Followers

Monday, May 31, 2010

kick challenge

jalan-jalan dekat jusco SEREMBAN dengan alan,tiba-tiba nampak event kick challenge anjuran TM net. dia bagi ko masa dalam 2 minit then ko tendang la laju-laju sampai habis masa 2 minit tu. dia akan kira berapa gol ko boleh jaringkan. ha,lebih kurang macam tu la.

tapi ko kena beli i-talk rm 10 untuk pendaftaran. record semalam yang aku dengan alan tengok baru 50 gol dekat jusco seremban. hadiah peringkat saringan ni dapat rm10 ribu. tapi tadi aku buka dekat fb yang menang rm 10ribu tu orang lain dah. kalau nak lebih detail korang boleh tengok dekat everyone connect ni. ataupon dekat sini.

dan alan juga tidak ketinggalan untuk menyertai sepakan yang berkemungkinan untuk kami bawa pulang rm10ribu tersebut. ecececeeee...angan-angan nak tinggi je kan. HAHAHAHA. dalam masa 2 minit alan dapat 10 jaringan je. jadi la. T_____T. no worries. i still love u ;)
gaya seorang penjaring 10 gol dalam masa 2 minit. HAHAHAHA.

abang ni punya rekod 40 jaringan, memang style la dia sepak bola. kagum aku tengok.


with❤:izan®

nasib dapat nasi

kisah hari jumaat hari tu memang menggembirakan. nasib aku dapat makan nasi. kalau tak memang aku hamuk satu nilai malan tu. HAHAHAHA...

okey,disebabkan telah menghebahkan hal rumah tanpa tangga sendiri di blog sendiri. maka,kita tukar la eh nama mr.izan kepada nama sebenar beliau. ALAN. hamek kau.dulu boleh-boleh tak nak dapat bf start dengan huruf A.okey,i had try to cari balik entry yang aku taip pasal aku dah serik nak ada bf yang start dengan huruf A. tapi tak jumpa. ini lah masalah bila aku selalu membuat entry yang bertajuk lain dan berisi kandungan lain. haishhh...dah buat baru nak menyesal..

tapi tak pe, dah dapat yang huruf A nak buat macam mana kan. eh,tapi nama sebenar alan bukan start dengan A. nama dia start dengan N. for NORIZAN. hahahaha...bukan-bukan. NOOR AZLAN. kawan-kawan dia dan kawan-kawan lama aku panggil dia acong je.

Nada,kita berkongsi ka? HAHAHA...

now,back to cerita dapat nasi. lauk malam itu adalah...

lauk sampingan. khailan goreng belacan,sambal belacan.
lauk utama. tomyam ayam!

alan ni senang. apa aku order semua dia telan. nanti lagi la senang kan. apa aku masak dia makan je. hari-hari masak telur goreng sama kicap pon sodap kan alan ;) HAHAHAHAHAMPEH!

with❤:izan®

Friday, May 28, 2010

malam ni mintak-mintak la dapat nasi

mr.izan nak belanja makan. minta-minta la kau belanja nasi. jangan la bawa aku pi makan fast food. seharian di bilik tak makan apa-apa. tahu la cuti. tak kan la kafe pon  nak  cuti....melampau!

with❤:izan®

aku kebuluq nasi

entah apa la nak jadi,pa nak jadi,apa nak jadi sampai sekarang ehem2...tukar okey lagu ni. aku kebuluq nasi ni. 2,3 jam selang ja mesti nak cari nasi. selang lagi nak nasi lagi. kalau tak selang tak pa. HAHAHA. dah mengarut dah. semalam makan nasi lemak. lepas tu aku tidur, bangun ja aku bantai makan sandwich beli kat fakulti. pergh! memang lazat la. petang tu hantar atie pi ktm aku sentai KFC plak. okey,KFC disini is not kentaki feraid ciken. tapi KELANTAN FERAID CIKEN. terbaik dari ladang. 2 ketul baru 3 hengget.



sekarang ni aku tengah duk pikir ni. nak bubuh apa dalam perut. belum dapat nasi ok la,dah dapat nanti memang mengulor rupe biawak. malas je nak buat kerje. okey,dah jadi key-el balik.

and about hj.salleh. beliau okey,cuma bila bius semalam tu dah hilang dah mula rasa-rasa pedih kat bekas jahitan tu. hari ni belum call lagi. ini pon angah aku bagitahu semalam. petang nanti baru ingat nak call beliau.

oleh itu,mari buat slide sejarah pemikiran dan study etika perniagaan. nak foflet ke tak nak?? kalau nak...oleyh!

with❤:izan®

Thursday, May 27, 2010

kaki ayah aku kene jahit

tengah aku update blog tengah hari tadi angah aku hantar mesej tru fb. katanya kaki ayah aku kena jahit. aku ape lagi,kelam kabut la call. kata ayah kakinya kena pemotong mozek. ada la dalam 10 jahitan. haish! nak luruh jantung aku. syukur tak kena urat ke hape. kaki sebelah kanan dekat bawah buku lali yang sebelah dalam. aku pon tak tahu keadaan nya macam mana.

cakap je nak balik dan-dan ayah cakap tak payah. sebab dia pikir aku ade exam rabu ni.boleh plak dia cakap cam ni : kaki ayah je,bukan nyawa! haish! nak kena tunggu nyawa ka? ayah ni suka buat ayat macam tu. babab kang!

lepas ni duduk rumah je la eh ayah eh. bawa-bawa berehat. dah la acik dengan abg en tak de kat rumah. pi shah alam. sian kat mak nak kena jaga ayah. minta-minta la tak teruk sangat.

i will always love u ayah...


with❤:izan®

perempuan vs lelaki

kalau dah luaran nya pon berlainan mana pula dalaman nak sama kan? ececeee...introduction kene power. cepat izan,ko kena mantapkan pentaipan. kalau tak orang boikot blog ko. dah la entry pagi tadi buat orang panas je kan. so kena top up balik bagi mantop!

sifat luaran antara lelaki dan perempuan itu berbeda. sebagai contoh,lelaki mempunyai dada yang bidang berbanding wanita. ini adalah berfungsi sebagai pelindung tatkala wanita ketakutan. wanita mempunyai pinggul yang lebih sedap mata memandang berbanding lelaki. ini hanyalah contoh. jangan kau jadikan aku sumber bayangan pula. aku seligi pala kau nak??? ha, takut tak? tak,so sila teruskan penceritaan.

apabila luaran berbeda so ternyata dalaman juga berbeda. contoh yang bersesuaian adalah seperti di bawah :
----> hahahaha,izan jadi cikgu bahasa melayu hari ni. okey. back to the topic.

  1. bila perempuan tu kata "its ok, im ok" actually perempuan tu tak okey. so jangan kau tanya dia betul ke tak dia ok. mahu dia bagi ko pelempang sebijik. tapi bila kaum lelaki kata dia ok. maknanya dia ok. ohmai,senangnye laaaa hai jadi lelaki. 
  2. bila perempuan tu kata "i ikut u je" sekiranya ditanya nak ke mana itu bermaksud tanya la lagi sekali aku nak pergi mana. HAHAHAHA. ini aku selalu buat. so tak semua perempuan macam ni. sebab aku ni kan pelik sikit.
  3. bila seseorang lelaki tu tanya "kenapa u sayang i" tolong la jawap sebab dia ensem. sebab lelaki kadang-kala suka kan pujian. betul tak? tak betul pi salahkan izan. saya hanya mentaip. HAHAHAHA
oleh itu tenyatalah bahawa, lelaki dan perempuan ini berbeza. kalau sama,mana nak best bercinta. apa yang dia ada kau ada. ha ha hampeh...HAHAHAHA

oleh itu, mari siapkan kerja sejarah pemikiran. dan bila kerja siap boleh la berhujung minggu dengan rasa seperti dunia ini ana yang punya. oleyh!


    with❤:izan®

    ohmai!


    Roslina M Salleh May 27 at 12:27pm
    tepon ayah skrg. kaki ayah kena jahit. tepon abg pen, ayah kat sungkai.





    with❤:izan®

    kenapa aku tak baca blog kau

    pada dasarnya aku buat blog sebab atie ajak aku buat blog. dia kata ; "nanti kalau kita buat blog,kau komen blog aku. then aku komen blog kau" ini  ternyata benar. kala tak percaya. boleh tengok balik entry-entry terawal aku. pengomen pertama adalah atie halmy. entry pertama aku telah aku ubah sebab aku jadi malu tahap nak lompat terjun tingkap bila baca entry tersebut. lalu aku tukar dengan detail about me pada entry pertama aku.

    5 orang follower terawal aku ialah :

    1. atie (sebab aku buat blog sama-sama dengan atie. then dia kena jadi 1st follower aku)
    2. nada (masa ni nada adalah baru dikenali malalui atie)
    3. fariena (kakak harus follow adik)
    4. diri sendiri (kes gigih nak bagi ramai follower)
    5. alepla (kawan ukm,tapi alep dah jarang update sekarang)
    then aku start blogwalking. cari blog-blog yang best then aku follow. antara blogger yang aku rapat dan aku baca setiap entry mereka ialah :

    1. luvida 
    2. violet
    3. acan
    blog-blog seperti dalam senarai family dan around me memang kompem aku baca if ade update. but golongan-golongan ini adalah jarang berupdate. nak kena hamuk maki hangin, baru naik update.kebiasaan blog yang aku akan tinggalkan komen adalah blog yang betul-betul aku follow dari entry awal mereka sampai yang terkini. aku lebih selesa begitu. pernah juga aku cuba nak tinggalkan komen pada blog-blog yang baru aku follow. tapi hanya bertahan pada dua ke tiga entry sahaja. sebab aku jadi malu sendiri bila aku rasa seperti menyibuk pada tepi kain orang.

    tidak dinafikan,aku ada follow blog-blog hebat seperti ceera, sepet, vp, nurulism, joe, frodo, kapten dan lain-lain. kebiasaannya aku hanya akan baca dan terus menjadi silent reader. blog-blog ini memang menjadi perhatian utama sekiranya update naik kat list aku. sebab aku membaca blog mereka dari entry yang awal hingga kini dan aku faham bagaimana jalan cerita blog mereka.

    tapi....

    kalau aku nampak beberapa ciri ini dalam blog yang baru aku follow,jangan katakan nak baca. baru buka terus aku tekan [x] yang kat atas tu. so secara penyelesaian, aku telah unfollow mana-mana blog yang tak kena dengan pemikiran aku. minta maaf kalian.

    1. tUlIsaN Nya KEjAp KeCIK kejAP BEsaR<-----ini adalah contoh
    2. tak da perenggan langsung. berjela-jela kau tulis then nak kena pula ayat kau tu tunggang langgang macam ayat aku ni ha. tak ke nak muntah darah aku nak habiskan dari line ke line seterusnya.
    3. font color tu kalau boleh nak kasik terang-terang. aku pon ade je guna. ape daaaaaaa...
    4. kandungan cerita terlalu serius. sebagai contoh -----> mintak aku komen blog yang penuh dengan info pasal bisnes MLM kau. mana aku minat. kang aku komen yang me-moraldown-kan, putus sahabat pula. haish! susah...
    5. dan meng-center-kan semua tulisan dalam entry. pergh..yang ni memang mereng la aku nak baca.
    aku tahu,lepas aku buat entry ni memang akan ramai yang unfollow aku. habislaaaaaa....sekarang ada 216 orang follower pada entry yang ke 510. selepas entry ini entah berapa je la yang tinggal. T____T.


    with❤:izan®

    Wednesday, May 26, 2010

    its make me melting

    tiba-tiba terasa teringin nak makan benda alah ni. kalau la dapat sekarang...fulamak! tambah plak ade orang belanja kan. u,kapel jom! ahahaha

    OKEY-OKEY mr.izan. i gurau je. jangan nak ambil hati sangat dengan i. i ni jenis tamak haBOLA. i dah amek hati u memang i simpan kunci dalam peti! takut tak? takut tak? tak? okey...BLAH! entry mengarut...





    with❤:izan®


    itu bulan,bukan nya lampu...


    with❤:izan®

    this is what we call mak datin

    dalam family hj salleh ni ramai mak datin terlampau. kalau bab melaram,menghabiskan make-up maksu,mak cik, dan mak ngah deme. haaa...bak sini bagi make-up korang dekat anak-anak buah aku. kompem licin bin licau diorang balun.

    balik rumah minggu lepas,along aku bawa kitorang pi tengok perabot terpakai dekat felda trolak timur. aku pon saja je la kan nak ikot. bukan ada rumah lagi pon nak beli perabot. setakat jamu mata je la. aku ingat ada perabot je la. sekali sampai sana. ada peti aih, ada kipas angin, ada tempat garu belakang dan pendek kata macam-macam ada.

    tapi yang pasti, benda yang anak buah aku si aisyah duk pulun mengamuk tak mau balik kalau abid dia tak beli ni ha...ni benda alah ni. memang tak boleh blah! dia jual kasut patung apa ntah ni. memang totally plastik! but look sooooo cute when aisyah put it on her feet.  HAHAHAHA.. harga? rm 2 sahaja....


    dalam kereta aisyah siap cakap macam ni lagi.

    aisyah : esok aisyah nak pergi sekolah la. nak tunjuk kat kawan aisyah kasut baru aisyah.
    kak long : abid,abid dengar tak tu. aisyah cakap dai nak pergi sekolah..esok aisyah kena bangun pagi-pagi la kan...
    aisyah : ye la! aisyah nak pergi sekolah...

    HAHAHA...sebelum ni aisyah paling liat nak pergi sekolah! ada kasut rm2 terus nak pi sekolah.


    gaya aisyah ke sekolah. AHAHAHA

    OKEY, ini bukan cikgu aisyah. tetapi kakak aisyah. si nada ;) saja duk menyakat adik dia. HAHAHA

    farisha berjalan seperti itik

    isha sekarang ada style lain sikit bila jalan. dia suka letak tangan kat belakang badan dia. macam mandur plak. pastu dia akan keliling satu rumah. tegur semua orang. jumpa ayah aku dia panggil wannnn...jumpa mak aku dia pangil pahhh...jumpa aku dia panggil acuu...



    homaih! dah lapan puluh kali kena blasah dengan aku pon she still cute! kenapa? kenapa? kenapaaaaaaa... grrr.. geram tiba-tiba! HAHAHAHA


    with❤:izan®

    Tuesday, May 25, 2010

    MARI BERSUKAN...

    aktiviti dirumah hujung minggu lalu. acik dan nurul sedang bermain badminton. si aisyah sedang berusaha menarik perhatian isha dengan membuat bunyi seperti mahu mengelurkan taik. HAHAHA


    with❤:izan®

    shopping

    pergi pasar malam tadi telah menyebat seluar jeans bundle sebanyak 3 helai untuk rm25 sahaja. rasa puas hati gila. dah try tadi dengan atie. 2 helai okey,yang sehelai lagi tu macam ketat plak. adakah aku dah gemuk? bukan! seluar tu yang kecik. sebab aku ambil saiz 25 muat je,yang saiz 26 plak yang tak muat. sekarang ada dalam baldi tengah duk rendam. nanti bila-bila aku pakai, aku tayang kat sini k.

    so,aktiviti malam ni. menDOBI! holeyh!

    p/s: mr.izan,dating nanti i pakai seluar bundle je boleh? hahahahaha

    with❤:izan®

    RUMAH AKU ADA HANTU

    ini lah yang dikatakan, ukur baju di badan sendiri. bila orang lain amek gambar lompat-lompat guna DSLR aku nak jugak. tapi kamera fon je. so terus jadi macam hantu terbang. HAHAHA

    this is nada. anak along aku no 3

    and this is kakak kepada nada. nama dia bukan nada hanis,tapi nurul. HAHAHA

    with❤:izan®

    mari membuat kerja berfaedah

    oleh kerana aku berhujung minggu dirumah maka aktiviti secara automatik menjadi banyak dan seronok. oleh kerana seronok,maka harus di ceritakan di dalam blog. kerana nanti aku mahu anak-anak aku bertanya begini ;

    anak : bonda,ini siapa? bonda buat apa ni?
    bonda : just look and see my dear. then ask your father. HAHAHA...

    itu adalah ayat malas nak layan anak-anak.


    ini bukan tukang kebun hj.salleh yer. apa kau ingat hj.salleh orang kaya mahu ada tukang kebun dan tukang karut? ini menantu hj.salleh! abg en. rajin betul dia kemas rumah mak. kalau rumah bersepah dia kemas,berhabuk dia sapu,daun kat luar rumah pon dia sapu. memang goyang kaki je la mak aku dengan acik. HAHAHA

    abg en tengah cat batu tepi kolam yang depan rumah hj.salleh tu. kalau tak kerja ini la kerjanya. laman belakang dah jadi taman permainan isha dah. ayah aku kata dalam kolam tu macam-macam jenis ikan ada. tak pernah keringkan pon kolam tu. tapi iman, anak abg pen aku pernah masuk dalam tu. bukan sengaja,tapi terjatuh. dalam juga la. nasib tak lemas. HAHAHAHA

    so,kepada mr.izan. nak jadi menantu kesayangan? sila rajin-rajin kan diri anda seperti abg en ;) muahahaha


    with❤:izan®

    Monday, May 24, 2010

    taraaaaaa....

    oleh kerana aku tiada di UKM weekend yang lepas,maka segala urusan komen aku hanya mampu balas tadi ok, sila buat semakan if aku tak reply lagi komen korang. semua duk asyik tanya pasal mr.izan je kan? itu ke mr.izan? ini ke mr.izan? tiba-tiba aku terfeeling artis kejap hujung minggu lepas. HAHAHA

    actually siapa yang ada add aku kat fb maybe dah boleh teka kan sapa mr.izan. sebab ade certain-certain post aku ade dia komen. but not all la. takut ternampak sangat plak nanti...BLAH! kau ingat ade orang duk stalk ko je ke izan oi? HAHAHAHA.. aku dah tukar relationship status aku with mr.izan.

    sebelum-sebelum ini aku ada ja masuk gambar aku dengan mr.izan seperti di dalam post ini , post ini , post inipost ini , dan juga post ini. dah la, itu je yang larat aku nak copy balik link dia. kalau korang perhatikan betul-betul banyak sebenarnya. tapi semua aku dah crop. oleh itu. meh sini aku tayang yang aku tak crop ;)


    itu sahaja buat setakat ini. gambar selebihnya hanya untuk tatapan peribadi. marap maklum. kang aku tayang semua ada yang mengamuk-ngamuk mintak lagi... HAHAHA.

    and before terlupa,aku dapat juga yang start dengan A. mr izan a..k.a ALAN. nak buat macam mana? dah jodoh. amin...


    with❤:izan®

    mr.izan?

    baru sampai kolej,dan kena ke kuliah petang ini. so nanti aku jawap segala pertanyaan,sindiran,dan apa saja yang nak kena komen balik kat entry aku selama aku balik rumah ya..;)

    oleh itu,mari bawa bekal ke kelas. holeyh!


    with❤:izan®

    Friday, May 21, 2010

    JANGAN huru hara hari kan blog aku ;)


    Photobucket



    with❤:izan®

    acik call

    tadi lepas balik dari beli lunch acik aku call.


    acik : kata nak balik? jadi tak?
    izan : jadi la. mak kata balik esok ja...
    acik : balik la petang ni. nanti ayah ambil ko kat KTM Tanjung Malim.
    izan : tapi adik sampai malam tau..
    acik : iya..ayah kata balik ja. nanti malam ayah ambil ko..
    izan : ok.

    tutttttttttttt....talian diputuskan.

    hoyeahhhhhhhhhhhhh....HAHAHAHAHA... dalam call bukan main nak cover tahap kegembiraan. dah letak call,rasa macam nak lompat-lompat je.

    saat entry ini dibaca oleh anda saya mungkin di dalam train ;)

    with❤:izan®

    aku dirumah

    petang ni aku nak balik rumah. kat mana rumah? alamat? no rumah? jiran siapa? nantila cerita. yang penting aku nak balik rumah. dah sebulan tak balik ni. rasa macam nanti kompem orang kampung sambut aku dengan bunga manggar. muahahaha...bukan bunga manggar. dekat luar pagar pon belum tentu ada orang tunggu kau izan oi. its ok. hj.salleh akan tunggu kat luar pagar KTM Tanjung Malim malam ni. hehehe


    izan : mak,adik nak balik esok boleh?
    mak : esok bukan hang ada kelas sampai petang ka?
    izan : aah,lepas kul 6 tu adik terus naik komuter la. sampai tanjung malim dalam kul 8.30 macam tu kot. boleh?
    mak : tak payah la. balik hari sabtu la. malam-malam ni mak risau la....
    izan : okey...

    punya la kecewa semalam. ingat dapat la balik malam ni. so dah boleh makan nasi dan lauk mak masak malam ni. tapi tak pe,sebagai anak yang mendengar kata,saya pasrah dan menurut perintah T___T.

    with❤:izan®

    kenapa dia?

    pernah dengar lagu yasin yang kerna dia tu. lebih kurang macam ni kot lirik dia. (okey,memang macam ni pon lirik nya. sebab aku copy then paste) T___T

    Kerana Dia Kugembira
    Kerana Dia Kubahagia
    Kerna Dia Bermakna
    Semuanya Hanyalah Kerana Dia

    Kerana Dia Kumabuk Rindu
    Kerana Dia Tercabar fitrahku
    Kerna Dia Sebenarnya
    Semuanya Hanyalah Kerana Dia

    aku pernah cuba untuk menerima orang lain selain dia sebelum ni. tapi kenapa dia yang aku mahu. kerana dia adalah dia. thanks for being soooooo SABAR when i start to mengarut bukan-bukan marah kan u.



    p/s: aku tak gaduh okey dengan mr.izan. kang kata aku gaduh pula...susah la macam ni. suka mendoakan ketakbahagiaan orang sahaja. HAHAHA 


    with❤:izan®

    Thursday, May 20, 2010

    The Back-Up Plan


    lakonan JLO (zoe) dan Alex O'Loughlin (stan) yang sangat romantika bulan maduka dan diselangi dengan adegan lucu membuatkan aku tertarik membuat review. introduction dan nak gah tu. mari kita lihat review dari aku. ingat ya. ini review dari aku. so,suka hati aku nak tulis apa. di ulang. ini review dari aku. okey? ke nak kena ulang lagi sekali? INI RIVIEW DARI AKU.

    zoe yang memiliki sebuah kedai pet dalam bahasa senangnya kedai binatang. zoe merasakan dirinya sudah lengkap. tetapi masih belum ada boyfriend untuk memiliki cahaya mata. lalu dia mengambil keputusan untuk menyuntik masuk sperm ke dalam kawasan peranakan beliau. minta maaf di sini. aku bukan budak medic so tak berapa nak tahu istilah orang2 medic ni. yang aku tahu dia buat suntikan sperm ke dalam saluran vagina dan membolehkan dia mengandung tanpa melakukan hubungan seksual. aku ni kan budak kira duit je. taraf duduk kat meja kira berapa untung,berapa rugi. bukan nya hebat sangat nak paham istilah medic ni. HAISH! cari pasal lagi.... T___T

    okey,kita sambung. setelah melakukan "suntikan bayi tersebut" zoe menahan teksi untuk pulang ke rumah. dan  teksi yang di tahan zoe direbut oleh stan dan di sinilah mereka bertentang mata. pertama kali ku melihat mata sidia...bla bla bla... dan mereka berebut sampai teksi tu blah dan dua-dua tak dapat. okey,macam mana tu? ko tengok la sendiri. malas nak taip.

    stan telah tertarik dengan zoe dan cuba untuk memikat zoe. tetapi zoe sedar bahawa stan tak kan boleh menerima seorang perempuan yang bakal mengandung. dan disini berlaku nya konfik seperti cornflake. oleh kerana dah maghrib,korang pergi la download jap cerita The Back-Up plan tu. nanti lepas maghrib baru tengok k. holeyh!

    sebelum terlupa. aku sudah tergoda dengan ini lelaki. ohmaidior...grrrrrr...

    p/s: malam ni makan nasi goreng belacan.

    with❤:izan®

    Wednesday, May 19, 2010

    aktiviti dalam kelas

    atie sekarang pergi kelas akan bawa bekal. iaitu bekalan duniawai. akhirat berusahalah dengan sedayanya. AMIN....

    bekalnya ialah:


    air tea o panas sama biskut petak. buat cecah dalam kelas. kalau tak rasa nak tidur je dalam kelas etika. ZZzzzzZZzzzzZz. sungguh tak bertika! HAHAHAHA

    with❤:izan®

    karok basi

    tepi-tepi..lantak la basi ke apa. aku nak jaja jugak. last week aku,atie and yona pergi karok kat alamanda. setiap sorang amek 4 lagu. so kitorang amek 12 lagu la kan. nyanyi la kau bagaimana nak rak pon. dah bayar. pedulik la suara sedap ke tak. janji lepas geram. HAHAHA




    gelak la puas-puas aku jaja muka feeling artis kitorang ni. dari orang duk saja kata kitorang perasan artis baik buat betul-betul. HAHAHAHA

    with❤:izan®

    dialog cinta

    ada dua masa yang memang wajib dan tiada sunatnya mr.izan kena call aku. kalau tak call pon dia kena mesej aku.

    1. sebelum pergi kerja. kalau dia tak call. akan aku hamuk sampai ke malam. tak pon sampai ke esokan hari nya. kalau kerja siang,so dalam jam 6.45 pagi tu dah kena call aku. so time ni kira dia kejut aku solat subuh la. kalau kerja malam. dalam jam 6.30 petang kena call. so biasa nya aku tengah baring-baring je. 
    2. selepas balik kerja. shift malam biasa dia akan balik dalam jam 4 ke 5 pagi. pedulik! aku dah tidur ke ape! ko kena call aku jugak...HAHAHA. kijam! kalau shift siang dalam jam 5 petang dah balik. memang wajib la kau kena call aku KAN.
    gila. aku sekarang ni memang gila. kalau dia main PSP lebih sikit aku cakap dia tak sayang aku. bila dia mandi lama-lama aku cakap dia tak nak layan aku. bila dia tengok tv and reply mesej aku ala carte lagi la aku kata dia dah bosan dengan aku.

    sedihnya dapat awek macam kau ni izan oi. aku rasa hormon nak period aku tengah beroperasi dengan sempurna ni. patut la kerja nya nak hamuk ja...

    p/s: love u. even u tak nak love i pon T___T. blah! buat ayat sedih lagi. HAHAHAHA

    with❤:izan®

    dah rasa? bagus!


    ada banyak benda di dunia ni yang kalau kita tak pernah jumpa,tak pernah alami dan tak pernah laluinya dengan sendiri kita takkan rasa bagaimana rasanya. sebagai contoh:

    1. bersalin,hanya orang yang pernah mengandung dan melahirkan sahaja tahu bagaimana rasa sakit bersalin itu. aku? belum pernah rasa. dan insyaAllah aku nak rasa. AHAHAHA...
    2. putus cinta,hanya orang yang pernah bercinta dan ditinggalkan sahaja tahu bagaimana perasaan frust menonggeng.
    3. malu dihina, hanya orang seperti aku dan athiah yang tahu bagaimana perasaan ditengking oleh mak cik librarian. padahal boleh ja kot cakap elok-elok yang hari ni server down dan tak boleh pinjam buku. tak payah kau jerit dari kaunter okey! lepas tu semua orang nak pandang kitorang.
    4. dan hanya bila kau kena bagaimana aku kena baru kau rasa sedap tak bila sesekali ko berada dalam kasut aku. takkan kau nak duduk sedap-sedap ja kat atas tanpa pikir nasib-nasib orang macam aku. hidup ni umpama roda. tunggu masa ja. kau akan rasa balik. aku bukan nya baik sangat asyik nak jaga hati kau je. hati aku?
    okey,dah kena stop. sudah berunsur emosi yang kurang enak. oleh itu? jom makan bahulu hadiah dari jiran ;)

    with❤:izan®

    Tuesday, May 18, 2010

    bot wap

    firstly kredit to acancapik kerana memberi aku tajuk entry ni. aku memang ada problem sikit dengan pemberian tajuk ni. dari dahulu sampai la sekarang.

    dalam bahasa inggeris nya steamboat. aku dengan athiah plan nak makan steamboat ni dari awal sem lepas lagi. sorry babe. u balik rumah minggu lepas kan. so i pergi makan dengan mr.izan dulu. sem depan masuk je encik JPA kita tu. benda pertama adalah steambot! holeyh!

    gambar steambot tak da. ada gambar makhluk comel sahaja. nah-nah. tatap la sampai muntah.

    okey,tak nampak comel. mr.izan kalau ambil gambar aku memang macam nak gigit je. 

    dan untuk pengetahuan. mr.izan ni berlidah pendek HAHAHA

    tak de pelat pulak dia cakap. cuma suka cakap meleret-leret gitu. nak kata manja pon boleh la. kadang-kadang aku kena tanya 2,3 kali ape yang dia cakap. sebab manja sangat. HAHAHA. mampos kena pasang ayat pujuk malam ni....

    okey-okey. tahu gambar tak comel. nak suruh jaja gambar  lagi la tu. hamek!

    eh,kenapa sampai hentak-hentak kaki tu. tahu la comel. MUAHAHAHA

    with❤:izan®

    akhirnya aku dapat!

    ada dua keadaan yang menyebabkan aku boleh cepat marah dan rasa nak hamuk satu kampung.

    1. menunggu! OKEY, aku admit yang aku pon selalu buat orang tunggu aku. especially mr.izan. kalau kita janji dengan dia pukul 10 pagi. 9.30 pagi dah terpacak depan tingkap bilik aku. HAHAHA. tapi aku bukan jenis yang boleh tunggu orang lama-lama. kalau aku kena tunggu. aku lebih rela pergi sendiri atau tak pergi mana-mana lansung.
    2. lapar! yang ni memang tak dinafikan. aku kalau lapar sangat. cepat je darah ni naik sampai kepala. kalau aku tak tengking kau. kau akan rasa nak tengking diri sendiri sebab tengok aku buat muka. HAHAHA..part ni athiah selalu kena. sorry bebeh. kau je yang boleh tahan dengan aku T___T.
    tapi kan, dua minggu lepas. tak kira la aku kena tunggu  ke, kena berlapar ke. aku sanggup! sebab aku dah lama mengidam kat benda alah ni. apa dia? ni ha. benda ni....


    ini adalah kali pertama aku membeli dah belah secara online. sangat berpuas hati. mana aku beli baju ni? okey! disini...

    mychermin ;)

    p/s: dapat je terus pakai pergi dating,dating, melting sama mr.izan. HUAHAHAHA

    with❤:izan®

    rancangan bermandi manda


    rancangan ini pon batal. and aku nak listkan juga apa sebabnya.

    1. oleh kerana mr.izan bermain futsal selama tiga jam tanpa henti malam sabtu hari tu.dan bermain pula dengan kadar yang lasak mungkin. kaki beliau tempang. sengal-sengal di bahagian lutut dan peha. so akan berisiko untuk mandi manda.
    2. mr.izan kena kerja pada hari ahad malam isnin! kenapa la MAS ni buat sistem kerja last minute. menganggu rancangan orang nak dating,dating,melting saja!
    3. lagi pon aku memang plan nak balik awal. sebab kalau sempat aku nak pergi klcc petang tu. nak jumpa ct.
    4. namun! hujan!
    so,dating pada hari ahad hanya di alamanda ;) even tak dapat nak berpicnic di sungai tapi kitorang dapat picnic dekat tepi tasik. sambil makan spagethi yang sedikit hangit gara-gara masak sambil membuang anai-anai di rumah angah.

    with❤:izan®

    rancangan ke KLCC

    dengan dukacitanya,rancangan tersebut batal. di sini aku listkan kenapa rancangan tersebut batal.

    1. mira,aina dan dayah tak jadi join. sebab ada masalah masing-masing. so tinggal aku dengan ct saja.
    2. aku ingat ade no telefon ct. nak call tanya jadi tak nak pergi klcc esoknya tu baru teringat no telefon ct dah musnah bersama musnahnya telefon lama aku.T___T sorry ct.
    3. ct ada mesej aku pagi sabtu tu tanya jadi tak nak pergi klcc. aku masih ketiduran dan bangun pagi tu aku tak belek phone. sebab mr.izan call aku guna no kitorang. T____T sorry ct.
    4. malam sebelum tu ct ada hantar mesej dekat fb tapi aku tak online. T____T sorry ct.

    rasa bersalah sangat-sangat dekat ct sebab aku memang dah lama nak jumpa dia. padahal aku kot yang ajak dia nak pi karok kat klcc. dah nak dekat setahun aku tak jumpa ct. padahal dulu,ct la tempat aku nak ngadu domba bagai. maybe belum ada jodoh mahu ketemu T____T.

    sedikit biodata ct;
    nama : ct
    mula berkenalan : sejak tingkatan 1.
    mula rapat : sejak di asbkl. masuk kelas bahasa inggeris bersama,dan PLT bersama.

    with❤:izan®

    Monday, May 17, 2010

    sampai juling

    setelah berhempas pulas naik bus,turun bus dan memerah keringat memikirkan idea idea idea.oh tiba-tiba idea datang bergolek-golek macam gasing.aku telah membuat tranformasi hebat dengan menggantikan layout blog yang telah usang di makan dek anai-anai. aku ni cepat bosan. baru 2,3 bulan pakai layout yang lama dah tukar layout lain. kalau korang tak bosan tak pe. sebab aku yang buka blog aku sendiri tiap-tiap hari. sampai nak muntah,muak dan loya-loya membaca hasil taipan sendiri berlatar belakang kan layout yang sama tiap kali aku nak baca. sudah la mentaip dengan penuh perasaan syok dan perasan sendiri. korang tak bosan maksudnya apa? yeah! may ALLH bless u ;)

    dari semalam telah mengedit html coding yang membuatkan aku rasa nak terpelanting menatap lappy sampai nak hamuk petang tadi kat mr.izan sebab internet tak ley nak connect. i tahu la u baru beli PSP. jangan la sampai i ini u lupakan T___T. okey jap-jap. sebelum terlambat nak cerita pasal PSP baru mr.izan.

    mr.izan : awak,saya nak beli psp boleh?
    izan : la,beli la. kenapa nak tanya saya pulak.
    mr.izan : betul ni awak bagi saya beli? tak nyesal?
    izan : duit awak,bukan pakai duit saya kan? beli la awak...kenapa nak tanya saya pulak ni?
    mr.izan : ye la,awak tu bukan boleh saya tak layan awak sikit. kang kata tak sayang la,tak rindu la. HAHAHA
    izan : ye ke saya macam tu? HAHAHA

    aku ni jenis yang ada angin sikit. kalau time angin kus-kus kau boleh mampus aku datang. kerja nak marah je. mr.izan pergi kerja, balik penat-penat dia mengadap tv tengok badminton pon aku kata dia tak sayang aku. dia main poker lebih-lebih pon aku kata dia tak sayang aku. ops! poker kat fb eh. motif? BLAH! kau dah tekeluar tajuk.

    so,kesimpulan dari apa yang hendak disampaikan. aku suka dengan hasil titik peluh mencurah-curah aku menukar layout baru ini. kita nantikan sampai bila ianya akan bertahan. holeyh!

    p/s: lapaq nasi dah ni...babe,cepat balik. i dah kebuluq T__T

    with❤:izan®

    (*,*)


    Sunday, May 16, 2010

    mengidam

    apa kata kita tangguhkan dulu cerita dating,dating, melting aku hari ni. sebab gambar belum transfer. korang bukan nak baca sangat pon apa aku merepek bagai ni kan. yang korang nak tengok mr.izan, mr.izan dan mr.izan! sampai aku naik jeles. kat fb pon asyik sebut nama dia. kat blog pon asyik terkeluar nama dia. kalau tak aku sebut korang yang sebut! ha! tu nak sebut lagi la tuuuuuuuu....

    sekarang ni aku teringin nak makan big apple la T___T.
    ada sesiapa nak keluar mana-mana tak? belikan aku big apple 3 ketul. kalau dapat seketul pon jadi la...


    LUNCH KITA HARI INI ;)

    dah lama aku mengidam nak makan benda alah ni. korang tahu tak ape ni? tak tahu? ok. aku pon tak tahu. nanti kalau aku dapat makan. kita sama-sama tahu ok. HAHAHA...

    entry sampah sebab aku tidak berada di depan laptop sekarang. di mana? sama-sama kita nantikan. MUAHAHAHA


    P/S: ini pon entry berjadual. aku tak de di depan laptop untuk membuat sebarang pertanyaan. hujung minggu ini aku membuat perancangan awal supaya aku tidak menjadi cacing kepanasan di bilik. sumpah bosan!

    dimana aku sekarang?

    AKU TIADA DI DEPAN LAPTOP SEKARANG.

    aku mungkin berada di sini :

    atau di sini ;)

    kalau sapa-sapa free,mai la join ;)

    saja je ajak last minute. nanti korang kacau daun! ;P

    SELAMAT HARI GURU

    kakak : ibu,esok kakak nak duit eh?
    ibu : nak buat apa?
    kakak : nak beli hadiah hari guru...
    maksu : ala,mak su dulu bagi kad. buat sendiri. lagi cikgu suka tau...
    kakak : jom buat!

    dah hasil nya..taraaaaaaaaa...



    selamat hari guru kepada semua guru ;)

    Saturday, May 15, 2010

    rumah kakak ku rumah aku juga...HAHAHAHA

    semalam memang ngeri perjalanan aku nak balik klang. train nak ke pelabuhan keang delay sampai jam 7.40 petang. aku sampai dekat terminal kl sentral dalam jam 6 petang. punya la ramai orang duk tunggu. nasib la aku sempat beli pau ayam dan pau kaya dekat ktm ukm. so tak de la aku nak hamuk sebab tunggu train dalam keadaan lapar kan...aku memang cepat marah kalau tengah lapar. cuba tanya athiah. bape kali aku naik hangen gara-gara atie siap kemut-kemut semut nak pi makan. HAHAHA....sorry la beb. i memang macam ni. lapar je jadi nak marah je.

    sekarang berada di klang. rumah kakak aku. dah lama tak lepak rumah angah. aku rasa sem ni ada la dalam 4 kali je kot. kalau sem lepas boleh kata 2 minggu sekali kompem aku balik klang. T___T

    so,aktiviti hari ni di rumah angah adalah masak spagetti! sapa mahu sila jemput aku di kl sentral. aku nak balik lepas asar ni. kalau terserempak boleh la aku bagi semangkuk dua mangkuk. HAHAHA

    p/s: ini bukan schedule entry.


    Friday, May 14, 2010

    jalan-jalan cari pasal

    karaoke time. esok nak ke KLCC. tapi itu pon kalau jadi. so sape-sape yang terserempak dengan aku esok,sila abaikan. hahaha


    dah jumpa,tapi pendek pulak!


    aku dah jumpa dah seluar yang kaler-kaler macam awek-awek korea dok pakai tu kat nichi. yang kat atas tu kaler purple. ntah nape bila dalam gambar jadi kaler hitam. ilusi optik kot. TAPI! tapi pendek! kau nampak okey je kan aku pakai tu. sebenarnya aku londehkan sikit cawat nya. HAHAHA..tak selesa la nak pakai lama-lama. jadinya? aku tak beli! T___T

    sapa tahu kat mana aku boleh dapat seluar kaler-kaler macam kat bawah ni?

    p/s: entry selepas ini semua schedule entry.

    Thursday, May 13, 2010

    adamaya episode last

    kredit to http://yanmieonline.com kerana berjaya update episode last drama hangat ADAMAYA dengan lebih pantas dari TV3. clap clap clap ;)

    mahu tonton? sila ke http://yanmieonline.com/ sekarang. selamat menonton kepada yang terlepas siaran petang tadi.