Followers

Thursday, April 15, 2010

tips hadapi tekanan perasaan dan review

sekarang aku suka dengar lagu ALICE dari AVRIL. dari rasa nak tidur,nak nangis and moral down je terus rasa bersemangat. lagu slow tapi degupan jantungku kencang dan hebat dengan aura lagu ni. walaweyh...ayat makin nak mengada-ngada. mood emo-emo dah selesai. tapi timbul pula mood nak buat review lagi. apa ni izan asyik-asyik review je. suka hati aku la. nak baca keep on stay,tak nak? tu-tu nampak formspring yang sebelah kiri tu. tanya la banyak-banyak kenapa itu dan kenapa ini pada diriku. akan ku cuba jawap. so far,tak da sapa-sapa lagi nak tanya. tak ke rasa macam ayat seorang loser di situ? HAHAHAHA...eh,gelak pula dia bila di label loser oleh diri sendiri.

esok ade paper OB (organizational behavior). so behave yourself izan. jangan mentaip suka tangan kamu ja. sebab blog ni open to public. lain la kalau kau buat blog untuk diri ko sendiri,kau la author kau la pembaca. itu boleh la kau letak nama-nama yang rasa nak marah,nak maki and nak lempang bagi mati pon boleh. okey,i tak rasa pon nak buat semua tu. itu hanya ayat pelengkap sahaja nak bagi entry panjang berjela-jela.

aku dengan ada tips macam mana nak handle depression. aku duk jalan-jalan jelajah blog malam tadi asyik nampak perkataan emo,tension,exam dan seangkatan dengan nya. so kita dapat buat formula di sini.

exam + emotional = depression.

tips menangani tekanan perasaan untuk remaja sahaja.
  1. ajak kawan baik anda jalan-jalan tengah malam. seperti aku, selalu ajak atie pergi drive thru kat McD bangi if kitorang tengah tension. kitorg tak de kereta hanya ada si tembam. so drive thru guna tembam je la. abg atau kakak yang jaga kat drive thru line tu mesti senyum memandang kitorang dengan comel ohhh..memang kittorang comel pon ;)
  2. pergi jog. jangan jalan. tapi berlari sambil jerit " aku bahagiaaaaaaaaaaaaaaaa" nanti orang dari hospital bahagia datang jemput kau. HAHAHA. TAK-TAK. ini hanya untuk aku sahaja. kalau aku tension aku suka buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. sebab aku suka menari,so jawapannya? STEP MANIA! choi,baru semalam je pon main. HAHAHAHA
  3. makan dengan mengunyah sekuat hati. kunyah kunyah kunyah dan kunyah lagi. sampai 44 kali kunyah baru telan. acara mengunyah berkali-kali boleh menenangkan perut. dia akan kenyang dan hati akan senang. kemudian? tidur la!
  4. senang sahaja,kau ada AL-QURAN? okey,pergi ambil wudhuk sekarang dan mula mengaji. dah berapa lama kau tak mengaji ni izan? sampai hati pon naik hitam sehitam rambut ku yang ikal mayang mengurai...weeehuuuu..eh,ini patutnya diatas sekali.
  5. solat hajat. minta ALLAH beri aku ketenangan. kalau tak tenang lagi. kau tendang saja si PINKY sanpai puas, ops! i tendang-tendang si pinky manja-manja je. u jangan risau. dia masih terpelihara di bawah jagaan i ;)
eh,semacam ada kata nak buat review tadi kan? kenapa tiba-tiba boleh keluar tips pula. okey,kerana telah berjanji nak buat review mari kita buat bersama. sudah tonton SEMERAH CINTA STILLETO? belum? apa ni. ketinggalan dek zaman. muahahaha..mulut kau nak mintak penyapu ke mop izan? okey-okey,kerana belum tonton,mari sini baca review bukan sebarang review dari aku.

kisah percintaan dua darjat antara siti laila dan leman toyol. stila (siti laila) masih belajar duduk dalam rumah banglo mewah depan flat leto (leman toyol) yang bekerja di pasar ikan. stila seorang remaja yang cantik dan bahagia dari segi luaran nya tetapi mempunyai konflik keluarga yang serius dimana kedua ibu bapanya mempunyai lelaki simpanan dan wanita simpanan diluar tanpa pengetahuan stila. konflik yang di alami stila membawanya ke arah percintaan bersama leto.

okey,review fin. sekarang masa untuk review OB pula.



3 comments :

leave me some words ;)