Followers

Wednesday, April 21, 2010

assalamualaikum dengan tajwid yang betul

izan : semekon. eh-eh jap! baru tadi kena marah dengan ayah. assalamualaikum dear. u buat apa tu? 
mr.izan : hahaha..(tengok,dia boleh gelak sedangkan aku dah bagi salam) waalaikumussalam sayang. u tak dapat mesej i ke?
izan: dapat je.hehehe
mr.izan: dah tu,kenapa call? kata nak study? hm?
izan : ala,rinduuuuu...(bluerghhhhhhhhhhhh)
mr.izan : hahahaha..miss u too sayang ;) (okey i know he smile,he always smile when he said he miss me)
izan : ok la,i saja nak tengok keberkesanan call free ni. so terbukti berkesan. boleh i sambung study?
mr.izan : okey. boleh sambung. jangan tidur lewat sangat.
izan : semekom. eh-eh silap lagi. assalamualaikum.
mr.izan : HAHAHAHAHA (see,he laugh again) waalaikumussalam sayang.

intro kena geli-geli sikit. lagi kau geli lagi aku suka. tak suka? boleh blah. aku tak pernah nak buat blog untuk kau baca kalau kau tak suka. kalau suka. tahniah! anda berjaya menjadi kawan saya ;) WELCOME TO MY BFF LIST. ceyeahhhhhhh..

the main point is. aku kena marah dengan hj.salleh tadi sebab suka bagi salam dengan suara yang tak jelas. sebagai contoh,sebutan aku kedengaran seperti SEMEKOM. bukan nya ASSALAMUALAIKUM. hj.salleh kata,kan ASSALAMUALAIKUM tu kita mendoakan kesejahteraan orang. kalau nak berdoa tu kena la jelas dan terang bunyi nya supaya orang tu dengar dan dapat mendoakan kita semula.

hj.salleh : suka sangat buat-buat manja dengan salam tu. cuba sebut jelaih-jelaih sikit. assalamualaikum. susah sangat ka?
izan : erk, assalamualaikum ayah.
hj.salleh : haaa,boleh pon. awat?
izan : tak dak apa la. terus lupa lepaih kena marah tat sat. 
hj.salleh : esok ayah suruh abg en hang masuk duit. rm 200 cukup ka?
izan : erk. cukup. terima kasih ayah.
hj.salleh : sama-sama. dah la. nah cakap ngan mak hang...

HAHAHAHA...yes! misi berjaya. esok masuk duit.walaupun terpaksa dengar khutbah malam rabu sat dari hj.salleh. tapi memang betul pon remaja zaman sekarang ni. termasuk aku. suka sangat memendekkan perkataan yang sepatutnya disebut dengan tajwid yang betul tapi dibuat main-main. ada pula yang suka memanjang-manjangkan perkataan. sebagai contoh :

biawla = biar la
kowrang = korang
jew = je
lew = la
windu = rindu

oh mai diorrrrrrrrr...terbelit lidah nak sebut. almaklumlah. dari kampung ni memang susah nak terima perkataan-perkataan banyak double you ni...wallah! HAHAHA..finally i guna juga "W". choi,nak kata orang. kau pon sama izan....

bak kata pepatah,di sebalik kejayaan seorang lelaki itu mesti ada seorang wanita dibelakangnya. proud to have them as my parent.

p/s: visitor aku naik mencanak. duit nuff pon mencanak naik minggu ni. thanks for visit my blog. secara lansung atau tidak lansung anda telah menyebabkan aku tak sabar-sabar nak cash out duit nuffnang aku! ;)

4 comments :

  1. hoho..kena sedebik kt btg idung..dush!!

    baik..pasni akan diucapkan salam tu dengan tajwid dan harakat yang betul..mekaseh kerana menegur..hehe..

    gudluck for your exam..(^_^)

    ReplyDelete
  2. Budak2 sekarang dah abaikan segala yang penting dalam pertuturan... Banyak buat dosa jer kerja nye.... :(

    ReplyDelete
  3. rajin gila hang update blog..sehari mau 2,3 post!!syabas mere beti!!

    errr assalamualaikum(cukup idgham aku kasi sama hang..)

    ReplyDelete
  4. yews! cewpat2 cawsh kawn duwit tuw..lewh blanjew akuw skawli..

    HAHAHAHA

    ;P

    ReplyDelete

leave me some words ;)