Followers

Monday, April 19, 2010

date night review

next paper bila izan?
oh,khamis ni...lambat lagi ;)
so kau tak payah study ka?
esok baru nak start. kasi la aku chance nak berpoya-poya buaya sekejap.




next paper ialah subjek paper clip. HAHAHA. not funny. sains pengurusan dan esok nya ialah subjek risiko. wallahhh. dua paper secara terus-terusan. oh itu biasa. i kan student UKM. student UKM memang semua hebat-hebat bab paper secara terus menerus ni. kalau tak, tak kan la boleh masuk UKM kan. dah-dah la tu. balik-balik cerita pasal exam,paper habis bila,next paper apa. kau ingat orang nak sangat ke baca pasal hidup kau? kau ingat kau artis. sampai masalah rumah tangga semua nak kena hebah pada media?



oleh kerana paper hari khamis, maka kami menonton DATE NIGHT pada DATE DAY kami kali ini. asalnya nak tengok CLASH OF THE TITANS. tapi merubah perancangan pada saat-saat akhir pembelian. alasan? saja nak tengok DATE NIGHT pada DATE DAY kami kali ini.

oleh itu harus ada review. sepasang suami isteri yang tinggal dipinggir bandar yang mana hanya menjalani rutin harian yang sama setiap hari. mereka cuba untuk menjayakan alam perkahwinan mereka dengan memahami satu sama lain. keluar berpacaran tiap malam jumaat. tetapi pada suatu malam si isteri cuba untuk memberi kelainan kepada suami dengan menata rias diri jauh berbeza dari biasa nya. lalu menyebabkan si suami mengajak si isteri keluar untuk menikamti makan malam di kota dan menjanjikan sesuatu yang berbeza pada malam tersebut kepada si isteri.

kusangka kan panas sampai ke malam tiba-tiba hujan di tengahari. angkara mengambil tempahan meja sepasang suami isteri lain yang tidak dapat hadir ke restoran makanan laut yang terkemuka di bandar mereka terperangkap dalam satu sindiket merbahaya yang mana membawa kepada satu DATE NIGHT yang sungguh mencabar kepada pasangan ini. mahu tahu apa kesudahan nasib kepada pasangan yang hanya ingin mencuba sesuatu yang berbeza untuk menyelamatkan rumah tangga mereka ini? pergilah tonton sendiri. berbaloi-baloi...tahap ketertawaan? 5/5! sangat lucu. ini bukan janji,tapi pasti. HAHAHAHA

FIN~



eh-eh mahu kemana tu? ada sambungan cerita life from heart.alamak! mr.izan call. got to answer his call. so secara automatik cerita pada malam ini TAMMAT!

5 comments :

  1. siot..smpy skrg x tgk lg cite ni..steve carrell mmg mantap kalau blakon movie2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. amboih, berseri-seri dapat dating ea... huuuuuuuu... nak dating jugak... huuuu...

    ReplyDelete
  3. apsal ko liplap lak ni?
    wakakakkakaka


    >>____<<

    ReplyDelete
  4. violet--aku skg kat UKM la. kenapakah?
    hahaha

    AG-->seamat menonton ;)

    acan-->ehem2~ ;P

    frodo-->liplap tu tanda keimanan aku ;)

    ReplyDelete

leave me some words ;)