sejak dua menjak ni aku asyik kene tag dengan gambar-gambar lama ja. gambar time sekolah la,time makan rambutan la,time panjat meja la and apa time lagi aku tak tahu. yang pasti time budak baru nak up. time tu nak pakai stokin kena belang-belang. colorful,kalau kau pakai sock putih pergi sekolah kau tak stylo. kau kena pakai kasut pallas jazz kalau tak kau bukan geng kitorang. HAHAHA.
funny,but semua tu la yang buatkan aku dan kawan-kawan ada kenangan. sumpah rindu tahap nak lompat-lompat macam pingu kalau aku duk kenang zaman sekolah dulu. time tu la nak berebut shower, bekembam sama-sama dalam bilik air cuci baju hujung minggu. ponteng prep nak tengok stair way to heaven. kau cabut bulu tiak aku, then aku pula cabut bulu tiak kau. sumpah sporting gila. argh! rindu syiot. ops! izan,syiot is a bad word if anak-anak u baca blog u nanti. okey anak-anak bonda, sila skip perenggan ini. nampak ayah kat luar tu. ajak beliau pergi beli putu piring. kata kat beliau BONDA LOVE HIM SOO MUCH!
okey,nampak yang kene bulat tu? thats me! HAHAHA. serius aku rasa macam nak menangis tengok gambar ni. dulu semua muka ala ustazah je.
saya bukan budak sukan. saya budak kaki tengok sukan. time ini inter asrama. aku ponyokong je.
aku tak pandai main apa-apa jenis sukan pon kecuali sukaneka. sebab tu mr.izan tak suka i dulu. sebab dia kata saya bukan kaki sukan. kenapa kena ada mr.izan dulu? sebabnya dia satu sekolah dengan saya. HAHAHA
okey, ini pendedahan fakta kedua. ada banyak lagi kejutan dari masa ke semasa. nantikan. mr.izan i dah bocor rahsia sikit. T____T.
lagi la aku tak ingat bila masa pula aku ada dalam gambar ni. tapi memang nak gelak je kalau nak banding muka kawan-kawan aku sekarang ni dengan muka yang kat dalam ni. jauh berbeda. aku rasa aku je yang tak berubah.
FIN. tatapan tengahari hari ini tamat di sini. sila kembali petang nanti. saya penat dan mahu tidur.
comel la ko izan masa zaman moda2...huhuhu
ReplyDeleteala,dah besor ni tak comel ke???
ReplyDeletecomel la izan muda2 dulu...
ReplyDeletezaman muda je ke?
ReplyDeletedah remaja ni???
dah remaja anggun menawan gitu... ;-)
ReplyDeletenasib ada komen balas ;) awwwww...
ReplyDeletemalu i. HAHAHAHA