi pandangan ;)

    ReplyDelete

leave me some words ;)